Kadang-kadang kalau sebelum nak pergi travel mesti kita terfikir apa nak dibawa kan, lepastu nanti risau kalau barang keperluan tak cukup nak bawak pergi sana, atau kadang-kadang kita bawak barang mesti nak lebih katanya “in case of emergency” la katakan. Kita kena ambil tahu juga barang apa yang kita perlu bawa dan sediakan tapi janganlah sampai nak bawak satu rumah macam nak pindah untuk selamanya. Kalau setakat nak travel ala-ala bacpackers, bawak yang ringkas dan berguna sahaja So kalau korang ada rasa nafsu nak travel tu, meh sini admin bantu buat checklist. Kalau korang nak tambah list lagi bole tambah dekat komen la ya! 1. Pasport Passport ni penting ni, kalau kat Malaysia, passport Malaysia warna merah yang ada logo Jata Negara tu. Passport merah tu tempoh sah laku dia adalah selama 5 tahun untuk perjalanan ke semua negara kecuali negara terlarang seperti Israel. Sini kami ada sediakan bayaran untuk Passport Malaysia Antarabangsa: Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200.00Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100.00Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100.00Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100.00Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100.00Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma 2. Tiket Flight – sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan ataupun ejen jika travel menggunakan travel agent. Jangan lupa sebelum nak travel tu beli tiket flight awal-awal supaya tak kelam kabut nanti nak check-in lagi. Sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan atau travel agent. Untuk pengetahuan kamu, Adamani Travel Sdn Berhad ada menawarkan pakej percutian dalam negara dan luar negara! 3. Travel Insurans Kita tak tahu apa akan berlaku sepanjang perjalanan kita travel nanti. Jadi beli travel insurans siap-siap dan pastikan polisi insuran cover segala kemungkinan seperti kehilangan bagasi dan kegagalan flight service. Keselamatan anda itu penting! 4. Duit Tukar Pergi tukar duit negara tu awal-awal sebab takut nanti dekat luar negara kita susah nak cari money changer. Kalau nak senang, pakai kad kredit yang boleh di pakai di luar negara sekali. Tukar duit tu jangan tukar banyak sangat, nanti kalau kena curi menangis tak berlagu. 5. Telephone & Simkad Jangan lupa bawak handphone takut-takut berlaku kecemasan. Nak amek gambar kenangan indah travelling nanti perlukan handphone juga kan. Jadi bawak handphone yang bersesuaian. Ada beberapa model hanphone yang tak dibenarkan untuk menaiki flight mungkin atas sebab berlaku kes handphone meletup sebelum ini. Simkad tu beli simkad yang boleh pakai di luar negara. Kalau bole beli yang data unlimited, so nanti tak la nak berkejar cari kedai beli topup lagi. 6. Power Bank & Extra USB Kabel Powerbank ni salah satu item yang mesti dibawa terutama yang kaki ambik video dan buat live. Powerbank tu perlu di Charge awal-awal sebelum travel supaya senang nak pakai semasa travel nanti. bawak sekali USB Cable lebih untuk elak jika berlaku kerosakan pada satu cable. Cuba bayangkan kalau tak bawa powerbank lepastu handphone habis bateri. Fuhh tiba-tiba keluar lagu dalam otak “termenung ku sendiri~~memendam rindu tidak menentu~~”. 7. Kamera / Go Pro Yang suka merakam segala benda dari jalan raya hingga ke tandas luar negara, bawa lah kamera atau GoPro. Barang ini penting bagi menyimpan segala memori dan pengalaman supaya bole kasi jeles tu kawan yang tak travel tu. 8. International Adaptor & Extention Plug Beberapa negara mempunya power outlet yang berbeza-beza. Beli international adaptor yang ada semua jenis outlet. pentingnya adapter ini adalah untuk menegcas handphone atau powerbank di luar negara nanti. 9. Luggage / Backpack Bawak luggage atau backpack yang senang untuk kita bawa. Bawa paling banyak pun 2 beg je maksimum. satu luggage dan satu backpack. Jangan isi barang sehingga penuh, tinggalkan ruang separuh untuk kita bawa pulang souvenir nanti. Backpack isi barang2 untuk kegunaan semasa berjalan-jalan sahaja. 10. Pakaian Ini biasa yang jadi punca luggage atau backpack kita berat. Sila bawa pakaian seminima ya mungkin. Bawa pakaian yang senang dipakai tidak perlu digosok dan serap peluh. Bawa juga pakaian yang sesuai di tempat yang anda mahu travel. Jangan pula bawa winter coat pada musim panas nanti. Tak perlu beli coat yang mahal, banyak je kedai bundle yang jual coat yang murah-murah. 11. Bahasa Asing Cuba sekurang-kurangnya belajar bahasa luar negara yang ringkas sahaja supaya senang untuk anda berkomunikasi dengan orang luar. Kalau susah sanagt pergi beli kamus bahasa yang anda mahu belajar tu di kedai buku atau cari di internet. Maklumat di hujung jari anda. Jadi sekian sahaja beberapa tips yang kami dapat share kepada anda buat masa ini. Kalau anda ada tips lagi boleh share dekat komen di bawah. Selamat bercuti! Sumber: Adamani Travel
