
Iceland merupakan sebuah negara Scandinavia serta kepulauan yang paling cantik di dunia. Dari view scenery yang cukup mengagumkan, pemandangan gunung berapi dan iceberg pada satu masa, air terjun yang terlalu banyak bilangannya, fenomena aurora dan banyak lagi perkara best berkenaan negara ini.
Jadi saya listkan 5 Aktiviti terbaik yang dapat anda buat Ketika berada di Iceland.

Northern Light Tour- Ini perkara wajib anda buat bila datang Iceland. Pastikan datang pada bulan September- Mac setiap tahun untuk melihat fenomena menakjubkan ini.

Melihat ikan paus- Di Perairan Iceland, terdapat banyak ikan paus berlegar di kawasan ini. Minke Whale, Humpback Whale, harbour porpoise dan dolphin antara yang mudah dispot. Jadi, better anda follow tour whale watching ini bila datang Iceland

Explore Snaefellsnes Peninsular- Bahagian West Iceland ini menyajikan view yang cukup best. Mount Kirkjufell, Kirkjufellfoss, Ytri Tunga (Tengok Seal) dan banyak pantai pasir hitam di kawasan perkampungan nelayan memang membuatkan anda perlu explore di sini

Jokulsarlon- Kawasan iceberg dan diamond beach dengan ketulan iceberg yang dapat dipegang. Jokulsarlon memang satu top lokasi dan banyak aktiviti boleh dibuat. Aktiviti seperti menaiki amphibian boat tour melihat iceberg dengan lebih dekat memang wajib buat.

Explore waterfall- Namakan waterfall yang anda ingin lawati skogafoss, seljalandfoss, gulffoss, kirkjufellfoss, dettifoss, godafoss dan banyak lagi, semua ada di Iceland. Aktiviti santai-santai dan explore di Kawasan waterfall semestinya perlu ada dalam itineri.
Sumber: Kembara Sufi