Bila dah sibuk bekerja badan pun mula lah terasa letih dan lesu. Mungkin ada diantara anda yang memilih untuk bercuti atau ‘travel’ sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa penat di badan. Bagi yang tinggal di bandar kesibukan kota yang padat mungkin membuatkan anda ingin memilih destinasi yang lebih tenang dan jauh daripada keramaian orang agar lebih selesa. Kalau anda buka je media sosial, pasti anda dapat lihat iklan atau pakej percutian yang ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan yang murah sama ada di dalam negeri atau di luar negeri. Bagi yang belum berkahwin mungkin anda tidak mempunyai masalah atau dilema untuk memilih sama ada private trip atau open trip. Tapi bagi mak-mak dekat luar sana tu mesti anda ingin memilih yang dapat memberi keselesaan buat keluarga anda. Haa kalau nak tahu, jom tengok perkongsian di bawah! ➤ Open TripZaman sekarang ni memang ramai yang memilih pakej ‘open trip’ kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pakej persendirian. Untuk pengetahuan anda, open trip lebih mudah difahami sebagai pakej gabungan dengan pelancong yang lain. Mungkin ada juga berfikir pakej ini tidak selesa kerana bercampur dengan orang luar, tapi sebenarnya banyak kelebihan yang anda perlu tahu daripada open trip ni antaranya adalah : Jadual dan aktiviti sudah teratur Harga lebih murah daripada ‘private trip’ Dapat kenalan baru, amat sesuai bagi ‘solo traveller’ Penginapan dan kemudahan sudah disediakan ➤ Private TripKalau dengar namanya pun, memang anda sudah tahu ianya lebih ‘personal’ dan bagi yang sukakan privasi anda hanya akan bergerak dan melakukan aktiviti hanya bersama agen. Mungkin bagi anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak ramai, trip ini lebih sesuai dan mempunyai keselesaan daripada aspek jadual dan aktiviti perjalanan ketika bercuti walaupun harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding open trip. Jadual dan aktiviti perjalanan lebih fleksibel Dapat pilih tempat dan destinasi yang ingin dituju Hanya anda dan keluarga, tanpa bergabung dengan orang luar Lebih selesa dan jadual tidak terlalu padat Setiap orang mungkin berbeza pandangan dan citarasa, sebelum nak ‘travel’ kaji dulu tempat dan dengan siapa anda pergi agar dapat memudahkan anda memilih trip yang mana yang sesuai dan mengikut bajet. Setiap trip mempunyai kelebihan dan kekurangan, jadi pilih betul-betul ye jangan main bedal je hiks! Sumber: Melancong Turki
5 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Hindar Sebelum Menaiki Kapal Terbang
Aktiviti melancong mesti lah sesuatu perkara yang menyeronokkan betul tak? Tapi kadang kala ramai di antara anda terlepas pandang atau memang remeh tentang keselamatan dan kesihatan sebelum berangkat ke destinasi yang hendak dituju. Kebiasaanya bagi yang bercuti dengan menaiki kapal terbang anda sering terlupa tentang pemakanan yang betul sebelum anda terbang menaiki pesawat. Jangan terkejut jika apa yang anda makan mampu membuatkan anda berasa letih dan tidak selesa sepanjang perjalanan. Jom lihat senarai makanan di bawah yang anda perlu elakkan sebelum naik kapal terbang agar lebih selesa dan tenang. ⤿ Fast FoodBurger, ayam goreng bukan sahaja kanak-kanak sukakannya malah golongan dewasa pun tak dapat nak menolaknya! Ramai yang memilih makanan segera kerana ianya cepat dan sedap. Tapi anda perlu tahu kemungkinan semasa perjalanan anda akan mengalami bloating dan indigestion yang sering berlaku sebaik sahaja anda memakannya. ⤿ Salty SnacksHow can you resist a bag of potato chips? Makan sekali pasti nak lagi, dengan kerangupan dan rasa sedikit masin membuatkan anda akan ketagih untuk menikmatinya selalu. Eh sebelum tu, anda perlu tahu bahawa setiap kandungan salty snacks mempunyai bahan sodium yang tinggi yang mampu menyebabkan fluid retention dan kembung perut. ⤿ Carbonated BeveragesSanggup ke menghabiskan masa dalam kapal terbang hanya di tandas? Haa ramai yang tahu keburukan minuman air gas berlebihan memberi kesan buruk pada tubuh badan. Minum air gas sebelum menaiki pesawat bukan sahaja mengganggu proses pencernaan malah ia akan menyebabkan perut anda penuh angin dan tidak selesa. Jadi lepas ni anda boleh kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan agar sepanjang perjalanan anda ke destinasi tempat bercuti menjadi lebih tenang dan selesa. Sumber: Melancong Turki
Boleh Ke Melancong Sewaktu Hamil?
