Tips – PakejCuti https://pakejcuti.com Terokai Dunia Bersama Mon, 03 Oct 2022 07:00:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://i0.wp.com/pakejcuti.com/wp-content/uploads/2023/04/cropped-cropped-Icon-Pakej-Cuti.png?fit=32%2C32&ssl=1 Tips – PakejCuti https://pakejcuti.com 32 32 207945667 Cara Susun Jadual Perjalanan Anda Menjadi Lebih Menarik https://pakejcuti.com/2022/10/03/cara-susun-jadual-perjalanan-anda-menjadi-lebih-menarik/ https://pakejcuti.com/2022/10/03/cara-susun-jadual-perjalanan-anda-menjadi-lebih-menarik/#respond Mon, 03 Oct 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1872 Admin nak kongsikan itinerary menarik khas buat anda yang suka travel tetapi tidak tahu bagaimana hendak merancang jadual perjalanan. Bila anda merancang sendiri itinerary bermakna anda tidak perlu lagi melancong melalui agensi pelancongan, tetapi ada baik dan buruknya anda menggunakan agensi pelancongan. Jadi admin ingin kongsikan jadual perjalanan yang bagaimana untuk memudahkan anda travel.

Ini steps untuk membuat jadual perjalanan untuk kelihatan lebih sempurna.

Susun setiap tempat yang ingin di lawati

Senarai tempat yang hendak dilawati kemudian disusun mengikut skala keutamaan. Ia berguna untuk menentukan berapa lama masa berlakunya bercuti di satu tempat atau berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke sana. Search “Top 10 things to do” di tempat yang anda hendak pergi. Setiap negara mempunyai keistimewaannya. Buat kajian terlebih dahulu supaya anda tidak tertinggal benda best. Buku panduan perjalanan, peta dan juga pendapat dari pelancong lain yang telah mengembara yang anda ingin bercuti boleh menjadi bahan pembelajaran jika anda ingin menguruskannya. Pertimbangkan juga cuti tempatan di destinasi destinasi anda yang boleh menjejaskan jadual penerbangan, jam buka tarikan, dan lain-lain. Apabila sesuatu selesai, anda boleh berfikir secara realistik berdasarkan gambar masa transit, kemungkinan untuk melawat tarikan, serta skala keutamaan tarikan yang akan dilawati.

Elakan ambil jadual penerbangan yang dekat

Penerbangan terperinci adalah penerbangan utama atau transit utama dalam jadual percutian anda boleh menjadi titik yang mudah terjejas. Penggantian kapal terbang akan meningkatkan kemungkinan menunggu kelewatan penerbangan atau jadual penerbangan. Di samping itu, penerbangan canggih juga berpotensi mengganggu waktu rehat anda di lapangan terbang. Jika anda tidak dapat mengelakkan penerbangan transit, pastikan anda tidak memilih jadual yang terlalu dekat. Mengambil jadual penerbangan dengan selang beberapa jam untuk menukar kapal terbang dan menyediakan jangkaan dalam kes penangguhan pesawat.

Gunakan laman web dan aplikasi

Dalam era teknologi maklumat yang dibentangkan tapak dan aplikasi yang membantu dalam membuatnya terasa dan juga berkongsi cerita perjalanan. Contohnya laman Tivago,Tripadvitor dan banyak lagi yang membolehkan pengguna membuat penyemak imbas secara dalam talian. Laman ini secara automatik memberi maklumat yang berkaitan dengan perjalanan anda seperti peta, arah, dan cuaca. Apliaksi ini juga truut menyediakan perkhidmatan serupa yang membantu dalam mengatur perjalanan anda. Laman ini akan menghantar jadual penerbangan, kenderaan, senarai hotel, dan pengesahan lain.

Elakkan aktiviti mengeluarkan wang
Bukan semua aktiviti memerlukan duit. Macam museum di Paris, ada masa yang entrance dia free. Sebab tu anda kena check dulu. Duit lebih tu guna lah shopping. Selain itu, walking street di Dublin. Banyak lagi tempat yang menarik yang anda tidak perlu keluarkan wang, wang boleh digunakan untuk tiket penerbangan, shopping, makanan dan lain-lain.

Elakkan “Tourist Trap Spots”. Jangan makan di tempat yang ada ramai pelancong. Biasanya makanan yang sedap dan murah takde di situ.

Beli tiket “Attraction” awal. Kalau nak pergi Disneyland etc, beli lah online! Senang giler. Sampai je kt situ, boleh masuk terus. Tak payah queue lama.