Negara Pelancongan Teramai Di Dunia
Kini kita telah lihat banyak suapan di laman media sosial dengan kisah percutian yang luar biasa. Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya, negara manakah yang paling ramai pelancong di dunia? Bagi menjawab soalan tersebut, di sini kami kongsikan beberapa negara paling ramai pelancong di dunia. 1. United Kingdom United Kingdom terkenal dengan barangan berjenama mewah, Queen Elizabeth dan keunikan lokasinya menjadikan ia negara paling ramai pelancong di dunia. Menariknya, terdapat gabungan tempat bersejarah dengan suasana moden membuatkan United Kingdom sering menjadi pilihan para pelancong. Antara tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah monumen bersejarah, pusat membeli belah, stadium bolasepak dan sebagainya. 2. Thailand Bila sebut sahaja Thailand, kita akan terbayangkan kuil-kuil yang menakjubkan dihiasi dengan akar-akar pokok kuno, ukiran patung Buddha dan upacara persembahan tradisi mereka yang unik. Selain itu, kawasan pedalaman Thailand juga terdiri daripada gua, air terjun, sawah padi, dan bukit-bukau yang menakjubkan. Ia juga merupakan negara paling ramai melancong kunjungi di dunia ini. Menarik lagi, Thailand dihiasi dengan panorama pantai yang bersih, pulau yang cantik serta perairan yang memukau menjadikannya tempat pilihan pelancongan bagi para pelancong. 3. Jerman Jerman mungkin dikenang sebagai tempat bersejarah bagi tragedi ngeri bagi era Nazi, tetapi ia juga merupakan tempat kelahiran para cendekiawan dan pencipta yang kreatif pada era moden. Dari seni bina kontemporari oleh Frank Gehry dan Daniel Libeskind hinggalah muzium dan kilang kenderaan yang mewah, menjadikan negara ini sebagai tumpuan utama para pelancong. Anda boleh menikmati panorama di luar bangunan Romanesque dan Baroque di Berlin, Munich yang mempersonakan. Terdapat lembah-lembah hutan dan ladang anggur yang luas, pasti membuatkan anda terpaku dengan keindahannya. Ramai pelancong yang datang ke sini untuk merasai kepelbagaian suasana yang indah di Jerman. 4. Mexico Mexico sememangnya amat terkenal dengan kehidupan rakyatnya yang amat menggemari pesta dan sebuah negara yang amat menekankan aspek kesenian di dalam kehidupan sejak dari dulu lagi. Ia juga merupakan tempat bersejarah bagi kuil Maya dan piramid Teotihuacan yang terkenal di seluruh dunia. Selain itu, Mexico juga terkenal dengan adanya hutan, gunung berapi, padang pasir dan pantai yang menarik untuk dikunjungi oleh ramai pelancong. Jadi, tidak mustahil ia merupakan sebuah negara paling ramai pelancong. Makanan tempatan di Mexico juga patut anda cuba sekiranya datang ke sini. 5. Turki Turki sememangnya terkenal dengan landskap padang pasir dan peninggalan bangunan bersejarah yang dihiasi oleh suasana kota yang sibuk. Ia terkenal dengan pantai Mediterania untuk pasangan yang menginginkan percutian yang romantis. Anda juga dapat melihat pemandangan susunan batu yang menonjol hingga ke tasik dan ladang zaitun. Antara tempat yang menarik untuk memanjakan mata di sini adalah Pegunungan Kacker, Pantai Patara, dan Tasik Egirdir. Aktiviti riadah yang sering menjadi tumpuan utama pelancong adalah berkayak, paragliding, mendaki dan sebagainya. Bagi anda yang ingin mencuba makanan tradisional Turki, anda boleh mencuba kebab, baklava dan sayur yang pasti menyelerakan. Disebabkan oleh kepelbagaian yang terdapat di Turki, maka tidak hairanlah kenapa ia menjadi pilihan utama para pelancong di dunia untuk dijadikan destinasi percutian. 