Tidak kisah lah sama ada anda melancong di dalam atau luar negara, asalkan namanya “melancong” anda harus siapkan satu senarai berkenaan aktiviti yang ingin anda lakukan sewaktu berada di destinasi percutian anda itu. Kita pergi bercuti bukan hanya sekadar untuk menikmati pemandangan indah atau berehat sakan, malah sebenarnya terdapat banyak lagi perkara bermanfaat lain yang bisa anda lakukan! Ianya akan jadi lebih menarik jika anda melancong secara solo, bahkan anda pasti tidak akan lupakan pengalaman menarik sewaktu berada di tempat orang jika anda melaksanakan cadangan aktiviti yang Wanista sediakan ini! Jom penulis kongsikan bersama dengan anda! ○ Berinteraksi Bersama Masyarakat Tempatan Tidak salah untuk beramah-mesra dengan orang tempatan yang berada di destinasi percutian anda itu. Mesti anda akan mendapat informasi yang lebih mendalam berkenaan tempat istimewa yang anda kunjungi itu. Adalah lebih baik jika anda “mengorek rahsia” berkenaan tempat menarik yang ada di situ daripada penduduk setempat daripada mempercayai bulat-bulat berdasarkan perbualan orang lain. Betul tak? Sekurang-kurangnya mereka lebih mengetahui daripada rakan-rakan anda yang membuka cerita itu! Jika anda tidak pasti bagaimana untuk memulakan perbualan, tatkala anda sedang menikmati minum petang di sebuah gerai atau kafe berdekatan tempat penginapan anda, anda bolehlah sekadar mengucapkan kata selamat “hi” pada oarng yang duduk berdekatan dengan anda. Mana tahu, dari situ timbul pula minat untuk anda dan individu berkenaan untuk berbual lanjut. Pasti banyak cerita menarik yang seterusnya menimbulkan minat rakan baru anda itu untuk membawa anda bersiar-siar di sekitar kawasan kunjungan anda itu! Beruntunglah, anda kini mendapat khidmat pemandu pelancong secara percuma! ○ Meneroka Keajaiban Mana tahu, jika anda berpeluang untuk sampai ke tempat yang lebih menarik, seperti kawasan gunung-ganang yang indah mahupun, anak sungai yang dikelilingi alam flora dan fauna -tersorok di ceruk-ceruk yang belum pernah diterokai orang lain. Tetapi, bawalah kompas, telefon bimbit dan peta bersama, jangan hingga sesat pula! Lakukan sedikit kajian sebelum anda meneruskan perjalanan. ○ Gunakan Pengangkutan Awam Tiada jalan yang lebih mudah melainkan anda memanfaatkan pengangkutan awam. Lebih-lebih lagi jika anda mahu melihat-lihat keadaan pekan atau bandar tempat berkenaan. Bus terutamanya, akan membawa anda pusing keliling bandar yang membolehkan anda melihat kawasan kejiranan dengan lebih jelas. Peringatan yang sama, jangan lupa untuk membawa semua keperluan penting dan peta bersama! ○ Beli Tanda Mata Dari Kedai Hadiah Klise sungguh jika anda merancang hanya untuk membeli magnet peti sejuk ataupun rantai kunci sebagai tanda kenangan. Kali ini, anda ambil masa untuk relaks. Manfaatkan masa yang ada untuk perlahan-lahan meneliti satu-persatu barangan cenderamata yang dijual di kedai-kedai kraf mahupun kedai menjual barangan antik yang terdapat di kawasan kunjungan anda. Cari dan pilih sesuatu yang punyai nilai pada diri anda. Inilah masanya untuk anda menghadiahkan diri dengan sesuatu yang paling berharga! ○ Nukilkan Tulisan Berkenaan Lawatan Anda Tulislah diari dan ambil gambar yang bisa menunjukkan jalan cerita tentang hari lawatan anda. Bukan senang untuk anda mengumpul dana hingga membolehkan anda sampai ke destinasi percutian indah. Oleh itu, jangan biarkan memori anda berlalu begitu sahaja. Nukilkanlah ia di dalam diari, bahkan sertakan tulisan anda dengan foto dan imej-imej yang berlatarkan pemandangan indah atau tempat menarik kunjungan anda sebagai penerangan kepada jalan cerita. Sebenarnya, menulis diari dan mengambil foto menggunakan kamera bisa memberi impak yang lebih positif kepada diri daripada mengambil gambar menggunakan telefon pintar dan terus kongsikannya di Instagram. Ingat! Abaikan semua akaun media sosial anda tatkala sedang berada dalam mod melancong. Barulah berbaloi! ○ Makan Di Tempat Yang Disyorkan Kepada Anda Sebelum anda melancong, cuba kaji di manakah tempat yang menarik untuk mendapatkan hidangan makanan hebat! Google kan ada… Dari situ, anda bolehlah senaraikan pilihan kedai makan atau restoran yang terbaik. Anda mungkin juga boleh bertanya pendapat daripada orang tempatan. Mereka lebih arif! ○ Belajar Bahasa Tempatan Sebelum melancong, belajar lah sedikit asas bahasa tempatan yang ringkas. Antaranya, cara untuk bertanyakan arah, cara untuk menjalankan aktiviti jual-beli atau bagaimana cara untuk mengucapkan kata selamat seperti “Selamat pagi” atau “Terima kasih”. Jika anda tidak sempat untuk belajar sendiri, beli dan bawalah kamus poket bersama ke mana pun anda pergi. Sesungguhnya, orang tempatan pasti tertambat dan menghargai usaha anda untuk berkomunikasi dalam bahasa mereka -walaupun anda pelat! hehe ○ Terokai Kawasan Kejiranan Ayuh kenali tempat yang banyak menyimpan sejarah asal-usul kawasan kunjungan anda itu dengan mengunjungi kawasan kejiranan mereka yang pasti kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam. Anda boleh berjalan kaki mahupun menunggang basikal mengelilingi pekan dan bandar lama berdekatan. Janganlah pula anda terlalu tergesa mengejar masa. Sudah penulis katakan tadi, ambil masa untuk relaks dan menghargai apa sahaja yang berada di sekeliling anda, walaupun anda perlu menghabiskan masa sehari suntuk. Pasti seronok jika anda dapat menikmati dan berlagak seperti orang tempatan yang telah lama tinggal di situ. ○ Kunjungi Bandar