Tips ini amat berguna untuk anda memudahkan lagi perjalanan anda. Apa yang lebih menyeronokkan anda juga boleh save money dari berbelanja bayar tourism.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/10/03/cara-susun-jadual-perjalanan-anda-menjadi-lebih-menarik/feed/ 0 1872
Apakah Perbezaan Penerbangaan Kelas Pertama Dengan Kelas Perniagaan? https://pakejcuti.com/2022/10/01/apakah-perbezaan-penerbangaan-kelas-pertama-dengan-kelas-perniagaan/ https://pakejcuti.com/2022/10/01/apakah-perbezaan-penerbangaan-kelas-pertama-dengan-kelas-perniagaan/#respond Sat, 01 Oct 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1848 Apa yang admin kongsikan hari ini adalah mengenai perbezaan business class dengan first class. Bagi yang sudah biasa menaiki kapal terbang mungkin mereka sudah tahu, tapi tetap nak ceritakan apa kelebihan dan kekurangan mengenai kedua-dua kelas ini. Antara perbezaannya ialah:

Kos bagi kedua-dua kelas:

Walaupun perbezaan antara kelas pertama dan kelas perniagaan tidak begitu penting dalam ekonomi namun pertama atau perniagaan masih terdapat beberapa pembolehubah yang perlu dipertimbangkan ketika membuat pilihan perjalanan anda. Secara umum, kos kelas pertama kira-kira dua kali lebih tinggi daripada kelas perniagaan. Tetapi itu boleh berubah dengan ketara oleh laluan dan syarikat penerbangan.
Kini kerusi kelas perniagaan lebih baik daripada dahulu. Sementara itu beberapa kerusi kelas pertama yang kita lihat pada masa kini mempunyai produk-produk dunia luar seperti katil double, pancuran atau pangsapuri di langit.

⦿ Ruangan menunggu

lounge first class

Jika anda lihat banyak perbezaan antar ruang menunggu business clas dan first class. Antaranya ialah menawarkan ruang tamu eksklusif untuk penumpang kelas pertama, yang boleh melangkau terminal utama untuk terminal mereka sendiri. Sebaliknya, lounge kelas perniagaan hanya menyediakan ruang yang tenang untuk bekerja dan bersantai, dengan Wi-Fi yang cepat, kerusi dan makanan ringan yang selesa, tetapi tiada tambahan lain.

lounge business class

⦿ Tahap Keselesaan

Dalam kelas business telah membuat pelbagai penambah baikan untuk membantu anda mendapatkan tidur malam dan privasi yang baik. Antara soalan yang sering permain dalam otak pelanggang adalah: Adakah kerusi anda akan berubah menjadi katil? Apakah konfigurasi kabin? Berapa rapat anda akan penumpang lain? Adakah anda mempunyai sebuah katil double, pangsapuri anda sendiri, atau tempat duduk dan katil yang digabungkan?

Manakala kelas pertama pula sudah semestinya selesa kerana cukup lengkap dengan segala kemudahan dan mungkin anda tidak tertanya-tanya mengenai kelengkapannya.

⦿ The Bottom Line
perbezaan antara kelas pertama dan kelas perniagaan adalah kerusi dan perkhidmatan, tetapi perbezaan berbeza di kalangan syarikat penerbangan, laluan dan model kapal terbang. Namun, kemudahan kelas pertama umumnya menggantikan kemudahan kelas perniagaan pada penerbangan antarabangsa. Tetapi penyelidikan yang cukup untuk memastikan bahawa anda mendapat apa yang anda bayar.

⦿ Makanan dan Minuman

Ini adalah salah satu daripada dua kategori di mana kelas perniagaan dan kelas pertama berbeza-beza. “Makanan kelas pertama bukan sahaja kualiti restoran, tetapi juga makan di kelas pertama hanya orang berduit sahaja yang boleh merasainya. Pada kelas pertama, pelanggan juga dihidanglan makanan yang yang diperbuat daripada chef yang terkenal. Sebagai contoh, Air France, makanan dalam penerbangan oleh Laporan Robb, menawarkan menu yang direka oleh tukang masak Michelin.

Apa tunggu lagi setelah anda mengetahui berbezaan kedua-dua kelas ini boleh lah buat tempahan untuk melancong ke luar negara. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana, tetapi admin cadangkan buat pilihan yang boleh memuaskan hati anda dan memberi keselesaan kepada anda.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/10/01/apakah-perbezaan-penerbangaan-kelas-pertama-dengan-kelas-perniagaan/feed/ 0 1848
Jepun: Tips Menarik Bercuti https://pakejcuti.com/2022/09/27/jepun-tips-menarik-bercuti/ https://pakejcuti.com/2022/09/27/jepun-tips-menarik-bercuti/#respond Tue, 27 Sep 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1809 Mungkin admin pernah berkongsi maklumat tentang cara pelancongan ke Jepun sebelum ini tetapi berbeza kali ini. Kali ini admin ingin berkongsi cara bagaimana anda hendak terokai Jepun dengan menghabiskan wang untuk melancong dengan kadar yang rendah. Jadi cara yang pertama ialah:

1. Menggunakan pengangkutan awam.

Untuk maklumat anda menggunakan pengangkutan awam lebih jimat berbanding anda menyewa kenderaan di sana. Banyak syarikat bas (Willer Express) di Jepun menawarkan tiket atau pas yang harga berpatutan lebih kurang ¥ 10,000- ¥ 15,000 tetapi tiket ini boleh digunakan pada hari Isnin hingga khamis sahaja. Pas boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dan boleh digunakan selama dua bulan. Menurut sumber bas di sana sangat selesa, bersih dan nyaman. Destinasi yang sering dikunjungi oleh syarikat Willer Express ialah Tokyo, Hiroshima, Kyoto, Osaka dan Nagoya.

2. Bawak makanan sendiri atau lebihkan makanan segera Jepun.

Jika anda ingin jimat dalam pemakanan anda boleh membawa makanan sendiri dari Malaysia namun jika malas anda boleh membeli makanan segera orang Jepun. Kebiasaan makanan segera orang Jepun ialah Matsuya(diperbuat dari beras), Sukiya, Yoshinoya (sekali lagi hidangan masakan Jepun, dari kari hingga udon), Mister Donut (anda mesti mencuba donat berbentuk bintang), Burger MOS (burger gaya Jepun) dan CocoCurry House Ichibanya (kari). Harga bagi makanan di atas ialah sekitar dari ¥ 300- ¥ 600.

3. Penginapan anda boleh search dalam aplikasi hotelscombined.

HotelsCombined dan AirBNB secara konsisten mempunyai pilihan penginapan termurah di Jepun. AirBNB memberikan pengalaman lebih banyak pengalaman tempatan dan terdapat banyak pangsapuri yang berpatutan di pusat bandar Tokyo. Apabila di kawasan yang jarang dilawati, panduan Lonely Planet Japan adalah sumber terbaik untuk hotel, asrama, dan ryokan (rumah tamu gaya Jepun). Pusat Maklumat Pelancongan juga merupakan sumber bantuan berbahasa Inggeris yang boleh dipercayai jika berada di kawasan kurang pelancong.

4. Pilih tempat yang tidak kena kos

Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura.
Selain itu, anda boleh ke Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

5. Cari tempat jual barangan murah untuk cenderamata

Sememangnya di Malaysia ada banyak kedai Daiso, tapi Daiso di Jepun besarnya sampai 5 tingkat bangunan. Anda bayangkan berapa lama masa yang anda boleha spend dalam Daiso tambah pula di Daiso Harajuku. Harga barangan sekitar RM2 keatas sahaja.

Jadi bagaimana pendapat anda menarik tak negara Jepun?? Bagi anda yang suka dengan tempat nyaman dan bersih Jepun adalah pilihan terbaik, kenapa admin memberi kenyataan begitu?? Anda mungkin tahu sendiri sikap orang Jepun yang disiplinnya sangat tinggi. Jadi tidak perlu risau jika anda ingin bercuti ke Jepun semestinya anda akan berasa seronok di sana.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/09/27/jepun-tips-menarik-bercuti/feed/ 0 1809
Cara Melancong Yang Betul Tanpa Mengeluarkan Kos Yang Banyak https://pakejcuti.com/2022/09/25/cara-melancong-yang-betul-tanpa-mengeluarkan-kos-yang-banyak/ https://pakejcuti.com/2022/09/25/cara-melancong-yang-betul-tanpa-mengeluarkan-kos-yang-banyak/#respond Sun, 25 Sep 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1793 Hari ini admin akan “share” tips melancong tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Jadi admin akan jelaskan bagaimana cara untuk anda memastikan setiap kali travel anda boleh bajet kos dan berpuas hati dengan tempat yang di lawati.

Pertama sekali anda mesti plan:- Pastikan sebelum anda mulakan travel rancang terlebih dahulu. Contohnya masukan ke dalam “list” tempat yang patut di lawati, berapa lama anda ingin travel, lokasi menarik di negara tersebut, wang yang patut di bawa dan totalkan kesemua kos yang anda akan habiskan. Plan ini boleh dibuat secara kasar terlebih dahulu. Hanya untuk melihat anggaran kasar trip anda dan bajet. Boleh buat dalam bentuk itinerari di dalam Words / Excel.

Kedua rujuk panduan yang sahih:- Setelah rangka plan, anda boleh mula merujuk internet, blog, buku dan orang yang lebih berpengalaman dalam dunia travel. Pastikan objektif plan anda menjadi persoalan utama semasa anda membuat rujukan. Misalnya, anda persoalkan kos, pengangkutan di sana, tempat makan, penginapan dan lain-lain.