6. Itali Atmosfera kesenian itu muncul dalam fikiran kita apabila memikirkan mengenai negara Itali ini. Itali merupakan negara yang paling ramai pelancong di dunia kerana tarikan seni bina Byzantium, lukisan dinding Padua, David Michelangelo dan karya Da Vinci yang hebat. Sisa-sisa peninggalan kuno Rom yang ditinggalkan dalam bentuk tapak arkeologi, gereja lama dan sebagainya merupakan syurga bagi pencinta sejarah lama. Itali juga kaya dengan tarikan alam semula jadi yang luar biasa dari segi geologinya. Daripada terumbu karang sehinggalah ke Pegunungan Alpen yang sejuk, panorama di sini sememangnya amat indah. Anda juga boleh mencuba beberapa makanan yang terkenal di Itali seperti hidangan masakan berasaskan pizza dan pastri, tiram dan banyak lagi yang sememangnya amat enak. 7. China China adalah merupakan sebuah negara yang penuh dengan teka-teki dan keindahan alam semulajadinya yang memukau, menjadikan negara ini turut mempunyai ramai pelancong yang hadir. Walaupun kini China merupakan sebuah negara yang berkembang pesat, mereka juga masih mengekalkan tapak warisan sejarah mereka. Antaranya Tembok Besar China, kuil Buddha dan peninggalan tapak istana yang lama. Tarikan utama terbesar di China adalah pusat membeli-belah dan muzium yang dipenuhi artifak bersejarah yang menakjubkan. 8. Amerika Syarikat Amerika selalu menjadi destinasi pelancongan yang popular kerana tarikan bandar metropolis yang menakjubkan. Tahun lalu, ia mengalu-alukan kedatangan sejumlah 82 juta pelancong. Sebut sahaja mengenai New York City, Los Angeles, Las Vegas, Chicago, dan Boston, yang merupakan syurga keseronokan. Selain itu, terdapat pantai yang sering dikunjungi pelancong seperti Pantai Miami dan Pantai San Francisco. Amerika Syarikat juga mempunyai khazanah panorama alam yang memukau seperti Grand Canyon. Jika anda datang ke Amerika Syarikat, dua atau tiga hari ke sini sememangnya tidak mencukupi. Sumber: ammboi
8 Buah Negara Islam Yang Wajib Dikunjungi
Setiap kali kita ingin melancong ke luar negara, perkara utama yang akan menjadi kerisauan kita adalah status halal makanannya. Dari segi ruang ibadah yang disediakan sama ada masjid, surau ataupun tempat penginapannya juga haruslah patuh syariah. Bagi anda yang ingin melancong ke dalam negara Islam, inilah antara negara Islam yang patut anda kunjungi dan sesuai untuk bercuti. 1. Qatar Salah satu negara yang mempunyai ekonomi berkembang pesat di dunia, Qatar adalah pilihan terbaik untuk anda melancong ke negara Islam. Beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi pusat pelancongan yang popular. Terletak di Semenanjung Arab dan penduduk dianggarkan 8.5% Kristian, 77.5% Muslim dan 14% beragama lain, Qatar disenaraikan sebagai destinasi percutian negara Islam yang popular. Qatar menawarkan sejumlah tarikan yang menarik seperti Muzium Kesenian Islam, Desa Budaya Katara, Muzium Mathaf, Souq Waqif, Muzium Sheikh Faisal bin Qassim Al Thani, Benteng Zubarah dan Menara Barzan. 2. Oman Oman merupakan sebuah negara Islam tradisional yang penuh dengan seni bina Islam yang memukau dan keindahan semula jadinya cukup menarik. Sekaligus telah menjadikan Oman sebagai salah satu destinasi pelancongan negara Islam yang paling menakjubkan. Melancong ke negara Islam ini membolehkan anda melawati Muscat, ibu kota Oman, dengan menara emasnya yang berkilauan. Ia adalah salah satu destinasi yang paling menakjubkan di Oman. Tarikan lain termasuklah Pergunungan Hajar, Dhofar, Musandam, Sharqiya, Padang Pasir Wahiba, Benteng Bahla dan Wadi Bani Awf. 3. Jordan Jordan mungkin terkenal dengan bandar Petra yang hilang buat kita semua. Memiliki keindahan dan kepelbagaian panorama yang memukau, perjalanan ke Jordan adalah seperti perjalanan ke zaman masa lalu. Dari pasir kemerah-merahan yang dramatik sehinggalah ke tebing yang menjulang tinggi ianya kelihatan seperti di zaman yang silam. Selain itu, panorama dataran batu gunung berapi yang luas, bukit-bukit yang kaya dengan pokok zaitun dan reruntuhan peninggalan Petra dan Jerash, menjadikan Jordan sangat mempersonakan yang tiada tandingannya. Di Jordan anda boleh melawati peninggalan reruntuhan Petra. Ianya adalah harta karun Jordan yang paling berharga dan merupakan tarikan utama pelancongan paling popular di bandar ini. Destinasi seperti Aqaba, Amman, Irbid, Jerash dan Ajlun adalah antara destinasi yang sering dikunjungi oleh para pelancong. 4. Maghribi (Morocco) Ia telah menjadi destinasi pilihan bagi pelancong Muslim dan bukan Muslim. Melancong ke negara Islam ini juga amat menjimatkan kos. Maghribi merupakan negara Islam gabungan pengaruh dari Eropah tengah dan berada di antara destinasi mesra halal yang paling popular di dunia. Pengunjung juga akan merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menikmati makanan halal yang lazat dan menikmati penginapan yang santai di resort percutian dan hotel di Maghribi. Tempat untuk dilawati di Maghribi adalah Marrakech yang mempunyai beberapa buah resort halal yang paling mewah yang dapat memberikan anda penginapan yang paling selesa di bandar tersebut. Terdapat begitu banyak destinasi untuk dilihat di Maghribi iaitu Masjid Hassan II, Masjid Karaouine, Masjid Koutoubia, Fes el Bali dan Erg Chebbi. 