Lapangan terbang yang canggih penting untuk keselesaan penumpang dan pelancong. Apa yang menjadi perkara utama di lapangan terbang sudah tentulah di ruang lounge. Malah di ruang penunggu itu boleh menjadi salah satu aspek yang paling menyeronokkan dalam pengalaman terbang. Jadi admin nak perkenalkan enam lapangan terbang yang mempunyai lounge yang menyeronokkan dan anda boleh bersantai di situ. Antaranya ialah: Pertama: Air France, Paris Kedua: Cathay Pacific, Hong Kong Ketiga: Emirates, Dubai Keempat: Lufthansa, Frankfurt Kelima: Qantas, Sydney Keenam: Qatar, Doha Bagi admin keselesaan pada bilik ruang menunggu penting apabila anda ingin berehat sementara untuk melanjutkan perjalanan seterusnya, kiranya anda tidak perlu book hotel untuk tinggal sementara. Sumber: Muslimtravelbug
Apakah 5 Stadium Terunik Di Dunia?
Admin ingin memperkenalkan beberapa buah stadium yang sangat menarik untuk anda kunjungi, malah kos pembinaannya juga sangatlah banyak. Untuk pengetahuan anda ada setengah stadium pernah dijadikan tempat perlawanan boleh sepak bagi World Cup. Antara stadiumnya ialah: 1. The Azadi Stadium, Teheran Stadium Azadi mempunyai kapasiti 95,225, walaupun pegawai-pegawai tempatan telah menurunkan angka itu kepada 80,000 atas alasan keselamatan. Stadium ini dikelilingi oleh sungai-sungai, kemudahan, tempat latihan bola sepak dan banyak kemudahan sukan lain, Azadi bermaksud Freedom dalam bahasa Parsi. 2. Anfield, LiverpoolSiapa yang tidak kenal dengan stadium kebanggaan Merseyside ini? Stadium ini adalah rumah kepada Liverpool sejak kelab itu ditubuhkan pada tahun 1892. 3. Soccer City, JohannesburgStadium ini nama lain Stadium FNB terletak di bandar Soweto, Johannesburg, Afrika Selatan. Stadium ini mula terkenal ketika menganjurkan pertandingan Piala Dunia 2010. 4. Santiago Bernabeu, Madrid 5. The Allianz Arena, MuenchenStadium mewah seterusnya terletak di daerah Frottmaning, utara bandar Munich, Jerman. Stadium dibuka pada 30 Mei 2005 dengan perlawanan persahabatan antara TSV 1860 Muenchen dan 1. FC Nuernberg. Stadium ini direka bentuk oleh firma senibina Switzerland Herzog & de Meuron dan kapasitinya ialah 66.000 penonton. Di bahagian luar mempunyai 1056 panel rhombic, yang masing-masing dapat diterangi dengan warna yang berbeza (merah, biru atau putih), sehingga kelihatan seperti pola yang bergerak. Kesimpulannya, kesemua stadium ini di hasilkan oleh arkitek yang terkenal dan kos pembinaannya menelan hasil berbillion dolar. Maka untuk menyaksikan sendiri keindahan stadium ini anda boleh berkunjung ke sana. Sumber: Muslimtravelbug
Tarikan Pelancong, 5 Bangunan Pelek Di Dunia
Di Malaysia kita amat kagum dengan kehebatan bangunan KLCC, buat pengetahuan anda terdapat banyak lagi bangunan yang unik dan mampu membuat mata anda terbeliak. Jika anda tidak percaya boleh lihat sendiri gambar di bawah bangunan-bangunan yang aneh ini. 1. Muzium Seni Kontemporari Niteroi (Brazil) 2. Dancing House (Czech Republic) 3. Stone House (Portugal) 4. The Crooked House, Poland. 5. Forest Spiral – Hundertwasser Building, Germany Menarik bukan, bangunan-bangunan di atas? Kalau menarik apa tunggu lagi segera masukkan nama tempat-tempat ini dalam log book travel anda. Untuk pengetahuan kesemua bangunan ini memang di cipta oleh arkitek yang memang terkenal di dunia, sebab itulah seni binanya sangat menakjubkan. Sumber: Muslimtravelbug
Lawati Destinasi Bandar Kotor, Eropah