Lazimnya, pekan dan kawasan bandar akan mula bernyawa ketika waktu malam. Jika anda ingin melihat situasi sebenar yang lebih memukau, kunjungi kawasan pekan atau bandar berdekatan tatkala bulan dan bintang mula menyerikan hening malam, sambil ditemani cahaya neon yang menerangi jalan-jalan kaki lima bandar lama. Alunan muzik yang datangnya daripada deretan bar dan kafe klasik pasti buat anda terhibur. Buat anda yang masih bujang, jangan lupa untuk mengenakan pakaian yang cantik-cantik juga okay! Mana tahu jika anda bisa bertemu jodoh anda tanpa diduga 🙂 ○ Cabar Diri Anda Makan makanan baru. Cuba sesuatu yang buat anda takut. Keluar daripada zon selesa anda. Pergi terokai dunia luar sehingga anda kecapi sesuatu yang menarik tanpa diduga! CABAR DIRI ANDA! Jika sebelum ini anda tidak berpeluang untuk melakukan perkara yang anda impikan. GO! This is the time! Kalau anda tanya penulis, penulis ingin berdiri di tebing puncak gunung tertinggi dan menjerit sekuat hati… sambil menghirup udara segar, mata pula menikmati kecantikan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya. Semoga pengalaman melancong anda lebih menyeronokkan dengan adanya panduan berguna ini! Sumber: Diva
Kaedah Bagi Wanita Suka Melancong Sendiri
Sedih pula tajuk pada kali ini. Wanita melancong secara solo atau berseorangan. Tidak dinafikan, ramai wanita masa kini memilih untuk mengembara secara solo. Kebanyakannya memilih mengembara secara solo untuk tujuan bisnes dan suka-suka. Walaupun sebab utama wanita melancong lebih kurang sama sahaja dengan lelaki, wanita perlu memikirkan lebih banyak aspek berbanding lelaki. Daripada isu keselamatan, hinggalah perbezaan budaya, pengembara wanita akan menghadapi lebih banyak cabaran semasa bercuti secara solo. Namun begitu, ia boleh dilelakkan jika langkah berjaga-jaga diambil dari awal lagi. ➡ Belajar Tentang Destinasi Percutian Cari sebanyak mungkin informasi tentang destinasi yang dituju terutamanya kalau anda akan bercuti di luar negara. Tempat baru dengan kepercayaan agama dan budaya berlainan akan memberi kesan yang agak drastik. Berkemungkinan besar, anda perlu mengadaptasi cara berpakaian dan perlakuan anda untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan orang di sana. Jangan terkejut jika apa yang dianggap sebagai gangguan seksual di sebuah negara, dianggap sebagai cara bersosial di sebuah negara yang lain. ➡ Keselamatan di Hotel & Penginapan Apabila tiba di hotel penginapan, cuba berkenalan dengan staf yang akan menguruskan para pengunjung. Mereka ini bertugas untuk mengawasi proses keluar masuk dalam sesebuah bangunan. Tanya mereka sama ada anda boleh meminta mereka menemani anda hingga ke bilik jika anda sampai di hotel pada lewat malam. Kalau boleh, minta bilik di tingkat yang lebih tinggi, berdekatan dengan lift, tetapi jauh dengan pintu keluar kecemasan, tangga dan kerja-kerja pembangunan. Jangan sesekali menerima bilik yang memerlukan kerani untuk menjerit memanggil nama dan nombor bilik anda. Semasa pergi ke meja depan, dapatkan kad hotel yang tercatat nama hotel, alamat dan nombor telefon dari kaunter. Pastikan kad ini sentiasa ada bersama anda. Apabila berada di dalam bilik, pastikan pintunya mempunyai peephole (lubang mengintip) dan deadbolt. Kalau tidak, jangan sesekali membuka pintu untuk seseorang yang tidak anda kenali. ➡ Pengurusan Dokumen PerjalananBuat dua salinan untuk dokumen perjalanan yang penting. Satu salinan untuk digunakan semasa trip, dan satu lagi diberikan kepada keluarga atau kawan untuk disimpan di rumah. ➡ Kemas Barang Dengan BijakKemas barang dengan bijak. Pastikan beg ringan dan senang dibawa ke mana-mana. Ini akan mengelakkan anda daripada menjadi target pencuri dan peragut. Elakkan daripada membawa beg yang besar dan mahal. Kunci semua beg dan guna tag bag tertutup dengan alamat pejabat, bukan alamat rumah. Bawa satu kad kredit sudah mencukupi dan jangan simpan semua duit dalam satu tempat sahaja. ➡ Pergerakan & Pengangkutan ➡ Kenali Persekitaran AndaKaji peta tentang tempat yang anda lawati. Belajar sebanyak mungkin cara-cara untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti pelancong yang sesat.Jangan malu untuk bertanya orang di sana tentang tempat yang boleh dilawati dan tidak boleh dilawati. ➡ Pengalaman Melancong Terbaik adalan Perancangan Melancong Yang BaikDengan perancangan dan nasihat daripada agen pelancongan yang professional, percutian atau trip perniagaan anda akan menjadi selamat tanpa sebarang masalah.Ia akan menjadi pengalaman indah yang tidak akan dapat dilupakan. Sumber: Melancong.com
Melancong Musim Sejuk: Ibu Bapa Perlu Lakukan 7 Perkara Bersama Anak Kecil