5. Arab Saudi Arab Saudi adalah sebuah negara dengan keindahan alam yang luar biasa. Bandarnya sangat mempesonakan, pemandangan Pegunungan Asir yang menakjubkan dan percutian ke kota suci Makkah dan Madinah. Tidak dapat dinafikan lagi, Kerajaan Arab Saudi termasuklah di antara destinasi percutian mesra halal yang terbaik bagi negara Islam. Tempat untuk dikunjungi di Arab Saudi adalah Makkah dan Madinah yang merupakan tempat suci bagi jemaah haji dan umrah. Selain itu, kota-kota lain yang sering dikunjungi oleh para pelancong termasuklah Jeddah, Dammam, Riyadh, Taif dan Tabuk. 6. Turki Turki adalah destinasi yang luar biasa dengan campuran masakan yang enak untuk kita rasai sekiranya melancong ke negara Islam ini. Ia juga merupakan tempat Warisan Dunia dan tinggalan yang indah dari banyak empayar luas dari zaman dahulu. Sekiranya anda mencari percutian Halal di Eropah, Turki seharusnya ada dalam senarai percutian anda. Beberapa tarikan paling menarik di Turki adalah Istana Topkapi, selat Bosporus, Masjid Sultan Ahmet, Cappadocia, dan Anatolia. Selain itu, anda juga boleh melawat ke beberapa bandar yang kerap dikunjungi oleh pelancong seperti Istanbul, Antalya, Ani, Oludeniz, Izmir, dan Konya. 7. Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates / UAE) Emiriah Arab Bersatu adalah destinasi percutian yang memukau setiap pelancong dengan kehebatan dan kecemerlangannya sebagai negara Islam. UAE juga adalah destinasi utama pelancongan halal yang menawarkan pelbagai pakej percutian yang mematuhi hukum syariah dan kepercayaan agama Islam. Destinasi yang mesti dilawati di UAE adalah Abu Dhabi, Dubai, Al Ain, Ajman, Hatta, Fujairah, Khor Fakkan, Sharjah, dan Umm al Quwain. Selain dari bandar-bandarnya yang paling popular, anda boleh mengunjungi beberapa tarikan utama seperti Masjid Agung, Marina Mall, Pulau Yas, Zoo Taman Emirates, Dolphinarium Dubai, Burj Khalifa, Palm Jumeirah dan banyak lagi. 8. Mesir (Egypt) Selain Maghribi, Mesir juga merupakan negara yang sangat terkenal dalam hal yang berkaitan dengan perlancongan Islam dan status halal dalam pelbagai segi. Selain dari warisan budaya dan sejarahnya yang sangat besar, ia menawarkan percutian mesra halal terbaik di dunia yang menawarkan pelbagai jenis makanan halal. Destinasi yang menarik untuk dikunjungi di Mesir adalah Piramid dan Sphinx di Kaherah, kuil dan makam Firaun di Luxor dan juga belayar di Sungai Nil. Itulah dia serba tempat untuk melancong ke negara Islam. Jom baca juga negara paling ramai pelancong, negara paling selamat melancong, honeymoon di Pulau Pinang dan tempat honeymoon di Terengganu. Sumber: ammboi
Hindar Perkara Ini Semasa Melancong Di Turki
Turki merupakan negara yang sangat popular sebagai destinasi pelancongan. Boleh kata seluruh pelusuk Turki ada tempat untuk pelancong pergi dan lawati. Oleh itu, kami mencadangkan beberapa perkara yang tidak patut anda lakukan semasa berada di Turki. ➤ Jangan lupa semak bayaran bakiBila peniaga Turki beri baki tolong semak dulu. Jangan main jalan sahaja. Beberapa kes telah berlaku kepada para pelancong. Nanti peniaga tu cakap ‘tak perasan’ duit baki tidak cukup. Tetapi jika anda orang kaya nak sedekah apa salahnya. ➤ Jangan tahan kereta menggunakan tangan jika mahu melintas jalanTidak kira anda bawa stroller baby atau bawa orang tua pakai tongkat, jangan lintas jalan sebelum waktunya seperti di Malaysia. Jangan tunjuk tangan kononnya nak tahan kereta nak lintas jalan, silap-silap anda kena hon dan kena marah. ➤ Jangan berkaki ayam dari tempat wudhu ke tempat solatPerkara yang biasa orang Malaysia buat. Orang Turki amat pentingkan kebersihan. Jika dah ambil wudhu kemudian jalan berkaki ayam ke dalam masjid, tu maksudnya kaki anda sudah kotor. Nanti kena marah dengan pakcik-pakcik Turki. ➤ Berhati-hatiWajib berhati-hati dengan pickpockets terutama di dalam tram di Istanbul, metro dan dimana-mana sahaja kawasan tumpuan pelancong. Begitu juga dengan scammer. Jangan ikut jika ada orang mengajak anda minum. Bila dah minum sama-sama anda akan diminta bayar. Berhati-hati juga dengan peragut. Bila jalan-jalan di Bazaar di Istanbul, akan ada orang-orang mendekati anda nak jual buku, jaket dan macam lagi. Pernah jadi ada pelancong buka dompet depan orang-orang tu, kemudian orang tu tengok dompet penuh dengan duit USD, dia ambil duit tu dan lari. ➤ Datang ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum jadual penerbangan.Ataturk International Airport di Istanbul sangat sensitif dan ketat. Jika mereka dapat laporan atau dapati perkara yang mencurigakan, mereka akan tahan setiap kereta yang nak masuk airport. Akibatnya jalan jammed ! Pihak airline tidak akan bertanggungjawab jika anda terlewat disebabkan polis airport atau apa-apa alasan lain. Sumber: Kembara Sufi
