Sedih pula tajuk pada kali ini. Wanita melancong secara solo atau berseorangan. Tidak dinafikan, ramai wanita masa kini memilih untuk mengembara secara solo. Kebanyakannya memilih mengembara secara solo untuk tujuan bisnes dan suka-suka.
Walaupun sebab utama wanita melancong lebih kurang sama sahaja dengan lelaki, wanita perlu memikirkan lebih banyak aspek berbanding lelaki.
Daripada isu keselamatan, hinggalah perbezaan budaya, pengembara wanita akan menghadapi lebih banyak cabaran semasa bercuti secara solo.
Namun begitu, ia boleh dilelakkan jika langkah berjaga-jaga diambil dari awal lagi.
➡ Belajar Tentang Destinasi Percutian

Cari sebanyak mungkin informasi tentang destinasi yang dituju terutamanya kalau anda akan bercuti di luar negara. Tempat baru dengan kepercayaan agama dan budaya berlainan akan memberi kesan yang agak drastik.
Berkemungkinan besar, anda perlu mengadaptasi cara berpakaian dan perlakuan anda untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan orang di sana. Jangan terkejut jika apa yang dianggap sebagai gangguan seksual di sebuah negara, dianggap sebagai cara bersosial di sebuah negara yang lain.
➡ Keselamatan di Hotel & Penginapan

Apabila tiba di hotel penginapan, cuba berkenalan dengan staf yang akan menguruskan para pengunjung. Mereka ini bertugas untuk mengawasi proses keluar masuk dalam sesebuah bangunan. Tanya mereka sama ada anda boleh meminta mereka menemani anda hingga ke bilik jika anda sampai di hotel pada lewat malam.
Kalau boleh, minta bilik di tingkat yang lebih tinggi, berdekatan dengan lift, tetapi jauh dengan pintu keluar kecemasan, tangga dan kerja-kerja pembangunan.
Jangan sesekali menerima bilik yang memerlukan kerani untuk menjerit memanggil nama dan nombor bilik anda.
Semasa pergi ke meja depan, dapatkan kad hotel yang tercatat nama hotel, alamat dan nombor telefon dari kaunter. Pastikan kad ini sentiasa ada bersama anda. Apabila berada di dalam bilik, pastikan pintunya mempunyai peephole (lubang mengintip) dan deadbolt.
Kalau tidak, jangan sesekali membuka pintu untuk seseorang yang tidak anda kenali.

➡ Pengurusan Dokumen Perjalanan
Buat dua salinan untuk dokumen perjalanan yang penting. Satu salinan untuk digunakan semasa trip, dan satu lagi diberikan kepada keluarga atau kawan untuk disimpan di rumah.
➡ Kemas Barang Dengan Bijak
Kemas barang dengan bijak. Pastikan beg ringan dan senang dibawa ke mana-mana. Ini akan mengelakkan anda daripada menjadi target pencuri dan peragut. Elakkan daripada membawa beg yang besar dan mahal.
Kunci semua beg dan guna tag bag tertutup dengan alamat pejabat, bukan alamat rumah. Bawa satu kad kredit sudah mencukupi dan jangan simpan semua duit dalam satu tempat sahaja.
➡ Pergerakan & Pengangkutan

Kalau anda menyewa kereta, gunakan peta sebaik-baiknya. Catat arah yang dituju terlebih dahulu dan jangan lupa untuk membawa telefon bimbit.
➡ Kenali Persekitaran Anda
Kaji peta tentang tempat yang anda lawati. Belajar sebanyak mungkin cara-cara untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti pelancong yang sesat.
Jangan malu untuk bertanya orang di sana tentang tempat yang boleh dilawati dan tidak boleh dilawati.

➡ Pengalaman Melancong Terbaik adalan Perancangan Melancong Yang Baik
Dengan perancangan dan nasihat daripada agen pelancongan yang professional, percutian atau trip perniagaan anda akan menjadi selamat tanpa sebarang masalah.
Ia akan menjadi pengalaman indah yang tidak akan dapat dilupakan.
Sumber: Melancong.com