“Lagi 3 minggu nak fly.. apa preparation untuk si kecil ni..?” Cuti sekolah dah nak dekat, para ibu dan ayah mesti tengah sibuk fikir pasal persediaan percutian nanti. Macam-macam nak kena prepare lagi-lagi yang baru first time nak bawa anak ke overseas. Ibu ini telah kongsi tips untuk bawa anak kecil melancong terutama ketika musim sejuk supaya anda boleh bercuti dengan senang hati. “Alhamdulillah ramai yang tanya tips bawa anak kecil melancong ke luar negara terutama negara yang beriklim sejuk. Senang saja sebenarnya, parents kena banyak buat persediaan segala kemungkinan. Sakit,kejutan suhu,peralatan sesuai,baju sesuai dan stok ubat jika perlu. 1. Travel Insurans Yang ni wajib kalau bawa warga emas,ibu mengandung, anak kecil dan individu yang selalu atau kerap kurang sihat. Tapi bagi yang sihat pun kena juga ambil sebab kita tidak tau masa akan datang atau di tempat kita pergi kan. Ada insurans serendah rm60 saja untuk bantu cover kita kalau ada kecemasan d luar negara. Contoh tiba2 sakit atau admit wad. Ni kamu tanya orang yang jual insurans, sis tak berapa pakar untuk Q&A. 2. Stok Ubat Antibiotik kena sentiasa bawa. Tapi pastikan yang belum dibancuh supaya tahan lama. Ni boleh minta consult doktor bila perlu guna nanti (berdasarkan simptom,suhu dan lain-lain). Ubat-ubatan lain pun kena bawa contoh ubat demam, selesma batuk, lozenge untuk sakit tekak (sejuk pun boleh menyebabkan sakit tekak). Stok ubat dewasa dan kanak kanak kena bawa. 3. Baju Yang Sesuai Dulu pernah asal beli baju tebal saja konon tahan di cuaca sejuk. Rupanya ada material yang memang akan bertahan di cuaca sejuk, ada juga nampak saja tebal tapi still boleh masuk angin sejuk ke dalam lapisan baju. Jadi buat pilihan betul terutamnya bila nemilih baju anak. Thermal wear atau long john untuk kanak kanak pun banyak dijual di Uniqlo atau di shopee. Tapi kena buat perbandingan yang mana sesuai dengan suhu tempat yg kamu pegi nanti. Sarung tangan dan stokin juga perlu. Mask muka pun sebenarnya perlu sebab bila angin sejuk terkena muka,percayala macam mau patah batang hidung walaupun hidung ni tidak seberapa mancung. 4. Heat Pad Perlu Ke Tak? Bergantung sebenarnya. Ada keadaan yang heat pad boleh menampung panasnya tapi bila suhu sudah drop banyak, kebergantungan dengan heat pad semakin kurang. Tapi bawa saja untuk membantu panaskan badan jika perlu nanti. 5. Penghalang Angin Di Stroller 6. Thermos Bagi yang mempunyai anak yang masih menyusu botol dan mahu susu yang panas saja (macam aqeel,kalau susu sejuk dia takmau suda) jadi wajib lah bawa thermos panas jalan jalan. Bawa yang muat dalam beg dan senang di refill di mana mana. Kalau mau bancuh minuman panas pun boleh,sejuk babe diluar sampai haus pun masih mencari minuman panas. Rajin2 bawa 3in1 nanti masa bejalan,tinggal bancuh. Emm apa lagi ya,sisku fikir-fikir dulu apa lagi yang boleh dikongsi. Oh ya.. VAKSIN. 7. Vaksin Influenza Ambil 2 Minggu Sebelum Jalan Berdasarkan pengalaman bawa aqeel hari tu masa musim winter di Korea,alhamdulillah sampai bumi korea yang sejuk beku tu dia langsung tiada panas badan atau selesma. Beza dengan kanak kanak yg juga berasal dari Sabah(saya tiada tanya asal sebab anaknya merengek nangis) yang kami jumpa di taman tema Everland demam bila sampai korea. Bila saya tanya ada ambil vaksin influenza sebelum ni? Dia bagitau tidak sempat ambil. Jadi,parents boleh ambil ikhtibar dari pengalaman ni ya. Tapi ni pun bergantung ibu bapa juga,kalau yakin tidak perlu ambil vaksin tambahan tiada paksaan juga. Cuma saya suka mencegah dari sengsara stay di hotel masa bercuti .kan? Rasanya point yang penting semua sudah ada. Happy holiday kamu yang akan datang 2 bulan lagi selamat merancang percutian ya..” *Semoga bermanfaat semua! hehe 🙂 Sumber: Sirap Limau
10 Destinasi Keretapi Bersama Panorama Yang Indah
Perlangan ke luar negara tak sah kalau tidak merasa pengalaman tempat yang kita pergi itu. Kebanyakan tempat yang kita melancong, mesti kita nak rasa menaiki tren dan merasai pengalaman serta pemandangan sepanjang menaiki pengangkutan awam tersebut. Jadi di sini saya akan share kepada anda 10 Percutian Keretapi dengan Pemandangan Paling Cantik. 1. Orient Express, Paris – VeniceKebanyakkan orang akan menaiki tren ini disebabkan oleh pemandangan yang cantik yang mereka lihat dari sebuah filem ‘Murder on the Orient Express’. Ini membuatkan ramai orang tertarik untuk merasai sendiri pengalaman menaiki tren ini. 2. Trans Siberian, Malaysia – RussiaPerjalanan trip ini mengambil masa lebih dari seminggu, sepanjang perjalanan, anda berpeluang melawat ke 10 negara Eropah seperti Perancis, Itali, German, Switzerland, Sweden, Poland Bosnia Herzegovina, Portugal, Austria, Czech, Belgium dan mungkin ke Istanbul. Trip ini mungkin akan mengambil masa lebih dari 3 minggu. Cuma kena ready duit banyak-banyak la. 3. West Highland Line, ScotlandSepanjang 264 kilometer melalui bandar dan pekan kecil di Britain, Anda akan dapat merasai perjalanan melalui Harry Potter Bridge iaitu Glenfinnan Viaduct yang digunakan oleh Hogwart Express. Jadi bagi peminat Harry Potter, inilah masanya anda mahu merasai pengalaman tersebut. 4. Glacier Express, SwitzerlandUntuk anda yang suka mengamati pemandangan alam semulajadi, tren ini paling sesuai kerana tren ini merupakan express tren yang paling perlahan melalui perjalanan sejauh 290 kilometer selama 7 jam dari Zermat ke St Moritz. Tren ini mempunyai tingkap yang luas untuk anda menikmati pemandangan di pergunungan Alps, serus memang cantik, anda tidak akan rugi! 5. Maharaja’s Express, IndiaPerjalanan ini mengambil masa selama 4 ke 8 hari. Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati pemandangan di Jaipur, Udaipur, Fatephur Sikri dan Agra. 6. Inlandsbanan, SwedenPerjalanan ini mengambil masa selama 14 Jam sepanjang 1300 kilometer. Perjalanan ini juga akan memasuki kawasan terpencil di Sweden termasuk di Selatan di Kristinehamn menuju ke Utara Artic Circle di Gallivare. 7. Le Train Jaune, FranceLaluan yang merentasi kawasan pergunungan yang menarik di Perancis, iaitu merentasi Banjaran Pyrenees (French Pyrenees). 