Admin nak kongsikan itinerary menarik khas buat anda yang suka travel tetapi tidak tahu bagaimana hendak merancang jadual perjalanan. Bila anda merancang sendiri itinerary bermakna anda tidak perlu lagi melancong melalui agensi pelancongan, tetapi ada baik dan buruknya anda menggunakan agensi pelancongan. Jadi admin ingin kongsikan jadual perjalanan yang bagaimana untuk memudahkan anda travel. Ini steps untuk membuat jadual perjalanan untuk kelihatan lebih sempurna. ‣ Susun setiap tempat yang ingin di lawati ‣ Elakan ambil jadual penerbangan yang dekat ‣ Gunakan laman web dan aplikasi ‣ Elakkan aktiviti mengeluarkan wangBukan semua aktiviti memerlukan duit. Macam museum di Paris, ada masa yang entrance dia free. Sebab tu anda kena check dulu. Duit lebih tu guna lah shopping. Selain itu, walking street di Dublin. Banyak lagi tempat yang menarik yang anda tidak perlu keluarkan wang, wang boleh digunakan untuk tiket penerbangan, shopping, makanan dan lain-lain. ‣ Elakkan “Tourist Trap Spots”. Jangan makan di tempat yang ada ramai pelancong. Biasanya makanan yang sedap dan murah takde di situ. ‣ Beli tiket “Attraction” awal. Kalau nak pergi Disneyland etc, beli lah online! Senang giler. Sampai je kt situ, boleh masuk terus. Tak payah queue lama. Tips ini amat berguna untuk anda memudahkan lagi perjalanan anda. Apa yang lebih menyeronokkan anda juga boleh save money dari berbelanja bayar tourism. Sumber: Muslimtravelbug
6 Lapangan Terbang Yang Paling Canggih Di Dunia
Lapangan terbang yang canggih penting untuk keselesaan penumpang dan pelancong. Apa yang menjadi perkara utama di lapangan terbang sudah tentulah di ruang lounge. Malah di ruang penunggu itu boleh menjadi salah satu aspek yang paling menyeronokkan dalam pengalaman terbang. Jadi admin nak perkenalkan enam lapangan terbang yang mempunyai lounge yang menyeronokkan dan anda boleh bersantai di situ. Antaranya ialah: Pertama: Air France, Paris Kedua: Cathay Pacific, Hong Kong Ketiga: Emirates, Dubai Keempat: Lufthansa, Frankfurt Kelima: Qantas, Sydney Keenam: Qatar, Doha Bagi admin keselesaan pada bilik ruang menunggu penting apabila anda ingin berehat sementara untuk melanjutkan perjalanan seterusnya, kiranya anda tidak perlu book hotel untuk tinggal sementara. Sumber: Muslimtravelbug
Apakah Perbezaan Penerbangaan Kelas Pertama Dengan Kelas Perniagaan?
Apa yang admin kongsikan hari ini adalah mengenai perbezaan business class dengan first class. Bagi yang sudah biasa menaiki kapal terbang mungkin mereka sudah tahu, tapi tetap nak ceritakan apa kelebihan dan kekurangan mengenai kedua-dua kelas ini. Antara perbezaannya ialah: Kos bagi kedua-dua kelas: ⦿ Ruangan menunggu Jika anda lihat banyak perbezaan antar ruang menunggu business clas dan first class. Antaranya ialah menawarkan ruang tamu eksklusif untuk penumpang kelas pertama, yang boleh melangkau terminal utama untuk terminal mereka sendiri. Sebaliknya, lounge kelas perniagaan hanya menyediakan ruang yang tenang untuk bekerja dan bersantai, dengan Wi-Fi yang cepat, kerusi dan makanan ringan yang selesa, tetapi tiada tambahan lain. ⦿ Tahap Keselesaan Manakala kelas pertama pula sudah semestinya selesa kerana cukup lengkap dengan segala kemudahan dan mungkin anda tidak tertanya-tanya mengenai kelengkapannya. ⦿ The Bottom Lineperbezaan antara kelas pertama dan kelas perniagaan adalah kerusi dan perkhidmatan, tetapi perbezaan berbeza di kalangan syarikat penerbangan, laluan dan model kapal terbang. Namun, kemudahan kelas pertama umumnya menggantikan kemudahan kelas perniagaan pada penerbangan antarabangsa. Tetapi penyelidikan yang cukup untuk memastikan bahawa anda mendapat apa yang anda bayar. ⦿ Makanan dan Minuman Apa tunggu lagi setelah anda mengetahui berbezaan kedua-dua kelas ini boleh lah buat tempahan untuk melancong ke luar negara. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana, tetapi admin cadangkan buat pilihan yang boleh memuaskan hati anda dan memberi keselesaan kepada anda. Sumber: Muslimtravelbug
Apakah 5 Stadium Terunik Di Dunia?