Ketiga tiket dan penginapan yang murah:- Sentiasa membuat pantauan harga tiket di website penerbangan “airline”. Antara websitenya ialah gotogate.my, kiwi.com, TripAir, Budget Air dan banyak lagi. Ada cara kalau dibuat secara Multiple Flights akan dapat jauh lebih murah. Maksudnya transit dari satu negara ke negara yang lain “instead of” ambil “direct flights”.

Penginapan pula anda boleh semak di website Trivago, Booking.com, Airbnb, Agoda, Hotels.com dan lain-lain.

Keempat anda kena buat itinarari secara detail:- Setelah membeli tiket, anda boleh mengisikan kekosongan untuk plan yang anda buat secara kasar tadi. Isikan segala maklumat yang diperlukan. Di sini, anda dah boleh melihat dan itinerari lengkap anda. Jika malas membuat jadual perjalanan sendiri anda boleh search di Google sahaja.

Tips lain:- Sentiasa bawak duit lebih untuk “emergency”. Jika anda sukar untuk memakan makanan negara lain, anda disyorkan membawa makanan sendiri lagi jimat.

Kesimpulannya, anda boleh travel sendiri tetapi perlu berani untuk menghadapi cabaran yang bakal di hadapi.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/09/25/cara-melancong-yang-betul-tanpa-mengeluarkan-kos-yang-banyak/feed/ 0 1793
Apakah 4 Jenis Beg Yang Boleh Anda Bawa Ketika Melancong? https://pakejcuti.com/2022/09/20/apakah-4-jenis-beg-yang-boleh-anda-bawa-ketika-melancong/ https://pakejcuti.com/2022/09/20/apakah-4-jenis-beg-yang-boleh-anda-bawa-ketika-melancong/#respond Tue, 20 Sep 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1754 Keinginan setiap orang yang suka travel semestinya keselesaan diri untuk bergerak ke mana sahaja. Oleh itu, di mana sahaja destinasi rancangan perjalanan anda, pastikan beg yang anda pakai selesa dan tidak mengganggu perjalanan. Jadi admin ingin memperkenalkan kepada anda beberapa jenis beg yang sesuai untuk di bawa travel.

1. Bagasi atau luggage

Bagasi merupakan beg yang penting dan sering digunakan oleh jutaan orang yang suka travel. Terutama mereka yang membawa banyak barangan dan tidak mahu mengganggu membawa beg ke sana ke mari dengan hanya menarik roda yang ada. Tambahan pula, bagasi lebih selamat kerana terdapat kod laluan yang menguncinya. Ianya juga memiliki pelbagai saiz sesuai dengan barangan yang anda ingin bawanya.

2. Backpack / Carrier

Bagi mereka yang ingin menjadi backpacker atau tidak mahu membawa banyak barang, anda harus menggunakan backpack. Mengembara secara backpacking ini kebiasaannya anda bergerak sendiri tanpa menggunakan khidmat agen atau pakej pelancongan. Dengan adanya masa 100% milik anda, rancang dan berjalanlah suka hati tanpa terikat dengan sesiapa pun. Tanpa perlu berkejar-kejar, bebas memilih tujuan dan semuanya terpulang pada anda, pengalaman seperti inilah yang manis untuk dirasai oleh mereka yang gemarkan mengembara secara backpacking.

3. Beg pinggang / belt beg

Sama ada beg pinggang atau belt beg, boleh dijadikan pilihan anda semasa melancong. Ia tidak sesuai untuk banyak barangan. Tetapi anda boleh menggunakannya untuk menyimpan barang-barang penting yang intensiti keluar yang sangat kerap seperti dompet, telefon bimbit, kunci, passport, dan lain-lain.

4. Set beg melancong

Beg perjalanan sangat berguna bagi anda untuk menganjurkan item dalam beg pakaian mengikut jenisnya. Biasanya beg perjalanan ini terdiri daripada 6 pek dengan saiz yang berbeza dan anda boleh gunakan untuk solek, dobi, peralatan mandian, pakaian bersih, dan sebagainya.