KOTOR merupakan sebuah kota yang terletak berhampiran pelabuhan di dalam wilayah Eropah Tenggara atau lebih dikenali sebagai Balkan. Kotor sangat popular dalam kalangan pelancong kerana memiliki pemandangan bandar yang sangat cantik. Bukan itu sahaja, bandar ini juga terkenal dengan penduduk tempatan yang ramah. Mungkin kebanyakan orang kita jarang mendengar atau langsung tidak mengetahui bandar yang terletak di Montenegro ini. Jadi admin akan mencerita tentang keistimewaan Kotor dan apa aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sepanjang berada di sana. Latar belakang Kotor: Bandar lama ini yang masih tersergam indah meninggalkan sejarah tersendiri dan diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Perjalanan ke Kotor:Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubrovnik, Croatia atau Sarajevo, Bosnia sebelum meneruskan perjalanan ke Kotor. Perjalanan menaiki bas dari Dubrovnik menaiki bas ke Kotor, Montenegro dengan kadar STG18 (RM90). Perjalanan selama dua jam 30 minit menaiki bas dari Dubrovnik, Croatia ke Kotor, Montengero tidak begitu terasa. Setelah tibanya anda di sana, anda boleh menginap di dalam kawasan Old Town, Kotor. Kadar penginapan dua malam di Kotor, Montenegro dua bilik (triple room) adalah STG180/6 hingga STG30 seorang (Penginapan ditempah menerusi aplikasi Booking.com.) Dari Old Town Kotor, pelancong boleh ke Albania dengan menempah perkhidmatan ‘shuttle’ bas. Aktiviti sepanjang di Kotor:Mendaki merupakan aktiviti utama bila anda berada di sana. Di Kotor sememang terkenal kawasan tanah tinggi jadi untuk melihat keindahan bandar ini anda terpaksa berkorban sedikit tenaga. Memang tidak masuk akal jika anda terpaksa memanjat 1,350 anak tangga untuk sampai ke puncak Istana San Giovanni tetapi setelah sampai ke puncak perasaan penat dapat di gantikan dengan melihat keindahan pemandangan di atas sana. Percayalah pendakian ini sangat berbaloi. Untuk naik ke puncak Istana San Giovanni terdapat dua laluan. Pertama, laluan menggunakan jalan biasa dengan pendakian lebih mencabar. Kaedah ini lazimnya dilakukan pelancong asing. Kedua, laluan pendakian melalui tepi lereng bukit. Laluan ini lebih mudah dan tidak memenatkan berbanding mendaki 1,350 anak tangga. Kawasan lereng bukit ini selamat digunakan, namun tidak ramai pelancong menggunakannya kerana kurang maklumat mengenai kewujudannya. Persediaan rapi dibuat sebelum mendaki seperti membawa air, buah-buahan, makanan ringan dan ubat sebagai persiapan awal jika berhadapan saat kecemasan. Mendaki dimulakan pada awal pagi dan mengambil masa di antara satu jam 30 minit hingga dua jam. Tempoh pendakian pula bergantung kepada stamina individu. Treknya pula tidak sukar mana dan sesuai untuk pelancong melakukannya secara santai. Sepanjang pendakian anda berpeluang menyaksikan keindahan pemandangan sekitar, selain melihat rumah penduduk yang dibina di lereng bukit bersama haiwan peliharaan seperti keldai. Pemandangan memukau dan menakjubkan Teluk Kotor dari puncak Istana San Giovanni sangat berbaloi. Kesimpulannya, Kotor merupakan permata bagi Balkan kerana ianya dapat menarik jutaan pelancong ke sana pada setiap tahun. Admin berani menyatakan bahawa memang rugi jika anda tidak ke sana. Pastikan anda telah mencatat Kotor sebagai tempat wajib di kunjungi. Sumber: Muslimtravelbug
Nikmati Kecantikan Pantai Amalfi, Itali
Sebelum ini admin ada tulis mengenai pulau Santorini di Itali, namun kali ini admin menceritakan mengenai pantai Amalfi. Pantai Amalfi juga merupakan salah satu tarikan pelancong di selain pulau Santorini, Alaska dan Iceland. Pantai Amalfi adalah destinasi pelancongan paling popular di rantau Itali, di mana bandar ini mempunyai keindahan yang benar-benar menakjubkan. Sebuah pantai di Itali dipanggil Pantai Amalfi, sebuah tempat yang berubah menjadi kampung halaman Wonder Woman. Malah lokasi ini sering menjadi destinasi pelancongan untuk pelancong. Oleh itu, antara keistimewaan pantai Amalfi ialah: ⚫ Pemandangan Pelabuhan dan Matahari Terbenam ⚫ Rumah Pastel Di Sepanjang pantai Amalfi ⚫ Perairan biru sejernih kaca ⚫ Melihat keindahan Patung Romawi Sekiranya anda berpeluang melawat Itali, luangkan masa untuk melawat salah satu Tapak Warisan Dunia ini. Rugi jika anda melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri keindahan pantai Amalfi. Sumber: Muslimtravelbug
Itali Ada 5 Bandar Tercantik