Admin ingin memperkenalkan beberapa buah stadium yang sangat menarik untuk anda kunjungi, malah kos pembinaannya juga sangatlah banyak. Untuk pengetahuan anda ada setengah stadium pernah dijadikan tempat perlawanan boleh sepak bagi World Cup. Antara stadiumnya ialah: 1. The Azadi Stadium, Teheran Stadium Azadi mempunyai kapasiti 95,225, walaupun pegawai-pegawai tempatan telah menurunkan angka itu kepada 80,000 atas alasan keselamatan. Stadium ini dikelilingi oleh sungai-sungai, kemudahan, tempat latihan bola sepak dan banyak kemudahan sukan lain, Azadi bermaksud Freedom dalam bahasa Parsi. 2. Anfield, LiverpoolSiapa yang tidak kenal dengan stadium kebanggaan Merseyside ini? Stadium ini adalah rumah kepada Liverpool sejak kelab itu ditubuhkan pada tahun 1892. 3. Soccer City, JohannesburgStadium ini nama lain Stadium FNB terletak di bandar Soweto, Johannesburg, Afrika Selatan. Stadium ini mula terkenal ketika menganjurkan pertandingan Piala Dunia 2010. 4. Santiago Bernabeu, Madrid 5. The Allianz Arena, MuenchenStadium mewah seterusnya terletak di daerah Frottmaning, utara bandar Munich, Jerman. Stadium dibuka pada 30 Mei 2005 dengan perlawanan persahabatan antara TSV 1860 Muenchen dan 1. FC Nuernberg. Stadium ini direka bentuk oleh firma senibina Switzerland Herzog & de Meuron dan kapasitinya ialah 66.000 penonton. Di bahagian luar mempunyai 1056 panel rhombic, yang masing-masing dapat diterangi dengan warna yang berbeza (merah, biru atau putih), sehingga kelihatan seperti pola yang bergerak. Kesimpulannya, kesemua stadium ini di hasilkan oleh arkitek yang terkenal dan kos pembinaannya menelan hasil berbillion dolar. Maka untuk menyaksikan sendiri keindahan stadium ini anda boleh berkunjung ke sana. Sumber: Muslimtravelbug
Tarikan Pelancong, 5 Bangunan Pelek Di Dunia
Di Malaysia kita amat kagum dengan kehebatan bangunan KLCC, buat pengetahuan anda terdapat banyak lagi bangunan yang unik dan mampu membuat mata anda terbeliak. Jika anda tidak percaya boleh lihat sendiri gambar di bawah bangunan-bangunan yang aneh ini. 1. Muzium Seni Kontemporari Niteroi (Brazil) 2. Dancing House (Czech Republic) 3. Stone House (Portugal) 4. The Crooked House, Poland. 5. Forest Spiral – Hundertwasser Building, Germany Menarik bukan, bangunan-bangunan di atas? Kalau menarik apa tunggu lagi segera masukkan nama tempat-tempat ini dalam log book travel anda. Untuk pengetahuan kesemua bangunan ini memang di cipta oleh arkitek yang memang terkenal di dunia, sebab itulah seni binanya sangat menakjubkan. Sumber: Muslimtravelbug
Perkara Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Berada Di Sungai Mekong, Vietnam
Sungai Mekong atau lebih dikenali dengan nama “Sungai Sungai Sembilan Naga” adalah sungai ke 12 terbesar dan terpanjang di dunia dan ke-10 di Asia. Keluasan sungai Mekong merangkumi negara China, Myanmar, Thailand, Loas, Kemboja dan Vietnam. Di Vietnam, sungai Mekong berada di bahagian Barat Daya. Jadi, admin ingin kongsikan apa aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di Mekong. 1. Menjelajahi sungai Mekong 2. Merentasi Pulau Uniqorn dan ladang lebah 3. Menyaksikan persembahan tradiosional Vietnam 4. Mendayung sampan sambil menerokai sungai Mekong 5. Lihat bagaimana memproses gula-gula kelapa Jadi bagaimana menarik tak sungai Mekong??? Jika anda yang sukakan aktiviti lasak bolehlah berkunjung ke sana. Kalau anda nak shopping tuh memang tidak sesuai jadikan Vietnam sebagai destinasi pelancongan. Jadi untuk menguji stamina anda buat tempahan segera ke sana. Sumber: Muslimtravelbug
Jepun: Tips Menarik Bercuti