Siapa je yang tak suka kalau bab nak travelling ni kan? Melancong memang satu aktiviti yang menyeronokkan tetapi pasti anda yang sedang hamil tu masih lagi risau takut kandungan terjejas. Anda sebenarnya tidak perlu risau sebenarnya melancong untuk ibu hamil memberi ketenangan buat anda dan juga pasangan. Ini kerana anda tidak lama lagi akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, jadi ini lah masanya untuk anda dan pasangan menikmati masa berdua sebelum menimang cahaya mata. Tetapi harus diingatkan melancong di luar mahupun dalam negara perlu perancangan awal dan teratur untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada doktor sebelum anda membuat keputusan untuk melancong. Ini kerana doktor akan memeriksa terlebih dahulu kesihatan anda dan kandungan untuk memastikan berada dalam keadaan selamat ketika melancong. Travel ketika hamil bukanlah satu penghalang, tapi anda perlu berhati-hati dengan perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh berlaku. Jika anda melancong dengan menaiki kapal terbang, seeloknya periksa terlebih dahulu syarat bagi wanita hamil untuk mengikuti penerbangan tersebut. Kebiasaanya syarikat penerbangan tidak akan membenarkan jika kandungan sudah mencecah 35 minggu. Pastikan anda sudah mendapat kebenaran dan surat daripada doktor untuk keselamatan. Elakkan pergi melancong dengan menaiki kereta jika perjalanan mengambil masa selamat 4 jam atau lebih. Walaupun perjalanan singkat, pastikan anda dapat rehat yang cukup dan kaki anda dapat melunjur dengan baik. Ini kerana untuk mengelakkan kekejangan otot kaki berlaku sewaktu perjalanan. Pastikan pakaian yang anda pakai bersesuaian untuk memastikan keselesaan ketika perjalanan. Waktu panas anda perlu memakai pakaian yang dapat menyerap peluh dengan baik dan secara tidak langsung ia akan membuatkan anda lebih selesa dan ceria ketika melancong tanpa sebarang masalah. Lepas ni anda tidak perlu lagi risau untuk travel ketika hamil, rancang perjalanan pergi dan balik dengan teratur dan pastikan anda ikut langkah keselamatan yang sudah kami kongsikan! Sumber: Melancong Turki
Tips Sekiranya Anda Ingin Melancong Ke Turki
Setiap orang pasti ada destinasi pilihan yang diidamkan untuk bercuti agar dapat merasai pengalaman yang baru dan melihat tempat-tempat yang indah. Tapi kebiasaanya mungkin kos perbelanjaan menjadi penghalang untuk anda sampai ke sana, jadi macam mana? Haa tak semestinya nak melancong menggunakan duit yang banyak, tapi dengan pengurusan yang betul anda akan dapat bajet yang rendah dan boleh menikmati percutian dengan tenang. Siapa yang pernah tengok cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia? Mesti feeling habis kan bila tengok pemandangan belon udara panas di sana. Jangan risau, kerana kami akan kongsikan kepada anda macam mana dengan bajet RM 2000 anda mampu melancong di Istanbul dan Cappadocia! ⇨ Tiket PenerbanganFirst thing first of course ticket flight! Perkara paling utama jika anda ingin bercuti adalah tiket penerbangan. Jangan beli terlalu awal dan lambat, paling sesuai beli diantara 6 hingga 8 bulan sebelum tarikh berangkat. Nak lebih jimat, alert dengan tarikh promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Rajin- rajin lah update ye! ⇨ Tempat PenginapanJika anda sampai sahaja di lapangan terbang Sabiha Gocken, anda harus menaiki bas untuk ke kota dengan