Kalau dengar je nama Cappadocia mesti anda akan terbayangkan pemandangan indah belon udara panas betul tak? Bukan apa, buka je media sosial nampak orang ‘upload’ gambar ‘sweet’-sweet’ dengan pasangan di sana, wuish kemain lagi! Jangan cemburu sebab anda boleh pun berkunjung ke sana dan menikmati bersama orang tersayang dengan bajet yang murah.
Dekat Turki ni, macam-macam hotel ada. Tapi bagi sesiapa yang tengah cari penginapan atau ‘spot’ hotel yang menarik dan unik anda boleh bermalam di Cave Hotel di Cappadoccia. Macam mana agak-agaknya pengalaman berada di hotel gua ye? Pasti anda diantara anda yang menganggap ia seakan-akan seperti berada di zaman Flinstone iaitu zaman yang penuh dengan batu-batuan tanpa kemudahan fasiliti moden.
Haa jangan salah sangka, walaupun ianya dipanggil hotel gua, tetapi hiasan dalaman dan servis yang ditawarkan masih modern dan bertaraf profesional. Jadi bagi anda yang teringin nak bawa satu keluarga untuk datang ke sini, jangan teragak-agak!
Jom tengok senarai tempat yang paling unik dan cantik, di bawah!
Jangan tunggu lama-lama, ‘plan; sekarang percutian anda.
Sumber: Melancong Turki