Apabila kita sudah bekerja, kita akan dapat merasai nikmat gaji pertama. Kadang-kadang ramai orang yang nafsu untuk belanja ni mula meningkat, segala perancangan perbelanjaan entah ke mana. Kebiasaannya golongan muda ni ada dua persoalan yang bermain dalam fikiran mereka sama ada mahu membeli rumah, atau pergi melancong. Kedua-dua perkara ini memerlukan kos yang tinggi dan juga tempoh yang agak lama untuk mengumpul perbelanjaan tersebut. Jadi sebelum anda membuat keputusan, kami akan berkongsi beberapa aspek penting yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan. • Kemampuan Anda perlu lihat dulu pada kemampuan anda sama ada mahu beli rumah dahulu atau travel dahulu. Jika mampu buat kedua-duanya, itu lebih baik tetapi jika anda bergaji rendah, cadangan kami adalah anda boleh membeli aset terlebih dahulu kerana aset tersebut mampu mendatangkan pendapatan kepada anda contohnya seperti rumah atau kereta. Anda masih boleh melancong tapi bukan buat masa sekarang bak kata pepatah, ‘Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Jika tidak mampu melancong ke luar negara, melancong dulu dalam negara. Jika belum mampu beli rumah, menyewa dahulu atau tinggal bersama ibubapa anda. • Matlamat Pastikan matlamat anda adalah tetap dan jelas. Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza. Kadang-kadang setiap orang pada usia muda matlamatnya tinggi tetapi bila capai usia tua matlamat mereka mula berubah-ubah disebabkan masalah kewangan yang menjejaskan mereka. Anda perlu tetapkan matlamat berdasarkan situasi anda berada sekarang, anda perlu lihat keadaan ekonomi anda berada sekarang. Harga rumah semakin mahal jadi anda perlu persediaan lebih jika anda tidak mahu terus menyewa rumah. Untuk travel, anda perlu menyediakan duit simpanan yang lebih dari sepatutnya kerana nilai matawang negara anda mungkin akan menurun dari negara lain. • Ilmu Salah satu faktor yang membantu anda membuat pilihan adalah ilmu pengetahuan. Jika anda tahu betapa pentingnya pemilikan aset di Malaysia, anda mungkin akan lupakan sementara aktiviti mahu pergi melancong. Namun, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan banyak ilmu dan pengalaman apabila pergi melancong ke negara luar. Pengalaman tersebut mungkin akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan peka terhadap pentingnya pemilikan hartanah. Apabila anda pergi ke negara maju, anda mungkin boleh menilai betapa pentingnya pemilikan hartanah di usia muda terutama apabila melihat harga rumah yang semakin mahal. Pada masa yang sama, anda boleh belajar banyak perkara tentang kehidupan orang lain terutama bagi golongan yang sudah merasai keperitan memerlukan tempat tinggal. • Ganjaran Beli rumah, kemudian pergi melancong. Anda sudah boleh menikmati keduanya. Bagi individu yang bekerja keras untuk mendapatkan rumah pertama, anda boleh jadikan aktiviti melancong sebagai ganjaran mendapatkan rumah pertama. Jika sudah cukup duit dalam tangan, belilah rumah kerana mampu mendatangkan pendapatan kepada anda. Setelah beli rumah baru lah boleh fikir untuk melancong. Naa dah boleh dapt kedua-duanya sekali kan? Pilih sesuatu yang mendatangkan faedah untuk anda dahulu seperti beli rumah lepas tu baru anda bole jadikan melancong itu sebagai ganjaran. Sumber: Adamani Travel
7 Cara Berbelanja Sewaktu Melancong Di Luar Negara