harga tiket RM 22 untuk turun di Taksim. Dah penat perjalanan dalam kapal terbang, mesti best kalau dapat hotel yang cantik dan berpatutan. Haa jadi dengan harga RM 130 anda boleh check in di Avicenna Hotel kerana ia termasuk sarapan untuk dua orang. Menarik kan? ⇨ Teroka CappadociaDah alang-alang di Istanbul, rugi kalau tak teroka keindahan di Cappadocia. Dari Sabiha Gocken ke Kayseri harganya RM 157 termasuk makanan. Apa yang lagi menari kalau nak merasai pengalaman tidur dalam gua anda boleh singgah di Dorm Cave kerana mereka menawarkan harga diskaun jika anda ingin menaiki hot air balloon. Secara keseluruhan anggaran bajet, dari Istanbul, tempat penginapan, tiket masuk, tour dan tiket menaiki hot air balloon lebih kurang RM 1900. Haa tak mahal pun, jadi tunggu apa lagi dah boleh start menabung dari sekarang. Sumber: Melancong Turki
Masakan Paling Enak Semasa Melancong Ke Luar Negara
Aktiviti melancong ni memang best tambah lagi kalau dapat pergi dengan keluarga dan sekali sekala bercuti ke luar negara. Tapi salah satu perkara yang sukar ketika melancong di negara asing adalah dari segi dapat makanan halal betul tak? Mungkin ada setengah kawasan yang terdapat makanan halal tetapi harganya lebih mahal daripada biasa. Haa jangan risau bagi yang bercadang untuk bercuti di luar negara, makanan bukan lagi penghalang untuk anda kerana kami akan kongsikan tip memasak paling sempoi yang anda boleh lakukan ketika di sana. Percutian adalah saat untuk cipta memori dan kenangan baru, kan lebih indah jika anda dapat rebut peluang ini berkelah dan menikmati makanan yang dimasak di tempat-tempat yang cantik. ■ Rancang AwalBe smart! Nak masak sendiri di sana akan menjadi lebih mudah jika anda menyediakan menu dengan lebih awal pada waktu yang tertentu supaya anda dapat mengenalpasti bahan apa yang perlu di bawa dari rumah dan kuantiti yang diperlukan. ■ Bahan Masak Dari RumahPastikan anda semak tempat penginapan sama ada terdapat kemudahan untuk memasak ataupun tidak. Jika ada anda boleh bawa bahan yang sukar didapati seperti serbuk kari dan lain-lain. Bagi yang bermalam di hotel bawalah makanan segera yang boleh dipanaskan seperti sardin tin, sambal bilis, mi segera dan nasi goreng paket. ■ Bawa Periuk Nasi Elektrik KecilNama pun tekak melayu, mesti nak cari nasi punya! Selain nasi, periuk ini sangat berguna untuk memasak sup, tomyam dan bermacam-macam lagi. ■ Penuhkan Beg Dengan Bahan MasakUntuk memudahkan perjalanan, anda perlu bawa ‘portion’ untuk memasak pada hari pertama sahaja. Hari-hari seterusnya anda boleh beli di sana untuk barangan basah dan tidak perlu bawa dengan banyak. Tapi jika barang seperti kicap, sos tiram, rempah asam pedas dan bihun lebih baik anda bawa siap-siap dari Malaysia kerana barang-barang tersebut lebih mahal di negara luar. Tapi berhati-hati ketika anda bawa barang yang mudah pecah, untuk keselamatan sediakan beg khas untuk makanan sahaja. Bukan sahaja jimat malah anda dan keluarga akan dapat menikmati percutian tanpa sebarang masalah. Sumber: Melancong Turki
Cara Mengambil Gambar “Selfie” Dengan Bergaya