Tips Boleh Dilakukan Sewaktu Berada Di Turki
Turki merupakan negara yang patut anda pergi. Bandar ni paling mudah untuk melancong dan explore dan sebagai orang Islam, tidak perlu pening hal makanan kerana Turki adalah negara yang mempunyai majoriti rakyat Islam. Oleh itu, kami mencadangkan beberapa perkara yang anda patut lakukan semasa berada di Turki. 🡆 Muat turun aplikasi TRAFIAplikasi TRAFI akan memudahkan anda menggunakan kenderaan awam di Istanbul. Setiap negeri ada aplikasinya sendiri, tapi tidak semua negeri ada, biasanya bandar-bandar besar sahaja, contohnya Ankara, boleh muat turun EGO CEP’te. 🡆 Kad TnGSetiap negeri ada kad ‘TnG’ sendiri. Contohnya di Istanbul-istanbulkart, Antalya-ankarakart, mersin-mersin kentkart. Tapi, tidak semua negeri ada tram, dolmus dan metro. Contohnya di Isparta, kenderaan awam yang ada hanyalah Bas. 🡆 Belajar Bahasa TurkiMesti tahu asas Bahasa Turki bagi memudahkan urusniaga. Sekurangnya nombor dan ucapan seperti Merhaba [Hai/Hello]Teshekkurler [Terima kasih]Rica ederim [Sama-sama]Gule-gule [Selamat Tinggal]Abla [Kakak]Indirim [Diskaun]Bedava [Percuma]Kac lira [Berapa lira?] 🡆 Tawar-MenawarMembeli-belah terutamanya di Grand bazaar, anda wajib tawar menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Jangan rasa berat untuk meminta diskaun kerana tawar menawar harga adalah budaya di Turki. Jadi jangan malu nak tawar harga barang sewaktu membeli belah di negara ini. Sebut saja indirim (diskaun) sambil lemparkan senyuman. 🡆 Kad debit boleh digunakanTidak perlu menukar duit lira banyak-banyak di Malaysia. Tukar sekadarnya dulu sahaja pun boleh. Anda boleh menggunakan atm di Turki untuk keluarkan duit jika tidak mencukupi. Digalakkan bank Ziraat Bankasi kerana caj terendah berbanding bank lain. Di sana, penjual-penjual lebih suka pembayaran tanpa tunai. Jadi, sila bawa kad debit anda. Sumber: Kembara Sufi
7 Kebenaran Tentang Negara Mesir
Mesir, sebuah negara yang menghubungkan timur laut Afrika dengan Timur Tengah, bermula pada zaman firaun. Monumen berusia ribuan tahun terletak di sepanjang Lembah Sungai Nil yang subur, termasuk Piramid Giza yang sangat besar dan Sphinx Besar serta Kuil Karnak yang dibarisi hieroglif Luxor dan makam Lembah Raja-raja. Ibu negaranya, Kaherah, adalah rumah kepada mercu tanda Uthmaniyyah seperti Masjid Muhammad Ali dan Muzium Mesir, yang mempunyai banyak koleksi barang antik. Berikut adalah 7 fakta menarik tentang Mesir. 🢂 Negara ini adalah homogen dari pelbagai segi etnik, dengan rakyat Mesir merangkumi lebih daripada 99% penduduk.🢂 Penduduk negara Mesir dianggarkan 90% beragama Islam (terutamanya Sunni) dan 10% bakiny terdiri daripada pelbagai denominasi Kristian.🢂 Kaherah telah berkhidmat sebagai ibu negara Mesir selama lebih 1,000 tahun, tetapi kerajaan sedang membina ibu kota baharu kira-kira 45 kilometer (28 batu) ke timur untuk membantu mengurangkan kesesakan di Kaherah. Rancangan memanggil bandar yang belum dinamakan itu untuk menjadi tuan rumah jabatan dan kementerian kerajaan utama, serta kedutaan asing.🢂 Salah seorang tokoh terkenal yang terikat dengan Mesir, Cleopatra VII, ialah Yunani.🢂 Mesir Purba menghasilkan salah satu perjanjian damai terawal dalam sejarah, Perjanjian Damai Kadesh, yang dirundingkan pada 1259 B.C. dengan Empayar Hittite. Pada tahun 1970 kerajaan Turki memberikan salinan perjanjian kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana ia boleh dilihat di pintu masuk dewan Majlis Keselamatan.🢂 Mesir adalah rumah kepada tujuh tapak Warisan Dunia yang ditetapkan UNESCO: Abu Mena; Thebes purba dengan Necropolisnya; Kaherah bersejarah; Memphis dan Necropolisnya; Monumen Nubia dari Abu Simbel ke Philae; kawasan Saint Catherine; dan Wadi Al-Hitan, atau Lembah Paus, tempat tinggal fosil paus yang terawal dan kini telah pupus.🢂 Kalendar 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dicipta di Mesir.Terdapat banyak lagi tempat yang menarik di Mesir ni. Rugi tak kesini…. Sekurang-kurangnya datang dan alami sendiri pengalaman tersebut sekali seumur hidup. Sumber: Kembara Sufi