8. Bernina Express, SwitzerlandPerjalanan ini mengambil masa selama 4 jam sepanjang 144 kilometer melalui kawasan pergunungan. Switzerlang memang kawasan yang cantik dan berbaloi untuk anda kunjungi. Memang anda tidak akan rugi. 9. Blue Train, South AfricaSepanjang 1600 kilometer, anda akan menikmati pemandangan yang menakjubkan selama 27 Jam antara Cape Town ke Pretoria. Tren ini ada menyediakan gerabak yang mewah yang berkeluasan setengah bilik hotel serta mempunyai balkoni untuk anda yang mempunyai duit yang banyak. Semestinya perjalanan anda akan lebih selesa. 10. Rhine Valley, GermanyPerjalanan ini tidak lama, hanya mengambil masa selam 50 minit sahaja melalui kawasan Sungai Rhine. Walaupun sekejap, pemandangan ini boleh dikategori sebagai pemandangan yang cantik dan memuaskan. Jadi macam mana? Bila nak pergi? Daripada anda menaiki flight yang pemandangannya hanya awan dan langit, lebih baik menaiki tren yang bermacam-macam pemandangan boleh anda lihat. Tunggu apa lagi? Selamat Bercuti! Sumber: Adamani Travel
Catatan Lokasi Pelancongan
Melancong ke seluruh dunia merupakan impian bagi kebanyakan orang. Tanya la sesiapa pon, siapa yang tak suka pergi melancong kan? Jadi jangan jadikan impian korang hanya sekadar impian sahaja. Jadi apa yang patut kita mulakan dulu? Nak pergi mana dulu? Nak pergi yang dekat ke yang jauh dulu? Dalam negara ke luar negara? jangan risau, segala persoalan akan dijawab oleh kami dengan menyediakan ‘Bucket List’ ini. Jadi pastikan korang check mana yang korang nak pergi dulu. Melawat ‘cermin’ semulajadi terbesar di dunia (Salar de Uyuni, Bolivia) Bersiar-siar di bandar yang tidak pernah tidur (New York) Ekspedisi safari di Afrika Mulakan perjalanan darat yang menyeronokkan di Australia Menyelam bersama habitat akuatik di Great Barrier Reef Menikmati keindahan Northern Lights (Iceland, Sweden, Norway, Alaska) Mendaki bangunan tinggalan lama Machu Picchu (Peru) Merungkai misteri Pyramids of Giza Berkunjung istana di Jerman dan Austria Makan angin di bandar Barcelona Pengalaman romantik di “City of Love” (Venice,Italy) Berjalan-jalan di bawah pokok sakura pada musim bunga sakura Menakluki Tembok Besar China Menaiki cruise sepanjang Ha Long Bay (Vietnam) Ambil gambar di Angkor Wat yang tersergam megah (Cambodia) Kagumi misteri Waitomo Glowworm Caves (New Zealand) Mencari zen di Himalayas (Nepal) Bercuti di vila atas air Maldives Melawati Switzerland Simpan duit dan pastikan impian percutian anda di Eropah terlaksana! Bungee Jump di Bloukrans Bridge (Afrika Selatan) Berlayar di Niagara Falls yang mengagumkan Berenang bersama-sama ikan jerung di Sorsogon (Filipina) Nikmati pemandangan candi tinggalan lama dengan belon udara panas (Bagan) Beranikan diri di dalam Cage of Death (Australia) Menjerit sekuat-kuat hati anda di atas Nevis Swing (New Zealand) Terjun dengan wingsuit seperti ejen rahsia di Dubai Mendaki Gunung Huashan yang curam (China) Cabar diri dengan bungee jump tertinggi di dunia (Macau) Jalan-jalan cari makan di seluruh Asia Tenggara Rancang pengembaraan solo anda yang pertama Nikmati pengalaman Safari Padang Pasir di Qatar Jelajahi monumen-monumen bersejarah di serata dunia Lihat bangunan berwarna-warni di Cinque Terre (Italy) Pergi ber-glamping di hutan belantara Manjakan diri anda dengan percutian di pulau yang terpencil, jauh dari orang ramai Hadiri festival atau acara antarabangsa Lawati Candi Borobudur di Indonesia Terokai bangunan tinggalan lama di Petra Berehat di Pulau Phu Quoc yang nyaman (Vietnam) Tidur semalaman di hanok, rumah tradisional Korea Kagumi kecantikan Wulingyuan Scenic and Historic Interest Area di Zhangjiajie,China Nikmati pemandangan warna bermusim di Jiuzhaigou (Sichuan, China) Lawati negara kerajaan pertapa (hermit kingdom) Bhutan Terokai Asia Selatan dan kunjungi tempat-tempat pelancongan yang tersembunyi diIndia dan Sri Lanka Mengembara di Son Doong Cave yang penuh misteri (Vietnam) Kelilingi diri anda dengan padang bunga tulip di Belanda Tapi tunggu dulu… pergi mendaki Gunung Kinabalu dululah… Naa jadi dah dapatkan list yang kami kasi ni? Jadi apa tunggu lagi, ini lah masanya untuk mengembara, takkan la nak tunggu sampai ke tua baru nak mengembara kan? Selamat bercuti! Sumber: Adamani Travel
10 Tempat Melancong Bersama Ibu Bapa Mesra Muslim
Masih ingat lagi tak bila kali terakhir kita bawa ibubapa kita pergi melancong? Inilah masa yang sesuai untuk anda plan untuk balas budi mereka yang membesarkan anda sejak lahir lagi. Kalau anda tidak pasti apa destinasi yang terbaik untuk anda dan ibubapa anda, kami sediakan list ini kerana tempat-tempat ini tempat yang ideal untuk untuk anda. Senarai destinasi kami merangkumi pelbagai kategori seperti bandar, destinasi alam semulajadi, kebudayaan dan kawasan pantai. Jadi dengan itu inilah 10 antara 10 destinasi terbaik mesra muslim untuk melancong bersama ibubapa anda! 1. Jeju, Korea Selatan Berbeza dengan Seoul, Jeju adalah tempat yang jauh dari ibukota Korea Selatan dan seuai untuk tenangkan fikiran. Tempat ini sesuai untuk Menenangkan fikiran anda dari pelbagai kerja-kerja di bandar. Ia adalah campuran gunung, kehijauan dan laut yang menakjubkan. Salah satu kawasan yang menjadi kegemaran kami adalah Seopjikoji. Kawasan ini menjadi tempat pelancongan yang popular selepas satu drama Korea disiarkan di sini iaitu All In pada tahun 2003. Pemandangan ini sangat menakjubkan dengan laut yang indah serta bunyi gelombang yang terhempas mungkin merupakan cara yang paling terapeutik untuk bersantai. Pantai-pantai yang cantik di Jeju seperti Woljeong-ri dan Hyeopjae juga sempurna untuk berendam. Jeju hebat untuk dilawati sepanjang tahun tetapi kami mencadangkan datang pada musim bunga atau musim panas untuk melihat bunga kanola atau hydrangea yang cantik. Jika anda merancang beberapa aktiviti ringan, cubalah memetik strawberi atau kunjungi ladang teh O’Sulloc. Cara terbaik untuk berjalan di sekitar Jeju adalah dengan menyewa kereta dan memandu. Itu hebat kerana anda bertanggungjawab terhadap jadual dan memandu anda sendiri, memberikan anda banyak masa di antara destinasi untuk ibu bapa anda berehat dan mengisi semula. 