Mungkin admin pernah berkongsi maklumat tentang cara pelancongan ke Jepun sebelum ini tetapi berbeza kali ini. Kali ini admin ingin berkongsi cara bagaimana anda hendak terokai Jepun dengan menghabiskan wang untuk melancong dengan kadar yang rendah. Jadi cara yang pertama ialah: 1. Menggunakan pengangkutan awam. 2. Bawak makanan sendiri atau lebihkan makanan segera Jepun. 3. Penginapan anda boleh search dalam aplikasi hotelscombined. 4. Pilih tempat yang tidak kena kos 5. Cari tempat jual barangan murah untuk cenderamata Jadi bagaimana pendapat anda menarik tak negara Jepun?? Bagi anda yang suka dengan tempat nyaman dan bersih Jepun adalah pilihan terbaik, kenapa admin memberi kenyataan begitu?? Anda mungkin tahu sendiri sikap orang Jepun yang disiplinnya sangat tinggi. Jadi tidak perlu risau jika anda ingin bercuti ke Jepun semestinya anda akan berasa seronok di sana. Sumber: Muslimtravelbug
Lawati Destinasi Bandar Kotor, Eropah
KOTOR merupakan sebuah kota yang terletak berhampiran pelabuhan di dalam wilayah Eropah Tenggara atau lebih dikenali sebagai Balkan. Kotor sangat popular dalam kalangan pelancong kerana memiliki pemandangan bandar yang sangat cantik. Bukan itu sahaja, bandar ini juga terkenal dengan penduduk tempatan yang ramah. Mungkin kebanyakan orang kita jarang mendengar atau langsung tidak mengetahui bandar yang terletak di Montenegro ini. Jadi admin akan mencerita tentang keistimewaan Kotor dan apa aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sepanjang berada di sana. Latar belakang Kotor: Bandar lama ini yang masih tersergam indah meninggalkan sejarah tersendiri dan diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Perjalanan ke Kotor:Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubrovnik, Croatia atau Sarajevo, Bosnia sebelum meneruskan perjalanan ke Kotor. Perjalanan menaiki bas dari Dubrovnik menaiki bas ke Kotor, Montenegro dengan kadar STG18 (RM90). Perjalanan selama dua jam 30 minit menaiki bas dari Dubrovnik, Croatia ke Kotor, Montengero tidak begitu terasa. Setelah tibanya anda di sana, anda boleh menginap di dalam kawasan Old Town, Kotor. Kadar penginapan dua malam di Kotor, Montenegro dua bilik (triple room) adalah STG180/6 hingga STG30 seorang (Penginapan ditempah menerusi aplikasi Booking.com.) Dari Old Town Kotor, pelancong boleh ke Albania dengan menempah perkhidmatan ‘shuttle’ bas. Aktiviti sepanjang di Kotor:Mendaki merupakan aktiviti utama bila anda berada di sana. Di Kotor sememang terkenal kawasan tanah tinggi jadi untuk melihat keindahan bandar ini anda terpaksa berkorban sedikit tenaga. Memang tidak masuk akal jika anda terpaksa memanjat 1,350 anak tangga untuk sampai ke puncak Istana San Giovanni tetapi setelah sampai ke puncak perasaan penat dapat di gantikan dengan melihat keindahan pemandangan di atas sana. Percayalah pendakian ini sangat berbaloi. Untuk naik ke puncak Istana San Giovanni terdapat dua laluan. Pertama, laluan menggunakan jalan biasa dengan pendakian lebih mencabar. Kaedah ini lazimnya dilakukan pelancong asing. Kedua, laluan pendakian melalui tepi lereng bukit. Laluan ini lebih mudah dan tidak memenatkan berbanding mendaki 1,350 anak tangga. Kawasan lereng bukit ini selamat digunakan, namun tidak ramai pelancong menggunakannya kerana kurang maklumat mengenai kewujudannya. Persediaan rapi dibuat sebelum mendaki seperti membawa air, buah-buahan, makanan ringan dan ubat sebagai persiapan awal jika berhadapan saat kecemasan. Mendaki dimulakan pada awal pagi dan mengambil masa di antara satu jam 30 minit hingga dua jam. Tempoh pendakian pula bergantung kepada stamina individu. Treknya pula tidak sukar mana dan sesuai untuk pelancong melakukannya secara santai. Sepanjang pendakian anda berpeluang menyaksikan keindahan pemandangan sekitar, selain melihat rumah penduduk yang dibina di lereng bukit bersama haiwan peliharaan seperti keldai. Pemandangan memukau dan menakjubkan Teluk Kotor dari puncak Istana San Giovanni sangat berbaloi. Kesimpulannya, Kotor merupakan permata bagi Balkan kerana ianya dapat menarik jutaan pelancong ke sana pada setiap tahun. Admin berani menyatakan bahawa memang rugi jika anda tidak ke sana. Pastikan anda telah mencatat Kotor sebagai tempat wajib di kunjungi. Sumber: Muslimtravelbug