Tetapi pastikan anda memakai beg kuat dan tidak mudah putus atau koyak kerana ianya akan menyusahkan lagi anda sepanjang percutian. Antara kesemua beg ini amat selamat untuk anda bawa ketika travel.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/09/20/apakah-4-jenis-beg-yang-boleh-anda-bawa-ketika-melancong/feed/ 0 1754
Sesat Di Luar Negara? Lakukan 5 Perkara Ini https://pakejcuti.com/2022/09/19/sesat-di-luar-negara-lakukan-5-perkara-ini/ https://pakejcuti.com/2022/09/19/sesat-di-luar-negara-lakukan-5-perkara-ini/#respond Mon, 19 Sep 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1748 Apabila berjalan ke tempat baru atau asing,mungkin anda akan sesat kerana tidak biasa dengan keadaan sekeliling. Tetapi kalau anda tidak pandai cari jalan keluar kemungkinan besar anda boleh pulang. Jadi admin kongsi tips untuk anda “handle” keadaan semasa sesat. Antara tipsnya ialah:

✔ Jangan panik

Bersabar dan jangan panik adalah perkara pertama yang perlu anda ingat jika anda hilang. Bagaimana untuk mencari penyelesaian .Oleh itu, cuba tenang dan berfikir dengan jelas apa yang perlu dilakukan apabila hilang semasa perjalanan di dalam dan di luar negara. Hanya tip, jika anda jenis orang yang mudah panik, anda tidak sepatutnya melancong solo ya lebih baik bepergian dengan beberapa orang sama ada dengan keluarga atau rakan-rakan.

✔ Tanya penduduk setempat
“Malu bertanya sesat jalan”, peribahasa ini benar-benar sangat benar. Tanya orang-orang tempatan yang benar-benar memahami kawasan di mana anda mengembara tidak meminta kepada pelancong lain yang juga mengembara. Adalah lebih baik untuk meminta lebih ramai orang tempatan yang dipercayai seperti meminta polis tempatan.

✔ Menggunakan Google Maps

Jika anda telah meminta pertolongan orang tetapi masih tidak menemui jalan keluar, anda boleh guna aplikasi Google Maps. Aplikasi ini cukup tepat untuk memberikan petunjuk jalan atau sebagai peta dalam talian.

✔ Catat alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia

Ini sering dilupakan oleh pengembara semasa ke luar negara. Kedutaan atau Kedutaan Besar Republik Malaysia adalah wakil Malaysia di negara asing dimana negara mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Oleh itu, tugas utama Kedutaan ini untuk menyediakan perkhidmatan awam untuk warga negara asing, salah satunya jika kehilangan ini. Tuliskan nombor telefon dan alamat Kedutaan setempat supaya jika ada masalah di luar negara anda boleh meminta bantuan dari Kedutaan setempat.

✔ Gunakan gerak hati anda
Ini adalah cara terakhir yang anda boleh cuba jika cara di atas tidak berfungsi. Manusia pada dasarnya mempunyai intuisi atau gerak hati. Intuisi sendiri biasanya muncul sebagai rasional yang kuat tanpa berfikir terlebih dahulu, jadi jika anda tersesat mungkin intuisi anda dapat menunjukkan jalan keluar yang benar. Tetapi, ingat namanya juga intuisi jadi kebenaran masih diragukan atau masih meneka. Berdoalah kepada-Nya dan cuba menggunakan intuisi anda ya!

Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda gunakan apabila anda tersesat. Admin harap ianya berguna untuk anda.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/09/19/sesat-di-luar-negara-lakukan-5-perkara-ini/feed/ 0 1748
Bantal Yang Sesuai Untuk Dibawa Melancong https://pakejcuti.com/2022/09/14/bantal-yang-sesuai-untuk-dibawa-melancong/ https://pakejcuti.com/2022/09/14/bantal-yang-sesuai-untuk-dibawa-melancong/#respond Wed, 14 Sep 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1698 Bantal leher merupakan antara aspek yang terpenting semasa anda travel. Terutamanya jika menggunakan kapal terbang atau kereta api mengambil masa yang lama dalam perjalanan. Dengan menggunakan bantal mungkin anda akan sedikit selesa berbanding hanya beralaskan kerusi sedia ada. Berikut adalah 5 bantal tidur yang boleh menjadi teman perjalanan anda.

1. Duo NeckPillow

Bantal leher yang normal boleh membuat leher anda sakit, kerana digunakan satu sisi sahaja. Dengan bantal ini, leher anda akan terjaga untuk kekal tegak dalam keadaan relaksasi. Duo Travel Bantal dilengkapi dengan hoodie yang boleh dipasang atau dikeluarkan mengikut cita rasa anda. Jadi, anda tidak lagi perlu membawa topeng mata lagi. Bantal ini juga boleh digunakan untuk menyokong dagu, anda tahu. Bantal ini mempunyai beberapa kelebihan lain, iaitu beg untuk meletakkan telefon pintar. Bagi anda yang suka tidur semasa mendengar muzik, ianya sangat membantu.