Kalau pergi bercuti di tempat yang menarik tak sah kalau tak ambik gambar sebagai kenangan, rasa tak lengkap dibuatnya! Tipu lah kalau anda tak pernah ‘berselfie’ ia kan sudah menjadi rutin wajib kalau pergi ke mana-mana. Haa, tapi perasan tak setiap kali ambil gambar sendiri, ada yang mata terpejam lepas tu tudung tak betul pula. Lagi sedih bila dah posing cun habis, muka pula nak kusam. Kacau mood betul! Dah jangan stres-stres, kali ini kami akan kongsikan kepada anda semua untuk hasilkan travel selfie yang membuatkan orang lain akan berhenti scroll dan melihat gambar anda, lagi seronok jika mereka meninggalkan komen, nak tahu caranya jom lihat di bawah! » Have fun!Lah nak selfie pun malu-malu, macam mana nak dapat gambar yang cantik kalau mula berasa segan? First thing first, enjoy dan jadi diri sendiri kerana dengan cara ini anda lebih selesa untuk posing mampu membuat mimik muka yang pelbagai pada gambar selfie anda nanti. » Muka Runcing Ala ModelGunakan lidah untuk membuatkan muka anda tampak lebih runcing. Mungkin ia kedengaran agak pelik dan ramai yang belum tahu tentang teknik ini. Tapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk membuatkan wajah anda berseri dengan pipi yang terbentuk. Hanya tekankan lidah anda ke atas lelangit sambil tersenyum, teknik ini sekali gus menyembunyikan double chin anda. Menarik kan! » Make Sure Lighting On Point!Tak nak wajah kusam dan tidak bermaya? Pencahayaan sangat penting untuk memberi refleksi yang cantik pada gambar selfie anda. So cari lokasi atau ruang yang mempunyai cahaya matahari kerana ia pancaran cahaya tersebut lebih natural. » Tunjukkan Latar BelakangCara paling terbaik untuk menunjukkan yang anda sedang bercuti adalah dengan memastikan gambar selfie anda mempunyai pemandangan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan kawasan menarik. Walaupun subjek utama adalah diri anda, tetapi latar belakang memainkan peranan yang penting untuk menjadikan gambar selfie anda sempurna! Sumber: Melancong Turki
Tip Keselamatan Yang Perlu Anda Fikir Sebelum Membuat Keputusan
Buat kaki ‘travel’ bercuti dengan menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan mungkin adalah cara terbaik untuk memastikan jadual perjalanan dapat dilakukan dengan lebih teratur. Hampir 300 individu tertipu baru-baru ini oleh agensi pelancongan yang melibatkan kerugian sebanyak dua juta hanya kerana pakej yang ditawarkan terlalu murah berbanding dengan perkhidmatan yang diberikan. Memang tak masuk akal! Oleh sebab itu, kami akan kongsikan kepada anda tip untuk mengelak diri anda ditipu oleh agensi pelancongan yang tidak boleh dipercayai. ① Semak Lesen AgensiBunyi macam karut je sampai nak semak lesen agensi, betul tak? Tapi jangan ambil mudah, pastikan agensi pelancongan berkenaan memunyai lesen perniagaan yang sah. Bukan senang nak buka sebuah perniagaan ini, pastikan agensi yang anda berurusan sudah berdaftar dengan SSM. ② Check Dalam Media SosialZaman sekarang kan semuanya di hujung jari, jadi apa kata anda ambil masa untuk menyemak agensi pelancongan tersebut di media sosial dan lihat review pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Ini membantu anda untuk melihat kredibiliti sesebuah agensi pelancongan. ③ Lihat Dahulu Harga PakejJika harga pakej terlalu murah anda perlu rasa curiga kerana mungkin harga tersebut tidak masuk akal. Sebagai contoh, trip ke Eropah 7hari 6 malam dengan kos RM2500. Memang terlalu murah dan tidak munasabah, jadi jangan mudah percaya. Syarikat seharusnya mengenakan harga mengikut harga pasaran dan walaupun ia murah tetapi masih relevan. ④ Tanya Pada Pelanggan Yang Pernah