Cara Melancong Yang Betul Tanpa Mengeluarkan Kos Yang Banyak
Hari ini admin akan “share” tips melancong tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Jadi admin akan jelaskan bagaimana cara untuk anda memastikan setiap kali travel anda boleh bajet kos dan berpuas hati dengan tempat yang di lawati. Pertama sekali anda mesti plan:- Pastikan sebelum anda mulakan travel rancang terlebih dahulu. Contohnya masukan ke dalam “list” tempat yang patut di lawati, berapa lama anda ingin travel, lokasi menarik di negara tersebut, wang yang patut di bawa dan totalkan kesemua kos yang anda akan habiskan. Plan ini boleh dibuat secara kasar terlebih dahulu. Hanya untuk melihat anggaran kasar trip anda dan bajet. Boleh buat dalam bentuk itinerari di dalam Words / Excel. Kedua rujuk panduan yang sahih:- Setelah rangka plan, anda boleh mula merujuk internet, blog, buku dan orang yang lebih berpengalaman dalam dunia travel. Pastikan objektif plan anda menjadi persoalan utama semasa anda membuat rujukan. Misalnya, anda persoalkan kos, pengangkutan di sana, tempat makan, penginapan dan lain-lain. Ketiga tiket dan penginapan yang murah:- Sentiasa membuat pantauan harga tiket di website penerbangan “airline”. Antara websitenya ialah gotogate.my, kiwi.com, TripAir, Budget Air dan banyak lagi. Ada cara kalau dibuat secara Multiple Flights akan dapat jauh lebih murah. Maksudnya transit dari satu negara ke negara yang lain “instead of” ambil “direct flights”. Penginapan pula anda boleh semak di website Trivago, Booking.com, Airbnb, Agoda, Hotels.com dan lain-lain. Keempat anda kena buat itinarari secara detail:- Setelah membeli tiket, anda boleh mengisikan kekosongan untuk plan yang anda buat secara kasar tadi. Isikan segala maklumat yang diperlukan. Di sini, anda dah boleh melihat dan itinerari lengkap anda. Jika malas membuat jadual perjalanan sendiri anda boleh search di Google sahaja. Tips lain:- Sentiasa bawak duit lebih untuk “emergency”. Jika anda sukar untuk memakan makanan negara lain, anda disyorkan membawa makanan sendiri lagi jimat. Kesimpulannya, anda boleh travel sendiri tetapi perlu berani untuk menghadapi cabaran yang bakal di hadapi. Sumber: Muslimtravelbug
Nikmati Kecantikan Pantai Amalfi, Itali
Sebelum ini admin ada tulis mengenai pulau Santorini di Itali, namun kali ini admin menceritakan mengenai pantai Amalfi. Pantai Amalfi juga merupakan salah satu tarikan pelancong di selain pulau Santorini, Alaska dan Iceland. Pantai Amalfi adalah destinasi pelancongan paling popular di rantau Itali, di mana bandar ini mempunyai keindahan yang benar-benar menakjubkan. Sebuah pantai di Itali dipanggil Pantai Amalfi, sebuah tempat yang berubah menjadi kampung halaman Wonder Woman. Malah lokasi ini sering menjadi destinasi pelancongan untuk pelancong. Oleh itu, antara keistimewaan pantai Amalfi ialah: ⚫ Pemandangan Pelabuhan dan Matahari Terbenam ⚫ Rumah Pastel Di Sepanjang pantai Amalfi ⚫ Perairan biru sejernih kaca ⚫ Melihat keindahan Patung Romawi Sekiranya anda berpeluang melawat Itali, luangkan masa untuk melawat salah satu Tapak Warisan Dunia ini. Rugi jika anda melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri keindahan pantai Amalfi. Sumber: Muslimtravelbug