2. Hong KongSeperti yang kita tahu Hong Kong merupakan bandar yang terlalu sibuk untuk dibawa bersama ibu bapa anda tetapi melancong ke Hong Kong dengan ibu bapa anda mungkin sesuatu pengalaman yang tak dilupakan. Walaupun kita biasanya berfikir bahawa ibu bapa kita lebih suka pergi melawat ke tempat yang cantik dan nyaman tapi sebahagian kecil daripada hati mereka mahu mengembara menjelajah bandar yang baru. Dengan adanya sistem pengangkutan awam yang cekap maka akan lebih mudah untuk menggunakannya di sekitar Hong Kong tidak kira sama ada anda melawat tempat tinggi seperti The Peak, Victoria Harbour dan Ngong Ping 360 atau membeli-belah di Ladies Market. Terdapat juga banyak pilihan makanan halal di Hong Kong, sama ada Dim Sum, masakan India atau makanan Indonesia. Anda seharusnya memilih tempat penginapan berhampiran makanan halal! Terdapat tempat tinggal yang betul-betul di hadapan Masjid Ammar yang menempatkan Islamic Centre Canteen. Ia merupakan perjalanan yang singkat dengan berjalan kaki dari Causeway Bay di mana anda boleh menemui itik panggang halal Wai Kee dan makanan Indonesia yang enak. Sekiranya anda memerlukan bantuan merancang perjalanan Hong Kong anda, #HHWT ada menyediakan jadual perjalanan 6 hari 5 malam! Tetapi sudah tentu, untuk membantu anda dengan lebih baik membenamkan diri dalam budaya tempatan, jangan lupa untuk mempelajari beberapa simple bahasa Kantonis juga. 3. Bangkok, ThailandSatu lagi bandar yang sibuk yang kita boleh pergi, saya pasti bandar ini salah satu tempat yang anda akan kunjungi berulang-ulang kali. Di bandar ni terdapat banyak pusat membeli-belah dan pelbagai pilihan makanan halal. Semestinya tidak sah kalau tidak pergi membeli belah di Bangkok kan? Tempat-tempat membeli-belah utama seperti Chatuchak, Pratunam dan Siam semuanya mempunyai kedai-kedai yang memenuhi citarasa anda. Sekiranya anda menuju ke Chatuchak dengan ibu bapa anda, anda dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya tidak perlu bersesak-sesak berhimpit dalam kalangan orang yang ramai nanti! Bangkok juga terkenal dengan makanannya. Ibubapa akan suka kerana terdapat pelbagai jenis makanan halal yang available. Ada juga tempat untuk berehat di beberapa kawasan. Hanya perlu ke tempat urutan dan rehatkan diri. Grab atau Taxi sesuai bagi perjalanan di sana kerana sentiasa ada walau di mana anda berada di sekitar Bangkok. 4. Cape Town, Afrika SelatanAfrika Selatan adalah tempat yang ramai orang tidak terfikir untuk pergi tetapi di Cape Town adalah satu permulaan jika anda mahu berkunjung bersama ibubapa anda. Cape Town tempat terbaik kerana merangkumi pemandangan guning yang cantik, pantai, budaya masyarakat setempat dan banyak lagi. Kalau mahu dapatkan pemandangan bandar yang menyeluruh, Table Mountain tempat yang sesuai. Anda dapat menyaksikan panorama dan menghirup udara segar di situ. Jangan risau, anda tak perlu mendaki ke atas gunung tu kerana ada disediakan Cable yang selesa untuk ke atas sana. Tahukah anda yang Cape Town juga adalah tempat salah satu tempat komuniti Melayu berada? Komuniti ini dibentuk apabila Afrika Selatan dijajah Belanda dan mereka membawa orang Melayu dari Melaka dan Indonesia. Jadi anda bole merasai suasana Melayu di Bo Kaap, juga terkenal dengan rumah yang berwarna-warni. Bawa ibubapa anda ke tempat makanan halal yang terdapat di situ. 5. Tokyo & Mt Fuji/Hakone, JepunJepun merupakan salah satu tempat yang biasa ramai orang ingin melancong dan juga merupakan tempat yang sesuai untuk bawa bersama ibubapa anda ke sana. Banyak tempat menarik yang anda boleh terokai yang berbayar mahupun tidak di luar bandar Tokyo. memang salah satu tempat yang sesuai untuk ibubapa anda. Untuk permulaan, anda boleh luangkan masa dalam sehari atau dua hari dalam pelajari budaya Jepun di Asakusa atau Kuil Meiji Jingu dan melawat tempat-tempat menarik seperti Shibuya Crossing dan Tokyo Skytree. Anda boleh juga makan angin di beberapa taman seperti Shinjuku Gyoen atau Yoyogi Park. Terdapat juga pelbagai jenis makanan halal yang bole dipilih di Jepun daripada Ramen hinggalah ke Japanese Curry, Yakiniku dan banyak lagi. Salah satu lawatan sehari yang kami cadangkan adalah Mt Fuji dan Hakone – yang hanya 2 jam dari Tokyo. Mendapatkan dekat dengan gunung tertinggi di Jepun pasti akan menjadi pengalaman yang menarik untuk anda nikmati dengan ibu bapa anda. Dengan perjalanan yang ditempah di Klook, anda tidak akan hanya melihat pandangan Gunung Fuji tetapi anda juga akan melawat Tasik Kawaguchi. Tur ini juga membawa anda ke bandar peranginan panas di Hakone. Tidak perlu dikatakan lagi, ibu bapa anda akan sukajauhkan diri dari bandar! 6. Krabi, ThailandTidak ada yang lebih santai daripada matahari, pasir dan laut. Jika anda sedang mencari tempat percutian yang pendek tetapi memanjakan untuk ibu bapa anda, maka Krabi adalah tempat untuk pergi! Dengan akses mudah ke makanan halal, pantai
Adakah Membeli Rumah Atau Melancong?
