Siapa je yang tak suka kalau bab nak travelling ni kan? Melancong memang satu aktiviti yang menyeronokkan tetapi pasti anda yang sedang hamil tu masih lagi risau takut kandungan terjejas. Anda sebenarnya tidak perlu risau sebenarnya melancong untuk ibu hamil memberi ketenangan buat anda dan juga pasangan.
Ini kerana anda tidak lama lagi akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, jadi ini lah masanya untuk anda dan pasangan menikmati masa berdua sebelum menimang cahaya mata. Tetapi harus diingatkan melancong di luar mahupun dalam negara perlu perancangan awal dan teratur untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.
Pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada doktor sebelum anda membuat keputusan untuk melancong. Ini kerana doktor akan memeriksa terlebih dahulu kesihatan anda dan kandungan untuk memastikan berada dalam keadaan selamat ketika melancong. Travel ketika hamil bukanlah satu penghalang, tapi anda perlu berhati-hati dengan perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh berlaku.

Jika anda melancong dengan menaiki kapal terbang, seeloknya periksa terlebih dahulu syarat bagi wanita hamil untuk mengikuti penerbangan tersebut. Kebiasaanya syarikat penerbangan tidak akan membenarkan jika kandungan sudah mencecah 35 minggu. Pastikan anda sudah mendapat kebenaran dan surat daripada doktor untuk keselamatan.
Elakkan pergi melancong dengan menaiki kereta jika perjalanan mengambil masa selamat 4 jam atau lebih. Walaupun perjalanan singkat, pastikan anda dapat rehat yang cukup dan kaki anda dapat melunjur dengan baik. Ini kerana untuk mengelakkan kekejangan otot kaki berlaku sewaktu perjalanan.

Pastikan pakaian yang anda pakai bersesuaian untuk memastikan keselesaan ketika perjalanan. Waktu panas anda perlu memakai pakaian yang dapat menyerap peluh dengan baik dan secara tidak langsung ia akan membuatkan anda lebih selesa dan ceria ketika melancong tanpa sebarang masalah.
Lepas ni anda tidak perlu lagi risau untuk travel ketika hamil, rancang perjalanan pergi dan balik dengan teratur dan pastikan anda ikut langkah keselamatan yang sudah kami kongsikan!
Sumber: Melancong Turki