Disebabkan pengaruh dari media sosial, sekarang ini kebanyakkan orang mula melancong ke luar negara dan menjadi satu aktiviti yang sangat popular. Lain orang, lain caranya melancong, ada yang melancong tidak kisah kalau banyak duit keluar sekalipun dan ada pulak yang melancong dangan cara bajet. Namun begitu, kebanyakkan masalah yang sering dihadapi pelancong apabila mereka tidak mempunyai wang yang cukup. Ini mungkin disebabkan oleh cas-cas yang mahal yang dikenakan seperti teksi atau cenderahati. Anda tidak perlu runsing lagi, saya akan share kepada anda beberapa tips untuk jimat belanja ketika travel di luar negara. ► Bercuti Berkumpulan Buat yang masih bujang, ini adalah cara yang terbaik bagi menjimatkan kos anda. Lagi ramai orang, lagi banyak anda dapat jimat. Dengan adanya kumpulan untuk travel bersama, anda dapat menjimatkan kos belanja dengan cara berkongsi antara satu sama lain. Semestinya byk kos yang bole kita jimatkan. Contohnya seperti kos pengangkutan, penginapan, mungkin kos souvenir pon boleh jimat. Buat survvey dahulu sebelum pergi travel, kerana kebanyakkan agensi pelancongan menawarkan pakej pelancongan secara berkumpulan. Contohnya seperti Adamani Travel Sdn Bhd. ► Penerbangan Tambang Murah Bila sebut pasal penerbangan tambang murah, semestinya kita akan ingatkan pada syarikat penerbangan AirAsia. AirAsia semestinya menawarkan penerbangan dengan tambang yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Untuk dapatkan tiket yang lebih murah, biasanya tiket boleh dibeli lebih awal terutama dalam tempoh promosi. Rancang perjalanan anda lebih awal untuk dapatkan tiket lebih murah. ► Bawa Stok Makanan Segera Kebanyakan pelancong akan menghadapi masalah sama iaitu masalah mencari makanan halal. Susah untuk kita mencari restoran yang menjual makanan yang halal. Jadi, anda bawalah makanan segera seperti mi segera, biskut atau bubur nasi segera yang mudah untuk kita bawa. Kebanyakan produk makanan segera ini boleh didapati di kebnyakan pasaraya di seluruh negara. ► Tinggal di Hotel Bajet Penginapan yang selesa menjadi keutamaan pelancong untuk menginap dalm beberapa hari sahaja.Namun jika anda mahu berjimat, tinggal di hotel atau homestay lebih murah. Hotel bajet sangat senang untuk dicari, Hotel bajet salah satu alternatif terbaik untuk menginap. Cari hotel yang selesa dan bersih. ► Guna Kenderaan Awam Menggunakan kenderaan awam lebih murah daripada mengupah pemandu atau membawa enderaan sendiri. Anda tidak perlu risau tentang belanja minyak petrol, kos pengangkutan awam jauh lebih murah jika mengupah pemandu. Contoh kenderaan awam yang murah seperti bas atau tren. Teksi digalakkan untuk naik tetapi hanya ke tempat-tempat yang tiada perkhidmatan bas atau tren sahaja. ► Pergi Luar Waktu Puncak Pilih waktu melancong yang tak ramai pergi bercuti seperti waktu bekerja atau bukan pada hujung minggu. Elakkan waktu puncak seperti hari cuti, perayaan, atau hujung minggu kerana ramai orang bercuti pada hari tersebut dan mungkin akan sesak dengan orang ramai tidak kira di airport mahupun di tempat anda melancong. Dapatkan pakej dan diskaun jika pergi melancong pada hari biasa. Harga hotel juga biasanya lebih murah. ► Cari Diskaun & Promosi Untuk merasai kenikmatan penjimatan ketika melancong, survey dan kajian perlu dilakukan untuk mencari diskaun dan promosi yang terdapat di tempat pelancongan. Alert dan follow update terkini yang menawarkan promosi yang anda mahukan. Jadi tiada masalah kan untuk anda melancong kerana sudah saya bagi tips-tips ni kepada anda. Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda bercuti. Selamat Bercuti! Sumber: Adamani Travel
Tips Mencari Makanan Halal