Apabila kita sudah bekerja, kita akan dapat merasai nikmat gaji pertama. Kadang-kadang ramai orang yang nafsu untuk belanja ni mula meningkat, segala perancangan perbelanjaan entah ke mana. Kebiasaannya golongan muda ni ada dua persoalan yang bermain dalam fikiran mereka sama ada mahu membeli rumah, atau pergi melancong. Kedua-dua perkara ini memerlukan kos yang tinggi dan juga tempoh yang agak lama untuk mengumpul perbelanjaan tersebut. Jadi sebelum anda membuat keputusan, kami akan berkongsi beberapa aspek penting yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan. • Kemampuan Anda perlu lihat dulu pada kemampuan anda sama ada mahu beli rumah dahulu atau travel dahulu. Jika mampu buat kedua-duanya, itu lebih baik tetapi jika anda bergaji rendah, cadangan kami adalah anda boleh membeli aset terlebih dahulu kerana aset tersebut mampu mendatangkan pendapatan kepada anda contohnya seperti rumah atau kereta. Anda masih boleh melancong tapi bukan buat masa sekarang bak kata pepatah, ‘Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Jika tidak mampu melancong ke luar negara, melancong dulu dalam negara. Jika belum mampu beli rumah, menyewa dahulu atau tinggal bersama ibubapa anda. • Matlamat Pastikan matlamat anda adalah tetap dan jelas. Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza. Kadang-kadang setiap orang pada usia muda matlamatnya tinggi tetapi bila capai usia tua matlamat mereka mula berubah-ubah disebabkan masalah kewangan yang menjejaskan mereka. Anda perlu tetapkan matlamat berdasarkan situasi anda berada sekarang, anda perlu lihat keadaan ekonomi anda berada sekarang. Harga rumah semakin mahal jadi anda perlu persediaan lebih jika anda tidak mahu terus menyewa rumah. Untuk travel, anda perlu menyediakan duit simpanan yang lebih dari sepatutnya kerana nilai matawang negara anda mungkin akan menurun dari negara lain. • Ilmu Salah satu faktor yang membantu anda membuat pilihan adalah ilmu pengetahuan. Jika anda tahu betapa pentingnya pemilikan aset di Malaysia, anda mungkin akan lupakan sementara aktiviti mahu pergi melancong. Namun, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan banyak ilmu dan pengalaman apabila pergi melancong ke negara luar. Pengalaman tersebut mungkin akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan peka terhadap pentingnya pemilikan hartanah. Apabila anda pergi ke negara maju, anda mungkin boleh menilai betapa pentingnya pemilikan hartanah di usia muda terutama apabila melihat harga rumah yang semakin mahal. Pada masa yang sama, anda boleh belajar banyak perkara tentang kehidupan orang lain terutama bagi golongan yang sudah merasai keperitan memerlukan tempat tinggal. • Ganjaran Beli rumah, kemudian pergi melancong. Anda sudah boleh menikmati keduanya. Bagi individu yang bekerja keras untuk mendapatkan rumah pertama, anda boleh jadikan aktiviti melancong sebagai ganjaran mendapatkan rumah pertama. Jika sudah cukup duit dalam tangan, belilah rumah kerana mampu mendatangkan pendapatan kepada anda. Setelah beli rumah baru lah boleh fikir untuk melancong. Naa dah boleh dapt kedua-duanya sekali kan? Pilih sesuatu yang mendatangkan faedah untuk anda dahulu seperti beli rumah lepas tu baru anda bole jadikan melancong itu sebagai ganjaran. Sumber: Adamani Travel
7 Cara Berbelanja Sewaktu Melancong Di Luar Negara
Disebabkan pengaruh dari media sosial, sekarang ini kebanyakkan orang mula melancong ke luar negara dan menjadi satu aktiviti yang sangat popular. Lain orang, lain caranya melancong, ada yang melancong tidak kisah kalau banyak duit keluar sekalipun dan ada pulak yang melancong dangan cara bajet. Namun begitu, kebanyakkan masalah yang sering dihadapi pelancong apabila mereka tidak mempunyai wang yang cukup. Ini mungkin disebabkan oleh cas-cas yang mahal yang dikenakan seperti teksi atau cenderahati. Anda tidak perlu runsing lagi, saya akan share kepada anda beberapa tips untuk jimat belanja ketika travel di luar negara. ► Bercuti Berkumpulan Buat yang masih bujang, ini adalah cara yang terbaik bagi menjimatkan kos anda. Lagi ramai orang, lagi banyak anda dapat jimat. Dengan adanya kumpulan untuk travel bersama, anda dapat menjimatkan kos belanja dengan cara berkongsi antara satu sama lain. Semestinya byk kos yang bole kita jimatkan. Contohnya seperti kos pengangkutan, penginapan, mungkin kos souvenir pon boleh jimat. Buat survvey dahulu sebelum pergi travel, kerana kebanyakkan agensi pelancongan menawarkan pakej pelancongan secara berkumpulan. Contohnya seperti Adamani Travel Sdn Bhd. ► Penerbangan Tambang Murah Bila sebut pasal penerbangan tambang murah, semestinya kita akan ingatkan pada syarikat penerbangan AirAsia. AirAsia semestinya menawarkan penerbangan dengan tambang yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Untuk dapatkan tiket yang lebih murah, biasanya tiket boleh dibeli lebih awal terutama dalam tempoh promosi. Rancang perjalanan anda lebih awal untuk dapatkan tiket lebih murah. ► Bawa Stok Makanan Segera Kebanyakan pelancong akan menghadapi masalah sama iaitu masalah mencari makanan halal. Susah untuk kita mencari restoran yang menjual makanan yang halal. Jadi, anda bawalah makanan segera seperti mi segera, biskut atau bubur nasi segera yang mudah untuk kita bawa. Kebanyakan produk makanan segera