5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Di Iceland
Iceland merupakan sebuah negara Scandinavia serta kepulauan yang paling cantik di dunia. Dari view scenery yang cukup mengagumkan, pemandangan gunung berapi dan iceberg pada satu masa, air terjun yang terlalu banyak bilangannya, fenomena aurora dan banyak lagi perkara best berkenaan negara ini. Jadi saya listkan 5 Aktiviti terbaik yang dapat anda buat Ketika berada di Iceland. Northern Light Tour- Ini perkara wajib anda buat bila datang Iceland. Pastikan datang pada bulan September- Mac setiap tahun untuk melihat fenomena menakjubkan ini. Melihat ikan paus- Di Perairan Iceland, terdapat banyak ikan paus berlegar di kawasan ini. Minke Whale, Humpback Whale, harbour porpoise dan dolphin antara yang mudah dispot. Jadi, better anda follow tour whale watching ini bila datang Iceland Explore Snaefellsnes Peninsular- Bahagian West Iceland ini menyajikan view yang cukup best. Mount Kirkjufell, Kirkjufellfoss, Ytri Tunga (Tengok Seal) dan banyak pantai pasir hitam di kawasan perkampungan nelayan memang membuatkan anda perlu explore di sini Jokulsarlon- Kawasan iceberg dan diamond beach dengan ketulan iceberg yang dapat dipegang. Jokulsarlon memang satu top lokasi dan banyak aktiviti boleh dibuat. Aktiviti seperti menaiki amphibian boat tour melihat iceberg dengan lebih dekat memang wajib buat. Explore waterfall- Namakan waterfall yang anda ingin lawati skogafoss, seljalandfoss, gulffoss, kirkjufellfoss, dettifoss, godafoss dan banyak lagi, semua ada di Iceland. Aktiviti santai-santai dan explore di Kawasan waterfall semestinya perlu ada dalam itineri. Sumber: Kembara Sufi
5 Cara Tidak Terjerat Dari Penyeluk Wang Saku Di Eropah
Perasaan teruja apabila dapat melancong ke luar negara membuatkan kita lupa akan satu perkara yang boleh mengubah perasaan teruja kita menjadi mimpi ngeri. Perkara yang sering tidak dijangka walaupun tatkala kita sudah berhati-hati. Kes yang paling tinggi di kawasan Eropah yang telah menjadi kebiasaan oleh penduduk di sana iaitu penyeluk saku. Kes-kes penyeluk saku sering berlaku di Eropah terutama sekali di kawasan tumpuan pelancong. Mereka akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan barang berharga anda. Walaupun anda rasa anda telah cukup berhati-hati akan tetapi ianya tidak cukup kerana penyeluk saku di sana teramatlah profesional yang membuatkan kita tidak sedar apa yang terjadi. Antara langkah berjaga-jaga yang boleh kita tumpukan adalah: • Bercuti dalam kumpulan yang besar.Berdua adalah lebih baik dari berseorangan, dan lebih ramai lebih bagus. Ini kerana jika kita berseorangan berkemungkinan besar kita akan membahayakan diri kita dan tiada orang yang akan membantu kita di saat kita perlukan pertolongan. • Kosongkan poket seluar atau jaket anda.Penyeluk saku amat menggemari menyeluk poket mangsa kerana ia lebih senang berbanding menyeluk barang dari bag tangan. Jadi pastikan poket seluar dan jaket anda tidak dipenuhi dengan barang berharga. • Berpakaian seperti penduduk di sana.Dengan berpakaian seperti mereka, kita tidak akan di label sebagai ‘warga asing’ atau pelancong yang sering menjadi tumpuan penyeluk saku di sana. Ini kerana, dengan memakai baju yang terlampau mewah akan menarik perhatian mereka untuk dijadikan mangsa. • Pakai Slingbag atau backpack yang menghala ke depan.Memakai beg tangan yang besar dan menonjol adalah sangat berbahaya dan akan menjadi mangsa yang mudah bagi penyeluk saku di sana. Oleh disebabkan itu, adalah lebih selamat bagi kita untuk memakai beg tangan yang bersaiz sederhana dan sentiasa berada dalam pandangan kita dengan memusingkan beg ke depan. • Elak dari orang yang tidak dikenali yang ingin beramah mesra.Jika ada orang yang ingin beramah mesra, jangan mudah terpedaya dan kadang kala adalah lebih baik bagi kita untuk tidak melayan orang yang tidak dikenali di tepi jalan. Ini kerana, dengan berbual mulut mereka dengan mudahnya dapat perhatian anda dan perlahan-lahan beroperasi semasa sedang berbual. Jadi adalah lebih baik untuk kita mengelak daripada orang-orang yang tidak dikenali. Selamat melancong! Sumber: Kembara Sufi
10 Lokasi Yang Perlu Dikunjungi pada Musim Panas Di Balkan