Sekiranya anda menjejaki kaki ke Itali sangat rugi jika anda tidak pergi ke kesemua bandar ini. Malah pada tahun 1997, ada antara bandar ini pernah memenangi Tapak Warisan Dunia kerana kecantikan, seni bina, topografi, dan budaya semulajadi sejak zaman pertengahan dan mencontohkan imej landskap Mediterranean yang memukau dan memukau. Jadi, antara bandar-bandar tersebut ialah: 1. Atrani 2. Furore 3. Positano 4. RavelloRavello adalah sebuah bandar kecil yang terletak di tengah-tengah Pantai Amalfi. Bandar ini pernah menjadi pelabuhan maritim dan salah satu pusat perdagangan yang paling penting. Pemandangan Laut Mediterranean yang hangat dan indah bukan satu-satunya daya tarikan tempat ini. Terdapat juga Duomo di Ravello atau Katedral Ravello yang diperbuat daripada marmar dan ratusan tahun. 5. Praiano Kesimpulannya, kesemua bandar di Itali memiliki lanskap yang cantik dan menjadikannya tarikan jutaan pelancong ke sana pada setiap tahun. Sumber: Muslimtravelbug
Lawati 5 Tempat Menarik Bagi Anda Yang Bercuti Secara Solo
Sememangnya, travel secara kumpulan sangat seronok kerana banyak benda yang anda boleh kongsi. Walau bagaimanapun, kadang-kadang anda memerlukan masa untuk diri sendiri, percutian solo adalah salah satu perkara yang boleh anda lakukan. Jadi admin ingin cadangkan beberapa tempat yang membolehkan anda bercuti secara solo. 1. Siem Reap, Kemboja 2. Zanzibar, Tanzania 3. Ibiza, Sepanyol 4. Paris, Perancis 5. Mykonos, Greece Kesemua negara ini selamat untuk anda travel secara solo. Jadi apa tunggu segara membuat pilihan ke destinasi-destinasi ini. Sumber: Muslimtravelbug
Destinasi Yang Wajib Anda Lawati Di Antwerp, Belgium
Antwerp atau Antwerpen adalah sebuah kota yang di Belgium. Kata Antwerpen berasal dari bahasa Belanda, sedangkan dalam bahasa Perancis kota ini di sebut Anvers. Kota ini juga memiliki tempat yang indah dan tinggi nilai sejarahnya. Berikut 5 tempat yang wajib dikunjungi saat berkunjung ke kota Antwerp, Belgium. 1. Antwerp Diamond District 2. Grote Markt 3. Muzium Aan De Stroorm 4. Plantin Moretus 5. Meir Tertarik untuk memasukkan kota Antwerpen sebagai tempat pelancongan wajib anda kunjungi? Jika tertarik apa tunggu lagi segera menabung untuk melancong ke sana. Sumber: Muslimtravelbug
6 Negara Yang Sesuai Bagi Pertama Kali Melancong
Tidak dapat dinafikan, melancong merupakan aktiviti menarik yang patut di lakukan setiap insan. Selain dapat menghilangkan tekanan anda juga boleh mencari pengalaman di negara luar. Jadi bagi yang merasa ingin travel dan lokasi yang sesuai untuk permulaan travel anda akan syorkan beberapa negara kepada anda. Antara negara yang sesuai ialah; 1. Singapura 2. Thailand 3. Hong Kong 4. Korea Selatan 5. Jepun 6. AustraliaBuat suasana yang berbeza, anda boleh melawat Australia. Walaupun jaraknya masih dekat dari Asia, namun Australia mempunyai budaya yang sangat berbeza dari kebanyakan negara Asia. Baiklah, jangan bimbang ini mungkin satu percubaan untuk anda yang ingin cuba bertahan di negara ini. Australia juga mempunyai banyak tempat yang anda perlukan seperti Sydney Opera House, ke Milsons Point untuk foto dengan Harbour Bridge, ke Bondi Beach, lebih dekat dengan kanguru di Morisset Park, dan lebih banyak tempat di Australia yang anda boleh meneroka. Jadi apa tunggu lagi segera buat passport untuk menikmati percutian pertama anda. Kini anda lebih bersemangat untuk membuat perjalanan ke luar negara, bukan? Jadi apa tunggu lagi segera buat persediaan awal untuk ke sana. Sumber: Muslimtravelbug
Ada 6 Tempat Bersejarah Di Russia
Rusia terkenal negara nasionalisme yang kuat serta komplikasi sejarah yang penuh konflik. Di lain sisi, masyarakat Rusia juga terkenal akan rasa hormat serta apresiasi yang tinggi terhadap karya seni, khususnya “public sculpture” atau seni pahat. Makanya ada banyak sekali sejarah menarik yang menggabungkan kedua elemen tadi antara seni dan konflik sejarah. Antara beberapa sejarah menarik yang sebenarnya terinspirasi dari peristiwa masa lalu bangsa Rusia. 1. Great Patriotic War Memorial, Moscow 2. The Motherland Calls, Volgograd 3. The Holocaust Memorial, Moscow 4. Black Tulip, Yekaterinburg 5. The Heroic Defenders of Leningrad, St. Petersburg 6. Malaya Zemlya, Novorossiysk Sumber: Muslimtravelbug