ini boleh didapati di kebnyakan pasaraya di seluruh negara. ► Tinggal di Hotel Bajet Penginapan yang selesa menjadi keutamaan pelancong untuk menginap dalm beberapa hari sahaja.Namun jika anda mahu berjimat, tinggal di hotel atau homestay lebih murah. Hotel bajet sangat senang untuk dicari, Hotel bajet salah satu alternatif terbaik untuk menginap. Cari hotel yang selesa dan bersih. ► Guna Kenderaan Awam Menggunakan kenderaan awam lebih murah daripada mengupah pemandu atau membawa enderaan sendiri. Anda tidak perlu risau tentang belanja minyak petrol, kos pengangkutan awam jauh lebih murah jika mengupah pemandu. Contoh kenderaan awam yang murah seperti bas atau tren. Teksi digalakkan untuk naik tetapi hanya ke tempat-tempat yang tiada perkhidmatan bas atau tren sahaja. ► Pergi Luar Waktu Puncak Pilih waktu melancong yang tak ramai pergi bercuti seperti waktu bekerja atau bukan pada hujung minggu. Elakkan waktu puncak seperti hari cuti, perayaan, atau hujung minggu kerana ramai orang bercuti pada hari tersebut dan mungkin akan sesak dengan orang ramai tidak kira di airport mahupun di tempat anda melancong. Dapatkan pakej dan diskaun jika pergi melancong pada hari biasa. Harga hotel juga biasanya lebih murah. ► Cari Diskaun & Promosi Untuk merasai kenikmatan penjimatan ketika melancong, survey dan kajian perlu dilakukan untuk mencari diskaun dan promosi yang terdapat di tempat pelancongan. Alert dan follow update terkini yang menawarkan promosi yang anda mahukan. Jadi tiada masalah kan untuk anda melancong kerana sudah saya bagi tips-tips ni kepada anda. Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda bercuti. Selamat Bercuti! Sumber: Adamani Travel
Tips Mencari Makanan Halal
Kalau nak travel tu mesti korang kene fikirkan sama ada tempat ni ada sediakan makanan halal atau tak kan?Kadang-kadang tu sampai luggage tu penuh makanan dari pakaian. Kita perlu juga berjaga-jaga pada negara yang kita travel sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Memang susah untuk kita mencari makanan yang halal jika kita travel di luar negara. Jadi di sini saya akan share kepada anda tips untuk dapatkan makanan halal di luar negara yang korang perlu tahu. SHARE dekat kawan-kawan korang yang risau tentang makanan halal di luar negara. 1. Kenali Logo Halal Negara Yang Dilawati Kenali logo halal yang telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di luar negara. Kenalpasti logo-logo halal di setiap negara yang korang lawati. Setiap negara mempunyai logo halal yang berlainan corak. Ketahui logo-logo tersebut di www.halal.gov.my. 2. Hafal Istilah Makanan Haram Dalam Bahasa Tempatan Sebelum pergi travel, study dahulu istilah-istilah makanan yang haram untuk korang makan. Pada era teknologi ini, google translate sesuai untuk anda ketahui istilah beberapa perkataan seperti kandungan sesuatu makanan apakah ia mengandungi bahan yang tidak halal. Contohnya, kalau korang travel ke Perancis, cari terjemahan perkataan daging babi, arak, wain, bakon dan sebagainya bagi mengelak korang terbeli atau terpesan menu yang ada ramuan-ramuan tersebut. 3. Download Apps Tempat Makan Halal Sekarang segalanya di hujung jari. Sebelum travel pastikan korang buat sedikit research tentang lokasi percutian, ada berapa restoran atau kedai makan yang halal. Bagi memudahkan pencarian, korang boleh muat turun beberapa aplikasi berkaitan tempat makan halal. Antaranya seperti Have Halal Will Travel (HHWT), Scan Halal, Halal Navi, Verify Halal, Muslim Pro, myJakim, Jalan Jalan Cari Makan dan Halal Trip! 4. Cari Restoran Vegetarian Ini juga salah satu jalan terbaik untuk korang elak keraguan korang untuk mencari makanan halal dengan makan di restoran vegetarian. Kebiasaannya restoran vegetarian tidak akan menyediakan makanan yang berasaskan daging haiwan. Salah satu cara lain juga boleh cari di restoran India kerana kebanyakan restoran tersebut tidak menyediakan hidangan daging, hanya makanan laut. Tapi korang kena juga tanya dulu sama ada diorang ada menggunakan alkohol atau lemak haiwan. 5. Cari Masjid, Islamic Centre atau Malaysia Hall Ini pun satu lagi cara paling senang korang nak dapatkan sumber makanan halal. Kadang bukan halal je, silap-silap kalau tempat percutian korang tu ada Malaysia Hall, makanan tradisional Malaysia pun boleh dinikmati macam di Malaysia Hall London! Kalau korang ke Korea pula, cari Seoul Central Mosque di Itaewon. Sepanjang perjalanan ke masjid tu korang akan jumpa banyak restoran makanan halal yang boleh disinggahi. 6. Masak Sendiri / Bawa Makanan Segera Kalau malas nak pening-pening kepala, antara solusi paling senang ialah korang masaklah sendiri masa bercuti nanti. Atau bawalah pek makanan segera sebab sekarang nasi dan lauk segera pun dah dijual kat pasaran, tinggal korang nak panaskan saja. Jadi tahu kan macam mana nak dapatkan makanan halal di luar negara? Buat dulu persediaan dan kajian sebelum pergi travel. Selamat Bercuti! Sumber: Adamani Travel
Lokasi Menarik Yang Wajib Dilawati