Berurusan Dengan AgensiMungkin anda boleh mengambil peluang untuk melihat komen review yang pernah berurusan dengan agensi berkenaan dan boleh berbual dengan lebih lanjut. Apabila ada yang mengatakan perkhidmatan yang ditawarkan tidak bagus, ia tidak bermakna syarikat tersebut adalah tipu secara 100%. Anda perlu faham bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. ⑤ Ada Office Dan Staff?Bukan untuk tubuhkan agensi pelancongan apatah lagi nak menguruskan lawatan ke luar negara. Syarikat yang boleh anda percayai adalah apabila wujudnya organisasi dan mempunyai tugas dan kepakaran tersendiri. Sentiasa peka, dan update untuk melihat mereka di media sosial, atau anda boleh memerhati dari video yang dimuat naik oleh mereka. Jadi kalau tak nak kena tipu baca dulu tip-tip di atas untuk mengenali syarikat pelancongan sebagai langkah dan usaha menjadi mangsa tipu sekali gus dapat menyelamatkan diri daripada kerugian. Tak perlu was-was dengan kami, jom plan percutian anda sekarang! Sumber: Melancong Turki
Cara Menguruskan ‘Flight Delay’
Tidak kira sama ada anda melancong di luar negara atau dalam negara, adakalanya sukar untuk menjangkakan apa yang bakal terjadi sepanjang perjalanan untuk ke destinasi yang anda tuju. Tambah pula bagi siapa yang bercuti by flight, mungkin anda perlu bersedia dengan lebih awal untuk mengelak daripada sebarangan kemungkinan yang berlaku. What? flight delay?! Penangguhan penerbangan ni memang sesuatu perkara yang merumitkan lebih-lebih lagi buat anda yang mempunyai masa perjalanan yang panjang. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda mempunyai hak yang boleh dimohon dalam jadual sekiranya penerbangan anda tidak berjalan seperti mana yang dirancang. ⦿ Flight CancelledJust incase penerbangan anda dibatalkan secara tiba-tiba anda boleh memilih untuk : Mendapat bayaran penuh kembali Penggantian penerbangan secara percuma Mengubah haluan penerbangan tanpa sebarang caj ⦿ Tidak Dibenarkan Menaiki FlightSekiranya syarikat penerbangan anda melarang untuk menaiki kapal terbang di atas sebab-sebab tertentu, anda berhak untuk mendapat tiket penerbangan pada hari yang sama atau pampasan. Tetapi ingat sekiranya anda yang lambat sebelum boarding time tu, anda tidak berhak untuk mendapat apa-apa. ⦿ Caj TambahanPenting anda untuk anda semak dahulu perkhidmatan sebelum anda membuat bayaran. Harga tiket adalah tetap apabila pelanggan sudah menyelesaikan pembayaran secara penuh. Syarikat penerbangan tidak boleh menambahkan sebarang caj secara automatik tanpa pengetahuan pelanggan. ⦿ Tuntutan Dan PampasanSekiranya bagasi hilang atau rosak semasa sampai di penerbangan destinasi anda boleh memohon pampasan pada syarikat penerbangan berkenaan. Sebelum nak travel tu, pastikan anda faham dan baca tip seperti di atas, jangan terus panik bila penerbangan ditangguhkan. Sumber: Melancong Turki
Kaedah Bagi Wanita Suka Melancong Sendiri