Semenanjung Balkan, adalah wilayah geografi di Eropah Tenggara dengan pelbagai definisi geografi dan sejarah. Balkan sering dikunjungi ramai orang pada musim panas. Balkan juga turut terkenal sebagai rumah yang dipenuhi harta karun kerana kebanyakannya masih belum terjamah dan dikunjungi oleh beberapa pelancong. Senarai 10 tempat untuk dikunjungi pada musim panas ini di Balkan. 1. Ljubljana, SloveniaIbu kota Slovenia, Ljubljana, adalah bandar paling menarik di Eropah. Musim panas adalah waktu yang sangat baik untuk dikunjungi, terdapat banyak aktivit, seperti mengunjungi mercu tanda kota, aktiviti disekitarnya, dan menikmati suasana santai di Old Town yang tenang. Bulan Jun hingga September, adalah rumah bagi Festival Ljubljana, yang merupakan acara muzik terpenting di negara ini. 2. Dubrovnik, CroatiaWalaupun pelancong ramai ke Dubrovnik ianya tidak pernah kehilangan daya tarikannya. Bandar Kroasia yang mempesona harus dikunjungi oleh setiap pelancong sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan perlu dimasukkan kedalam jadual perjalanan Balkan mereka. Setelah bersiar di Kota Lama, pelancong disarankan pergi ke Gunung Srd untuk melihat pemandangan Dubrovnik yang menakjubkan. 3. Belgrade, SerbiaIbu kota Serbia, adalah salah satu destinasi paling hebat di Semenanjung Balkan, sebuah bandar yang meriah sesuai dikunjungi pada musim panas. Selepas lawatan ke Katedral Saint Sava kubu besar, perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah menikmati suasana bandar yang ceria sambil menghirup kopi di kafe yang terletak di sepanjang Sungai Sava 4. Timișoara, RomaniaTimișoara sebuah bandar yang terletak di barat Romania, berhampiran sempadan Serbia terkenal dengan seni bina Art Nouveau yang hebat. Bandar ini merupakan rumah bagi gereja Ortodoks paling cantik di Eropah dan beberapa bangunan berwarna-warni yang terletak di Old Town, disamping itu disana turut terdapat seni jalanan yang menarik yang tidak dapat dilupakan oleh peminat seni. 5. Varna, BulgariaWalaupun Sofia dan Plovdiv merupakan bandar utama di Bulgaria yang dikenali oleh pelancong antarabangsa, tempat yang mesti dikunjungi pada musim panas di Bulgaria adalah Varna. Bandar tepi laut ini mempunyai pantai terbaik, pusat bandar yang indah, dan bangunan berwarna-warni yang cantik di Bulgaria. 6. Sarajevo, Bosnia dan HerzegovinaSeterusnya tempat yang patut dikunjungi pada musim panas adalah Sarajevo. Ibu kota Bosnia dan Herzegovina merupakan bandar paling menarik di Eropah, dengan sejarah penting dan pusat bandar yang cantik. Disana turut terkenal dengan Festival Filem Sarajevo yang berlangsung selama seminggu setiap tahun pada bulan Ogos. 7. Pristina, KosovoPristina tidak terkenal seperti ibu kota lain di Balkan dan tidak pernah sesak dengan pelancong. Ini adalah alasan yang baik untuk mengunjunginya, walaupun pada musim panas suhu agak panas.Selain itu, ibu kota Kosovar menjadi rumah bagi PriFest setiap bulan Julai, sebuah festival filem menarik yang didedikasikan untuk pembuatan filem Kosovar dan Balkan. 8. Kotor, MontenegroKotor adalah simbolik Montenegrin, sebuah kota abad pertengahan yang menakjubkan yang terletak disalah satu kawasan semula jadi yang paling mempesona di Eropah.. Perkara terbaik yang perlu dilakukan di sini adalah bersiar di pusat bandarnya yang berbatu, menuju ke Benteng St. John untuk menikmati pemandangan Old Town yang menakjubkan, serta singgah didusun yang berdekatan. 9. Tirana, AlbaniaIbu kota Albania yang berwarna-warni adalah salah satu bandar paling hidup di Semenanjung Balkan dan, walaupun suhu yang panas, memberikan yang terbaik pada musim panas. Selepas lawatan ke bandar, turut digalakan mengunjungi Dataran Skanderbeg dan beberapa muzium dan galeri seni, berjalan-jalan di tepi tasik buatan untuk bersantai dan menikmati suasana yang tenang. 10. Ohrid, MacedoniaBandar tasik Ohrid adalah symbol utama Macedonia dan salah satu destinasi utama untuk dikunjungi di Balkan pada musim panas. Bukan hanya untuk keindahan dan suasananya yang santai, tetapi juga kerana setiap bulan Ogos Ohrid berubah menjadi lokasi Festival Musim Panas Ohrid, festival muzik terbesar di negara ini. Sumber: Kembar Sufi
10 Tempat Menarik Perlu Dilawati Di Perth, Australia