2. Turtle Soft Pillow

Reka bentuknya sangat bergaya dan sesuai di bawa ke mana sahaja. Jika pakaian yang sesuai dengan warna bantal, anda akan kelihatan seperti memakai selendang. Seperti namanya, turtle (bantal penyu) Bantal Lembut, bantal ini diperbuat daripada bahan yang sangat lembut. Dari penerangan di laman turtle, bantal ini telah diuji secara saintifik dapat membantu kualiti tidur ketika melakukan perjalanan. Leher anda akan disokong dengan baik supaya anda tidak cepat letih. Bagaimana cara menggunakan dan memastikan ia praktikal, hanya bungkus lehernya dan selaraskan kedudukan anda. Apabila turun kenderaan, bantal ini masih boleh dipakai kerana ia kelihatan seperti selendang.

3. Total Pillow

Sebaik sahaja anda melihatnya, anda mesti segera jatuh cinta kerana bentuk yang comel. Ternyata bentuk bunga pada bantal ini bukan sekadar untuk estetika, tetapi fungsi untuk keselesaan. Bantal sangat fleksibel dan boleh dilipat pada kehendak, menyesuaikan keperluan anda. Boleh dilipat menjadi dua untuk bantal leher biasa, digunakan kembali sokongan apabila duduk, atau diletakkan di tepi kerusi untuk belakang leher.

4. Face Cradle

Mungkin bantal satu ini sesuai untuk anda, kerana ia boleh digunakan dalam pelbagai cara. Selain digunakan seperti bantal leher secara umum, anda juga boleh melampirkan tali di belakang kerusi untuk berfungsi seperti kusyen. Di samping fungsi yang pelbagai, bantal ini dijamin dengan selesa kerana permukaan licin dan bahan bantal lembut.

5. Woollip Travel Pillow

Bantal ini mudah dikembangkan dengan hanya 2-3 puffs, kerana lubang untuk meniup dibuat lebih besar.Bentuknya seperti buoy rompi dan mempunyai 3 lubang. Antaranya untuk tangan di sebelah kanan dan kiri, serta lubang muka di bahagian atas. Walaupun saiznya berkembang agak besar, tetapi saiz kantung selepas dilipat hanya sekitar 18 sentimeter.

Anda boleh menggunakan kesemua bantal ini untuk keselesaan perjalanan anda supaya tidak akan letih, walaupun perjalanan panjang.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/09/14/bantal-yang-sesuai-untuk-dibawa-melancong/feed/ 0 1698
Dilarang Melakukan 5 Perkara Ini Ketika Anda Melancong https://pakejcuti.com/2022/09/06/dilarang-melakukan-5-perkara-ini-ketika-anda-melancong/ https://pakejcuti.com/2022/09/06/dilarang-melakukan-5-perkara-ini-ketika-anda-melancong/#respond Tue, 06 Sep 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=1632 Untuk kali ini admin ingin memberi anda tips apa yang tidak patut anda lakukan ketika mahu travel ke luar negara. Enam perkara ini admin syorkan admin elakan daripada terjadi kesemua perkara ini. Antara perkara yang dilarang buat dan membuat anda rimas ialah:

1. Membuat tempahan pada waktu awal pagi

Bangun pada waktu subuh untuk menanti penerbangan ini adalah perkara yang cukup tidak selesa untuk dilakukan. Jika anda merancang perjalanan jauh ianya agak menyusahkan kerana anda terpaksa persiap di awal pagi lagi. Biasanya, harga menjimatkan tetapi masa yang tidak sesuai.

2. Beg terlebih muatan

Ini memang untuk wanita kalau dah namanya bercuti, semua barang nak dibawa. Sampai mampat beg dengan barangan. Kadang-kadang yang tak perlu pun dibawanya. Jadi, anda semua sebaiknya elakkan membawa beg yang terlebih muatan. Yelah, nanti menjadi satu beban pula untuk anda membawa barangan tersebut. Tambahan lagi, kalau pergi bercuti ni besarlah kemungkinan untuk anda membeli belah kan? Jadi, kemungkinan untuk beli pakaian baru tu pasti ada kan? Jadi tak perlulah bawa baju lebih-lebih sehingga terlebih muatan.

3. Tukar duit terlebih dahulu

Plan bercuti macam-macam aktiviti nak buat. Tetapi duit pula tak tukar ke matawang negara yang ingin anda pergi. Atau, tukar duit hanya cukup-cukup berdasarkan itinerari sebelumnya. Tidak bolehlah begitu, ini kerana mungkin semasa mereka pergi, segala kos masih belum tinggi, lain pula semasa percutian anda, mungkin semua kos penginapan, pengangkutan dan sebagainya meningkat. Jadi, kan lebih bagus jika anda bawa duit lebih buat simpanan kalau ada hal-hal yang kita tak jangka akan jadi. Senang cerita, duit kecemasan lah. Bawa duit lebih tak mengapa, jangan kurang. Nanti menyusahkan pula terpaksa pinjam-meminjam. kalau anda takut, anda boleh tukar kad debit anda ke penukaran antarabangsa. Haaaa, boleh baca tips penukaran kad debit.