Sedih pula tajuk pada kali ini. Wanita melancong secara solo atau berseorangan. Tidak dinafikan, ramai wanita masa kini memilih untuk mengembara secara solo. Kebanyakannya memilih mengembara secara solo untuk tujuan bisnes dan suka-suka. Walaupun sebab utama wanita melancong lebih kurang sama sahaja dengan lelaki, wanita perlu memikirkan lebih banyak aspek berbanding lelaki. Daripada isu keselamatan, hinggalah perbezaan budaya, pengembara wanita akan menghadapi lebih banyak cabaran semasa bercuti secara solo. Namun begitu, ia boleh dilelakkan jika langkah berjaga-jaga diambil dari awal lagi. ➡ Belajar Tentang Destinasi Percutian Cari sebanyak mungkin informasi tentang destinasi yang dituju terutamanya kalau anda akan bercuti di luar negara. Tempat baru dengan kepercayaan agama dan budaya berlainan akan memberi kesan yang agak drastik. Berkemungkinan besar, anda perlu mengadaptasi cara berpakaian dan perlakuan anda untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan orang di sana. Jangan terkejut jika apa yang dianggap sebagai gangguan seksual di sebuah negara, dianggap sebagai cara bersosial di sebuah negara yang lain. ➡ Keselamatan di Hotel & Penginapan Apabila tiba di hotel penginapan, cuba berkenalan dengan staf yang akan menguruskan para pengunjung. Mereka ini bertugas untuk mengawasi proses keluar masuk dalam sesebuah bangunan. Tanya mereka sama ada anda boleh meminta mereka menemani anda hingga ke bilik jika anda sampai di hotel pada lewat malam. Kalau boleh, minta bilik di tingkat yang lebih tinggi, berdekatan dengan lift, tetapi jauh dengan pintu keluar kecemasan, tangga dan kerja-kerja pembangunan. Jangan sesekali menerima bilik yang memerlukan kerani untuk menjerit memanggil nama dan nombor bilik anda. Semasa pergi ke meja depan, dapatkan kad hotel yang tercatat nama hotel, alamat dan nombor telefon dari kaunter. Pastikan kad ini sentiasa ada bersama anda. Apabila berada di dalam bilik, pastikan pintunya mempunyai peephole (lubang mengintip) dan deadbolt. Kalau tidak, jangan sesekali membuka pintu untuk seseorang yang tidak anda kenali. ➡ Pengurusan Dokumen PerjalananBuat dua salinan untuk dokumen perjalanan yang penting. Satu salinan untuk digunakan semasa trip, dan satu lagi diberikan kepada keluarga atau kawan untuk disimpan di rumah. ➡ Kemas Barang Dengan BijakKemas barang dengan bijak. Pastikan beg ringan dan senang dibawa ke mana-mana. Ini akan mengelakkan anda daripada menjadi target pencuri dan peragut. Elakkan daripada membawa beg yang besar dan mahal. Kunci semua beg dan guna tag bag tertutup dengan alamat pejabat, bukan alamat rumah. Bawa satu kad kredit sudah mencukupi dan jangan simpan semua duit dalam satu tempat sahaja. ➡ Pergerakan & Pengangkutan ➡ Kenali Persekitaran AndaKaji peta tentang tempat yang anda lawati. Belajar sebanyak mungkin cara-cara untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti pelancong yang sesat.Jangan malu untuk bertanya orang di sana tentang tempat yang boleh dilawati dan tidak boleh dilawati. ➡ Pengalaman Melancong Terbaik adalan Perancangan Melancong Yang BaikDengan perancangan dan nasihat daripada agen pelancongan yang professional, percutian atau trip perniagaan anda akan menjadi selamat tanpa sebarang masalah.Ia akan menjadi pengalaman indah yang tidak akan dapat dilupakan. Sumber: Melancong.com
Melancong Musim Sejuk: Ibu Bapa Perlu Lakukan 7 Perkara Bersama Anak Kecil