Sebut sahaja Australia, apa yang anda bayangkan? Pantai? Kanggaru? Koala? Di pulau terbesar yang terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi ini anda dapat melihat pelbagai tarikan alam semulajadi yang sangat indah! Jika anda mempunyai perancangan untuk explore apa yang ada di negara ini, boleh tengok 10 list tempat menarik di Perth, Australia dan masukkan semua tempat ini dalam itinerari anda ya! Elizabeth QuayDi sini anda boleh menaiki Segway, feri dan gondola yang disediakan. Jika anda inginkan aktiviti yang tidak mengeluarkan duit, boleh juga jalan-jalan melihat pemandangan di sekitar sungai dan tangkap gambar di jambatan dengan latar belakang yang begitu cantik. Aquarium of Western AustraliaJika anda mempunyai minat untuk ‘menyelam’, boleh bawa keluarga untuk melawat Aquarium of Western Australia ini. Anda akan mendapat pengalaman seperti berada di dalam air laut. Di sini juga terdapat lebih 4,000 ikan dan kesemuanya terdiri daripada 400 spesis yang berbeza. Hillarys Boat HarbourHillarys Boat Harbour adalah lokasi pilihan ramai orang untuk beraktiviti bersama keluarga. Di sinilah juga terletaknya AQWA ataupun The Aquarium of Western Australia yang menempatkan pelbagai hidupan laut yang terdapat di lautan Western Australia. Antara tarikan lain yang terdapat di Hillarys Boat Harbour adalah penerbangan helicopter, menaiki kapal layar atau bot, memancing, bermain gelongsor air, menyelam skuba dan banyak lagi! Tak kisahlah berapa pun usia anda, ada sahaja aktiviti yang sesuai untuk dibuat di sini. Fraser Avenue LookoutTerletak di Kings Park, di kawasan pemerhatian Fraser Avenue Lookout anda dapat melihat pemandangan indah kota metropolitan Perth, tak kisahlah anda nak datang siang atau malam, pemandangan dari sini sukar untuk dilupakan keindahannya. Bukan senang tau nak dapatkan pemandangan seindah dan seluas yang dapat dilihat dari Fraser Avenue Lookout ini! Scarborough Beach Macam susah nak percaya yang Scarborough Beach ini adalah kawasan pantai yang terkenal dan dilawati ramai orang oleh kerana tahap kebersihan kawasan persekitaran pantai ini yang sangat bersih. Di kawasan tanah lapang dilindungi pokok rendang berdekatan pesisir pantai ini, anda sekeluarga boleh berkelah sambil menikmati bayu laut. Untuk pengetahuan anda juga, berdekatan dengan pantai ini terdapat sebuah gym, kalau anda rasa nak bersenam sambil menikmati pemandangan pantai yang indah ini, jangan lupa untuk ke sini. The PinnaclesSekitar 3 jam perjalanan dari bandar Perth, anda akan sampai ke kawasan padang pasir The Pinnacles yang mana terdapat banyak batuan besar yang unik untuk anda jadikan subjek atau latar belakang foto. Kalau anda bernasib baik, mungkin anda dapat bertembung dengan kanggaru yang menjadikan kawasan ini habitat mereka. Sekiranya anda ke sini pada musim panas, lebih baik untuk anda datang pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sinaran mentari yang terik. Tapi musim yang paling best untuk ke sini adalah antara bulan Ogos ke Oktober iaitu pada musim bunga untuk melihat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini hidup mekar. Penguin IslandMasa perjalanan untuk ke Penguin Island adalah 45 minit dari Perth. Anda dapat melihat singa laut, ikan lumba-lumba di sekitar perairan. Ketika di sana, anda berpeluang untuk mendekati dengan penguin-penguin yang sangat comel dan terkecil di dunia! Seronoknya! The Bell TowerSalah satu tarikan yang unik dan mesti anda lawati di Perth. The Bell Tower bukan sahaja sebuah bangunan tapi ia juga merupakan instrumen muzik yang terbesar di dunia dengan ketinggian 82.5 meter. Di menara ini terdapat 12 buah loceng yang didatangkan dari sebuah gereja terkenal di London yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-14 lagi. Sekiranya anda naik ke dek pemerhatian menara ini, anda dapat melihat pemandangan 360 darjah sekitar Perth dan Swan River. Adventure WorldAdventure World adalah satu-satunya taman tema yang boleh anda temui di Perth. Walaupun hanya satu, rasanya susah nak mengalahkan Adventure World Perth kalau ada banyak lagi taman tema yang lain. Dengan lebih daripada 25 tarikan untuk anda cuba, memang rugi kalau anda datang ke sini pada lewat petang takut tak sempat nak rasa kesemuanya, jadi, rancanglah perjalanan anda ke sini di awal pagi. Kings ParkSejukkan mata anda dengan panorama memukau hati bandar Perth dan Swan River dari Kings Park. Kings Park ini bukan taman biasa, boleh dikatakan inilah raja segala taman sebab cukup lengkap dengan pelbagai tarikan menarik yang diidamkan sewaktu bersiar-siar. Ia juga merupakan taman di dalam kawasan bandar yang terbesar di dunia. Anda boleh menaiki DNA Tower yang terletak di sini untuk menikmati pemandangan sekitar yang sangat mempesonakan. Bukan sahaja pemandangan yang indah, Kings Park ini turut kaya dengan flora dan fauna termasuklah sebatang pokok yang sudah berusia 750 tahun. Sambil berjalan-jalan di sekitar taman ini juga, anda sekeluarga dapat mendengar bunyi kicipan lebih daripada 70 jenis burung yang terdapat di sini. Sumber: Kembara Sufi