Kalau nak travel tu mesti korang kene fikirkan sama ada tempat ni ada sediakan makanan halal atau tak kan?Kadang-kadang tu sampai luggage tu penuh makanan dari pakaian. Kita perlu juga berjaga-jaga pada negara yang kita travel sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Memang susah untuk kita mencari makanan yang halal jika kita travel di luar negara. Jadi di sini saya akan share kepada anda tips untuk dapatkan makanan halal di luar negara yang korang perlu tahu. SHARE dekat kawan-kawan korang yang risau tentang makanan halal di luar negara. 1. Kenali Logo Halal Negara Yang Dilawati Kenali logo halal yang telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di luar negara. Kenalpasti logo-logo halal di setiap negara yang korang lawati. Setiap negara mempunyai logo halal yang berlainan corak. Ketahui logo-logo tersebut di www.halal.gov.my. 2. Hafal Istilah Makanan Haram Dalam Bahasa Tempatan Sebelum pergi travel, study dahulu istilah-istilah makanan yang haram untuk korang makan. Pada era teknologi ini, google translate sesuai untuk anda ketahui istilah beberapa perkataan seperti kandungan sesuatu makanan apakah ia mengandungi bahan yang tidak halal. Contohnya, kalau korang travel ke Perancis, cari terjemahan perkataan daging babi, arak, wain, bakon dan sebagainya bagi mengelak korang terbeli atau terpesan menu yang ada ramuan-ramuan tersebut. 3. Download Apps Tempat Makan Halal Sekarang segalanya di hujung jari. Sebelum travel pastikan korang buat sedikit research tentang lokasi percutian, ada berapa restoran atau kedai makan yang halal. Bagi memudahkan pencarian, korang boleh muat turun beberapa aplikasi berkaitan tempat makan halal. Antaranya seperti Have Halal Will Travel (HHWT), Scan Halal, Halal Navi, Verify Halal, Muslim Pro, myJakim, Jalan Jalan Cari Makan dan Halal Trip! 4. Cari Restoran Vegetarian Ini juga salah satu jalan terbaik untuk korang elak keraguan korang untuk mencari makanan halal dengan makan di restoran vegetarian. Kebiasaannya restoran vegetarian tidak akan menyediakan makanan yang berasaskan daging haiwan. Salah satu cara lain juga boleh cari di restoran India kerana kebanyakan restoran tersebut tidak menyediakan hidangan daging, hanya makanan laut. Tapi korang kena juga tanya dulu sama ada diorang ada menggunakan alkohol atau lemak haiwan. 5. Cari Masjid, Islamic Centre atau Malaysia Hall Ini pun satu lagi cara paling senang korang nak dapatkan sumber makanan halal. Kadang bukan halal je, silap-silap kalau tempat percutian korang tu ada Malaysia Hall, makanan tradisional Malaysia pun boleh dinikmati macam di Malaysia Hall London! Kalau korang ke Korea pula, cari Seoul Central Mosque di Itaewon. Sepanjang perjalanan ke masjid tu korang akan jumpa banyak restoran makanan halal yang boleh disinggahi. 6. Masak Sendiri / Bawa Makanan Segera Kalau malas nak pening-pening kepala, antara solusi paling senang ialah korang masaklah sendiri masa bercuti nanti. Atau bawalah pek makanan segera sebab sekarang nasi dan lauk segera pun dah dijual kat pasaran, tinggal korang nak panaskan saja. Jadi tahu kan macam mana nak dapatkan makanan halal di luar negara? Buat dulu persediaan dan kajian sebelum pergi travel. Selamat Bercuti! Sumber: Adamani Travel
11 Cara Persediaan Melancong Ke Luar Negara