Korea! Salah satu lokasi yang menjadi kegemaran kebanyakkan orang kerana makanannya yang sedap, dan tempat yang menarik. Zaman sekarang, budaya K-Pop, K-Drama manjadi trend terkini bagi generasi muda, jadi Korea Selatan menjadi tumpuan dunia untuk melancong. Dengan itu, kami akan menyediakan list tempat-tempat yang wajib korang singgah di Korea Selatan. Namsangol Hanok Village Namsangol Hanok village merupakan sebuah perkampungan tradisi Korea yang terletak di tengah-tengah bandar yang dikepung oleh bangunan pencakar langit moden. Selain dari rumah-rumah yang dibina berkonsepkan senibina asal Korea, terdapat juga taman dan kolam-kolam air disekitar kawasan ini. Kawasan ini agak besar jadi menjadikan ia salah satu tempat melepak yang bagi aku kira ok lah. Kalau bernasib baik ada juga pertunjukkan pakaian pengantin oleh model-model berdasarkan perkahwinan orang Korea lama. Istana Gyeongbokgung Anda bole datang menghayati sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung. Anda juga dapat merasai budaya tradisional masyarakat Korea dengan mencuba pakaian tradisional mereka iaitu hanbok dan bergambar sekitar kawasan tersebut. Berdekatan dengan istana Gyeongbokgung terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Muzium Raja Sejong yang terletak betul-betul di bawah tugunya yang dibina bagi memperingati jasanya terhadap pembangunan Korea. Anda juga boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan. Cheonggyecheon Stream Berlokasi di Taepyeong-ro 1-ga, Jung-gu, Seoul, sungai ini membentang dan dilewati oleh lebih dari dua puluh jembatan cantik. Dua yang paling terkenal di antaranya adalah Narae Bridge, berkonsepkan kupu-kupu terbang. The Rhythmic Wall Stream adalah dinding yang dilapisi dengan marmer halus dan patung yang menghiasi jembatan ini. Cheonggye Plaza merupakan sebuah area seluas 2.500 meter persegi. Alun-alun di plaza ini didesain seperti kain pembungkus Korea yang warna-warni. Menampilkan pemandangan keindahan elegan dari batu tradisional Korea yang warna-warni dan halus. Plaza ini juga menyediakan pemandangan Sungai Cheonggyecheon pada pengunjung dengan angle bird’s eye view. Di plaza ini juga terdapat beberapa air mancur cantik yang tersebar di beberapa area, membuat jalan-jalan di sini terasa semakin menarik dan menakjubkan. Itaewon Itaewon seperti yang kami ketahui merupakan bandar yang penuh dengan budaya termasuk budaya Islam. Untuk muslim, terdapat Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan halal juga mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung. terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah. Itaweon juga menempatkan beberapa kafe terkemuka yang menghidangkan pastri dan kek yang menarik. Di sini juga anda boleh mencuba kafe dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel. Namsan Tower Namsan Tower merupakan mercu tanda yang terdapat di Seoul, Korea. Dari ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa pulang. Jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun. Myongdong & Namdaemun Memang rugi kalau tidak singgah ke Myeongdong sesudah sampai ke Seoul. Kawasan ini ada tempat membeli-belah terbaik jika anda ingin mencari skincare dan produk mekap dari Korea. Kedai pakaiannya juga tidak kurang hebatnya. Harga juga agak berbaloi dan boleh ditawar. Kalau ke sini, tak sahlah kalau tak singgah ke kafe-kafe unik di sini seperti Cat Cafédan Hello Kitty Café. Tentunya ia memberi pengalaman yang baru bagi anda. Selain itu, bagi penggemar Kpop, kedai menjual CD dan merchandise Kpop ada di serata tempat. Berdekatan Myeongdong, anda boleh pergi ke satu lagi tempat membeli-belah yang popular iaitu Namdaemun. Everland Sekiranya korang dah sampai di Korea, semestinya korang tak nak melepaskan peluang untuk pergi ke taman tema yang terkenal di Korea iaitu Everland dan Lotte World. Harga tiket kemasukan untuk Everland dan Lotte World sudah semestinya mahal tapi korang boleh beli tiket ni dengan harga jauh lebih murah dari harga asal dengan Klook.com. Harga asal untuk tiket on-day pass Everland adalah 54,000 won (RM 197) tetapi sekiranya korang book dengan Klook.com, korang boleh beli dengan harga RM 106. Tiket Lotte World pula dijual dengan harga RM 116 berbanding dengan harga asal RM 190 (52,000 won) dan korang dah boleh jimat banyak duit dengan cara ini. Pulau Nami Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim. Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak. Songwol-dong Fairy Tale Village Anak-anak anda sukakan kartun atau suasana yang warna-warni? Nah, ini dia lokasi pengubat jiwa anak anda, Songwol-dong Fairy Tale Village. Siapa yang tak seronok melihat karakter-karakter kartun terkenal di sekitar kampung ini. Walaupun kawasannya agak kecil, namun setiap pelusuk, tiang, dinding, bumbung, tingkap malahan tangga dihidupkan dengan warna-warni dan watak-watak kartun. Snow White, Cinderella, Jack and the Beanstalk, Peter Pan, Alice in the Wonderland dan bermacam lagi, semuanya ada di sini. G Tower G-Tower merupakan salah satu bangunan penting di Songdo. Di dalam, bank, restoran, pejabat pos, dan bangunan pejabat. Ia terkenal dengan seni bina yang unik. Terdapat Sky Garden yang dibuka kepada pengunjung pada waktu siang. Di sini anda akan dapat melihat Songdo secara keseluruhannya. Terdapat juga perkhidmatan sewa basikal secara percuma. Sorae Pogu Market Tidak sulit untuk menemukan makanan laut segar di Incheon, karena ini adalah kota pelabuhan terbesar kedua di Korea Selatan. Tetapi jika Anda ingin menemukan tempat yang menjual semua jenis makanan laut, Anda pasti harus pergi ke Pasar