“Lagi 3 minggu nak fly.. apa preparation untuk si kecil ni..?” Cuti sekolah dah nak dekat, para ibu dan ayah mesti tengah sibuk fikir pasal persediaan percutian nanti. Macam-macam nak kena prepare lagi-lagi yang baru first time nak bawa anak ke overseas. Ibu ini telah kongsi tips untuk bawa anak kecil melancong terutama ketika musim sejuk supaya anda boleh bercuti dengan senang hati. “Alhamdulillah ramai yang tanya tips bawa anak kecil melancong ke luar negara terutama negara yang beriklim sejuk. Senang saja sebenarnya, parents kena banyak buat persediaan segala kemungkinan. Sakit,kejutan suhu,peralatan sesuai,baju sesuai dan stok ubat jika perlu. 1. Travel Insurans Yang ni wajib kalau bawa warga emas,ibu mengandung, anak kecil dan individu yang selalu atau kerap kurang sihat. Tapi bagi yang sihat pun kena juga ambil sebab kita tidak tau masa akan datang atau di tempat kita pergi kan. Ada insurans serendah rm60 saja untuk bantu cover kita kalau ada kecemasan d luar negara. Contoh tiba2 sakit atau admit wad. Ni kamu tanya orang yang jual insurans, sis tak berapa pakar untuk Q&A. 2. Stok Ubat Antibiotik kena sentiasa bawa. Tapi pastikan yang belum dibancuh supaya tahan lama. Ni boleh minta consult doktor bila perlu guna nanti (berdasarkan simptom,suhu dan lain-lain). Ubat-ubatan lain pun kena bawa contoh ubat demam, selesma batuk, lozenge untuk sakit tekak (sejuk pun boleh menyebabkan sakit tekak). Stok ubat dewasa dan kanak kanak kena bawa. 3. Baju Yang Sesuai Dulu pernah asal beli baju tebal saja konon tahan di cuaca sejuk. Rupanya ada material yang memang akan bertahan di cuaca sejuk, ada juga nampak saja tebal tapi still boleh masuk angin sejuk ke dalam lapisan baju. Jadi buat pilihan betul terutamnya bila nemilih baju anak. Thermal wear atau long john untuk kanak kanak pun banyak dijual di Uniqlo atau di shopee. Tapi kena buat perbandingan yang mana sesuai dengan suhu tempat yg kamu pegi nanti. Sarung tangan dan stokin juga perlu. Mask muka pun sebenarnya perlu sebab bila angin sejuk terkena muka,percayala macam mau patah batang hidung walaupun hidung ni tidak seberapa mancung. 4. Heat Pad Perlu Ke Tak? Bergantung sebenarnya. Ada keadaan yang heat pad boleh menampung panasnya tapi bila suhu sudah drop banyak, kebergantungan dengan heat pad semakin kurang. Tapi bawa saja untuk membantu panaskan badan jika perlu nanti. 5. Penghalang Angin Di Stroller 6. Thermos Bagi yang mempunyai anak yang masih menyusu botol dan mahu susu yang panas saja (macam aqeel,kalau susu sejuk dia takmau suda) jadi wajib lah bawa thermos panas jalan jalan. Bawa yang muat dalam beg dan senang di refill di mana mana. Kalau mau bancuh minuman panas pun boleh,sejuk babe diluar sampai haus pun masih mencari minuman panas. Rajin2 bawa 3in1 nanti masa bejalan,tinggal bancuh. Emm apa lagi ya,sisku fikir-fikir dulu apa lagi yang boleh dikongsi. Oh ya.. VAKSIN. 7. Vaksin Influenza Ambil 2 Minggu Sebelum Jalan Berdasarkan pengalaman bawa aqeel hari tu masa musim winter di Korea,alhamdulillah sampai bumi korea yang sejuk beku tu dia langsung tiada panas badan atau selesma. Beza dengan kanak kanak yg juga berasal dari Sabah(saya tiada tanya asal sebab anaknya merengek nangis) yang kami jumpa di taman tema Everland demam bila sampai korea. Bila saya tanya ada ambil vaksin influenza sebelum ni? Dia bagitau tidak sempat ambil. Jadi,parents boleh ambil ikhtibar dari pengalaman ni ya. Tapi ni pun bergantung ibu bapa juga,kalau yakin tidak perlu ambil vaksin tambahan tiada paksaan juga. Cuma saya suka mencegah dari sengsara stay di hotel masa bercuti .kan? Rasanya point yang penting semua sudah ada. Happy holiday kamu yang akan datang 2 bulan lagi selamat merancang percutian ya..” *Semoga bermanfaat semua! hehe 🙂 Sumber: Sirap Limau