Kadang-kadang kalau sebelum nak pergi travel mesti kita terfikir apa nak dibawa kan, lepastu nanti risau kalau barang keperluan tak cukup nak bawak pergi sana, atau kadang-kadang kita bawak barang mesti nak lebih katanya “in case of emergency” la katakan. Kita kena ambil tahu juga barang apa yang kita perlu bawa dan sediakan tapi janganlah sampai nak bawak satu rumah macam nak pindah untuk selamanya. Kalau setakat nak travel ala-ala bacpackers, bawak yang ringkas dan berguna sahaja So kalau korang ada rasa nafsu nak travel tu, meh sini admin bantu buat checklist. Kalau korang nak tambah list lagi bole tambah dekat komen la ya! 1. Pasport Passport ni penting ni, kalau kat Malaysia, passport Malaysia warna merah yang ada logo Jata Negara tu. Passport merah tu tempoh sah laku dia adalah selama 5 tahun untuk perjalanan ke semua negara kecuali negara terlarang seperti Israel. Sini kami ada sediakan bayaran untuk Passport Malaysia Antarabangsa: Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200.00Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100.00Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100.00Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100.00Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100.00Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma 2. Tiket Flight – sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan ataupun ejen jika travel menggunakan travel agent. Jangan lupa sebelum nak travel tu beli tiket flight awal-awal supaya tak kelam kabut nanti nak check-in lagi. Sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan atau travel agent. Untuk pengetahuan kamu, Adamani Travel Sdn Berhad ada menawarkan pakej percutian dalam negara dan luar negara! 3. Travel Insurans Kita tak tahu apa akan berlaku sepanjang perjalanan kita travel nanti. Jadi beli travel insurans siap-siap dan pastikan polisi insuran cover segala kemungkinan seperti kehilangan bagasi dan kegagalan flight service. Keselamatan anda itu penting! 4. Duit Tukar Pergi tukar duit negara tu awal-awal sebab takut nanti dekat luar negara kita susah nak cari money changer. Kalau nak senang, pakai kad kredit yang boleh di pakai di luar negara sekali. Tukar duit tu jangan tukar banyak sangat, nanti kalau kena curi menangis tak berlagu. 5. Telephone & Simkad Jangan lupa bawak handphone takut-takut berlaku kecemasan. Nak amek gambar kenangan indah travelling nanti perlukan handphone juga kan. Jadi bawak handphone yang bersesuaian. Ada beberapa model hanphone yang tak dibenarkan untuk menaiki flight mungkin atas sebab berlaku kes handphone meletup sebelum ini. Simkad tu beli simkad yang boleh pakai di luar negara. Kalau bole beli yang data unlimited, so nanti tak la nak berkejar cari kedai beli topup lagi. 6. Power Bank & Extra USB Kabel Powerbank ni salah satu item yang mesti dibawa terutama yang kaki ambik video dan buat live. Powerbank tu perlu di Charge awal-awal sebelum travel supaya senang nak pakai semasa travel nanti. bawak sekali USB Cable lebih untuk elak jika berlaku kerosakan pada satu cable. Cuba bayangkan kalau tak bawa powerbank lepastu handphone habis bateri. Fuhh tiba-tiba keluar lagu dalam otak “termenung ku sendiri~~memendam rindu tidak menentu~~”. 7. Kamera / Go Pro Yang suka merakam segala benda dari jalan raya hingga ke tandas luar negara, bawa lah kamera atau GoPro. Barang ini penting bagi menyimpan segala memori dan pengalaman supaya bole kasi jeles tu kawan yang tak travel tu. 8. International Adaptor & Extention Plug Beberapa negara mempunya power outlet yang berbeza-beza. Beli international adaptor yang ada semua jenis outlet. pentingnya adapter ini adalah untuk menegcas handphone atau powerbank di luar negara nanti. 