4. Tidak mempunyai senarai semak ( Check list )
Kadang-kadang kita asyik memikirkan macam-macam sehinggakan bila tiba waktunya, ada sahaja yang tertinggal atau terlepas pandang. Kalau hal remeh tidak apa, kalau hal-hal penting seperti waktu penerbangan atau penempahan tempat penginapan? Kan mengundang masalah tu. Jadi, jangan biarkan keserabutan menyelubungi anda  (haha). Buatlah senarai semak dan bahagikan ke beberapa bahagian. Contohnya, lokasi yang akan anda pergi, aktiviti apa yang akan anda lakukan, barang apa yang perlu dan tak perlu, berapa hari tempoh percutian dan sebagainya. Memandangkan anda mungkin pertama kali sampai ke tempat tersebut, kan lebih bagus jika anda buat senarai semak. Kan lebih mudah? Semuanya nampak lebih terurus. Percutian anda juga tak jadi kelam kabut. Barulah dapat cuti sakan.

5. Jangan abaikan travel insurance

Mungkin anda rasa dengan mengambil travel insurance ini hanya akan menambah perbelanjaan anda sahaja. Tetapi anda perlu sedar bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku ketika anda travel. Anda mungkin dirompak ketika sedang menunggu bas. Anda juga boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti mana ianya boleh terjadi di negara anda sendiri. Mungkin juga anda terpaksa meninggalkan negara tersebut kerana bencana alam yang berlaku. Macam-macam perkara boleh berlaku walau sebaik manapun kita merancang perjalanan kita. Travel insurance mampu melindungi anda ketika anda berada di luar negara dan sememangnya tidak patut dielakkan. Anda HARUS mengambil travel insurance sekiranya anda bercadang untuk ke luar negara kerana ia bertujuan untuk melindungi anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan termasuklah medical dan non-medical emergency. Jika sesuatu berlaku kepada anda, contohnya seperti kemalangan, dan anda tidak mempunya insurans, semua kos perbelanjaan perubatan yang kebiasaannya boleh mencecah sehingga beribu-ribu ringgit harus ditanggung oleh anda sendiri.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda gunakan sebelum pergi melancong. Admin harap ianya berguna untuk anda.

Sumber: Muslimtravelbug

]]>
https://pakejcuti.com/2022/09/06/dilarang-melakukan-5-perkara-ini-ketika-anda-melancong/feed/ 0 1632
Tips Untuk Menyimpan Wang Melancong https://pakejcuti.com/2022/08/11/tips-untuk-menyimpan-wang-melancong/ https://pakejcuti.com/2022/08/11/tips-untuk-menyimpan-wang-melancong/#respond Thu, 11 Aug 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=857
Menyimpan duit untuk travel boleh menjadi tugas yang sangat mencabar, tetapi bila anda berjaya ia akan menjadi sangat berbaloi untuk anda!

Untuk membolehkan anda mencapai jumlah yang diinginkan, anda perlulah mengubah tabiat tertentu dan mengorbankan sedikit keinginan anda kepada benda yang tidak penting. Jangan risau! Disini kami senaraikan beberapa cara untuk anda menyimpan wang secara kreatif dan mudah untuk travel.

1. Masak Di Rumah Dan Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Untuk kebanyakkan orang, makan diluar biasanya adalah punca terbesar untuk kehilangan duit. Ini belum termasuk makanan ringan yang dibeli untuk kudap-kudapan. Semestinya semua ini akan menghabiskan duit anda. Memasak makanan dirumah dan membawa bekal makanan tengahari ke pejabat boleh menjimatkan duit anda sebenarnya.

Semestinya duit itu akan digunakan juga untuk membeli barang masakan, itu sudah semestinya, tetapi jumlah yang digunakan tidaklah sebanyak yang anda akan habiskan jika membeli diluar. Jadi tukarkan dari membeli makanan, ke makanan yang anda masak sendiri dan tentunya makanan yang dimasak sendiri lebih sihat berbanding anda beli di kedai.

2. Aturkan Kewangan Anda

Menilai keadaan kewangan anda adalah penting supaya anda boleh merancang matlamat anda untuk menyimpan dan memikirkan cara yang sebaiknya untuk menyimpan duit. Sama ada anda melakukan sendiri, atau berjumpa dengan perancang kewangan, and perlu menyusun pendapatan bulanan anda dan perbelanjaan bulanan seperti makanan,barang keperluan dan bil.

Dari sini anda boleh lihat berapa banyak yang anda boleh keluarkan untuk simpanan travel anda. Mempunyai akaun simpanan yang lain juga merupakan salah satu idea yang bagus untuk menyimpan wang anda dari dikeluarkan tanpa sengaja. Ia juga akan memberikan anda kegembiraan bila melihat jumlah yang makin meningkat.