9. Luggage / Backpack Bawak luggage atau backpack yang senang untuk kita bawa. Bawa paling banyak pun 2 beg je maksimum. satu luggage dan satu backpack. Jangan isi barang sehingga penuh, tinggalkan ruang separuh untuk kita bawa pulang souvenir nanti. Backpack isi barang2 untuk kegunaan semasa berjalan-jalan sahaja. 10. Pakaian Ini biasa yang jadi punca luggage atau backpack kita berat. Sila bawa pakaian seminima ya mungkin. Bawa pakaian yang senang dipakai tidak perlu digosok dan serap peluh. Bawa juga pakaian yang sesuai di tempat yang anda mahu travel. Jangan pula bawa winter coat pada musim panas nanti. Tak perlu beli coat yang mahal, banyak je kedai bundle yang jual coat yang murah-murah. 11. Bahasa Asing Cuba sekurang-kurangnya belajar bahasa luar negara yang ringkas sahaja supaya senang untuk anda berkomunikasi dengan orang luar. Kalau susah sanagt pergi beli kamus bahasa yang anda mahu belajar tu di kedai buku atau cari di internet. Maklumat di hujung jari anda. Jadi sekian sahaja beberapa tips yang kami dapat share kepada anda buat masa ini. Kalau anda ada tips lagi boleh share dekat komen di bawah. Selamat bercuti! Sumber: Adamani Travel
5 Cara Tidak Terjerat Dari Penyeluk Wang Saku Di Eropah
Perasaan teruja apabila dapat melancong ke luar negara membuatkan kita lupa akan satu perkara yang boleh mengubah perasaan teruja kita menjadi mimpi ngeri. Perkara yang sering tidak dijangka walaupun tatkala kita sudah berhati-hati. Kes yang paling tinggi di kawasan Eropah yang telah menjadi kebiasaan oleh penduduk di sana iaitu penyeluk saku. Kes-kes penyeluk saku sering berlaku di Eropah terutama sekali di kawasan tumpuan pelancong. Mereka akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan barang berharga anda. Walaupun anda rasa anda telah cukup berhati-hati akan tetapi ianya tidak cukup kerana penyeluk saku di sana teramatlah profesional yang membuatkan kita tidak sedar apa yang terjadi. Antara langkah berjaga-jaga yang boleh kita tumpukan adalah: • Bercuti dalam kumpulan yang besar.Berdua adalah lebih baik dari berseorangan, dan lebih ramai lebih bagus. Ini kerana jika kita berseorangan berkemungkinan besar kita akan membahayakan diri kita dan tiada orang yang akan membantu kita di saat kita perlukan pertolongan. • Kosongkan poket seluar atau jaket anda.Penyeluk saku amat menggemari menyeluk poket mangsa kerana ia lebih senang berbanding menyeluk barang dari bag tangan. Jadi pastikan poket seluar dan jaket anda tidak dipenuhi dengan barang berharga. • Berpakaian seperti penduduk di sana.Dengan berpakaian seperti mereka, kita tidak akan di label sebagai ‘warga asing’ atau pelancong yang sering menjadi tumpuan penyeluk saku di sana. Ini kerana, dengan memakai baju yang terlampau mewah akan menarik perhatian mereka untuk dijadikan mangsa. • Pakai Slingbag atau backpack yang menghala ke depan.Memakai beg tangan yang besar dan menonjol adalah sangat berbahaya dan akan menjadi mangsa yang mudah bagi penyeluk saku di sana. Oleh disebabkan itu, adalah lebih selamat bagi kita untuk memakai beg tangan yang bersaiz sederhana dan sentiasa berada dalam pandangan kita dengan memusingkan beg ke depan. • Elak dari orang yang tidak dikenali yang ingin beramah mesra.Jika ada orang yang ingin beramah mesra, jangan mudah terpedaya dan kadang kala adalah lebih baik bagi kita untuk tidak melayan orang yang tidak dikenali di tepi jalan. Ini kerana, dengan berbual mulut mereka dengan mudahnya dapat perhatian anda dan perlahan-lahan beroperasi semasa sedang berbual. Jadi adalah lebih baik untuk kita mengelak daripada orang-orang yang tidak dikenali. Selamat melancong! Sumber: Kembara Sufi