3. Berhenti ‘Impulse Buying’

Apa itu impulse buying? Pernahkah anda masuk ke shopping mall hanya untuk makan sahaja tanpa tujuan membeli barang tetapi bila anda keluar, penuh pelbagai barang di tangan anda? ha! Inilah yang dikatakan impulse buying. Impulsive buying ini adalah tindakan yang tidak dirancang atau maksud lain membeli barang yang tidak perlu secara tiba-tiba.

Inilah pentingnya anda membezakan antara keperluan dan kehendak. Sebelum membeli anda perlu berfikir adakah barang yang anda ingin beli ini keperluan?jika tidak ia mungkin hanya kehendak anda.

Anda akan kagum dengan berapa banyak wang yang anda dapat jimatkan bila anda berjaya membezakan keperluan dan kehendak ini.

4. Belajar Untuk Mengatakan Tidak

Bergantung sama ada anda adalah lebih kepada extroverted atau introverted, tips ini mungkin agak mencabar untuk anda.

Kita semua mahu keluar melepak dan berseronok dengan kawan-kawan, tapi tahukah anda ini adalah salah satu punca anda kehabisan duit bulanan. Kita selalu tidak perasan bagaimana dengan keluar berjalan, makan dan keluar malam boleh membuatkan duit kita berkurang dengan cepat.

Menyimpan duit untuk sesuatu maksudnya kita akan mengambil duit dari perkara-perkara yang biasa kita lakukan. Oleh itu,anda mesti menolak aktiviti sosial dimana makanan dan minuman serta jenis perbelanjaan lain yang terlibat.

Walau bagaimanapun, jangan risau. Anda boleh menggantikan semua ini dengan mengajak kawan-kawan anda membuat ‘potluck’ sambal menonton filem di rumah. Aktiviti begini masih boleh mengeratkan hubungan anda bersama kawan anda dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan duit anda juga.

5. Sentiasa Kuat Dan Tetap Berdisiplin

Menyimpan wang bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan komitmen dan disiplin yang sangat tinggi. Sentiasa ingat bahawa kerja keras akan membuahkan hasil dan pengorbanan itu akan menghasilkan ganjaran.

Apabila anda merasa kecewa atau putus asa, cubalah bayangkan betapa berbaloinya simpanan anda ketika memulakan pengembaraan anda seterusnya dan menjalani kehidupan terbaik!

Sumber: Jeju Muslim Travel

]]>
https://pakejcuti.com/2022/08/11/tips-untuk-menyimpan-wang-melancong/feed/ 0 857
Apakah Barang Wajib Yang Mesti Dibawa Sewaktu Melancong Musim Sejuk? https://pakejcuti.com/2022/07/26/apakah-barang-wajib-yang-mesti-dibawa-sewaktu-melancong-musim-sejuk/ https://pakejcuti.com/2022/07/26/apakah-barang-wajib-yang-mesti-dibawa-sewaktu-melancong-musim-sejuk/#respond Tue, 26 Jul 2022 07:00:00 +0000 https://pakejcuti.com/?p=693 Yes musim sejuk datang lagi masa ni lah anda perlu ambil peluang untuk melancong di luar negara! Haa team kami tahu kebanyakannya ramai yang tidak tahan sejuk, walaupun hujan atau pasang aircond mesti cepat-cepat dah tarik selimut berselubung. Tapi bagi yang sukakan sejuk dan ingin mengembara pada musim winter ini barang yang anda perlu bawa. Jangan sampai beku kat sana sudah!

Sebelum anda lihat barang apa yang perlu dibawa, jom lihat di bawah kelebihan melancong dan menggembara pada musim sejuk.

Jimat wang – Eh bukan ke kalau musim sejuk lagi banyak pakai duit, yelah kena beli winter coat dan sebagainya. Haa mungkin ini selalu berada dalam fikiran anda tapi untuk pengetahuan anda kos penginapan, pengangkutan lebih murah berbanding musim yang lain.
Jimat pakaian – Jangan merungut tentang pakaian mahal dan sebagainya tapi anda boleh jimat dengan hanya bawa beberapa outer wear dan tshirt bahagian dalam. Badan anda tidak berpeluh dan tidak berbau walaupun mandi sekali sehari. Jadi memang cukup jimat.

Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Musim Sejuk:-

Winter Coat

Thermal Wear

Topi

Thermal Earsmuff

Muffler Scarf

Jadi sebelum anda packing barang-barang, buat satu senarai checklist untuk memastikan kesemua barang musim sejuk di bawa.

Sumber: Melancong Turki

]]>
https://pakejcuti.com/2022/07/26/apakah-barang-wajib-yang-mesti-dibawa-sewaktu-melancong-musim-sejuk/feed/ 0 693