Semenanjung Balkan, adalah wilayah geografi di Eropah Tenggara dengan pelbagai definisi geografi dan sejarah. Balkan sering dikunjungi ramai orang pada musim panas. Balkan juga turut terkenal sebagai rumah yang dipenuhi harta karun kerana kebanyakannya masih belum terjamah dan dikunjungi oleh beberapa pelancong.
Senarai 10 tempat untuk dikunjungi pada musim panas ini di Balkan.

1. Ljubljana, Slovenia
Ibu kota Slovenia, Ljubljana, adalah bandar paling menarik di Eropah. Musim panas adalah waktu yang sangat baik untuk dikunjungi, terdapat banyak aktivit, seperti mengunjungi mercu tanda kota, aktiviti disekitarnya, dan menikmati suasana santai di Old Town yang tenang. Bulan Jun hingga September, adalah rumah bagi Festival Ljubljana, yang merupakan acara muzik terpenting di negara ini.

2. Dubrovnik, Croatia
Walaupun pelancong ramai ke Dubrovnik ianya tidak pernah kehilangan daya tarikannya. Bandar Kroasia yang mempesona harus dikunjungi oleh setiap pelancong sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan perlu dimasukkan kedalam jadual perjalanan Balkan mereka. Setelah bersiar di Kota Lama, pelancong disarankan pergi ke Gunung Srd untuk melihat pemandangan Dubrovnik yang menakjubkan.

3. Belgrade, Serbia
Ibu kota Serbia, adalah salah satu destinasi paling hebat di Semenanjung Balkan, sebuah bandar yang meriah sesuai dikunjungi pada musim panas. Selepas lawatan ke Katedral Saint Sava kubu besar, perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah menikmati suasana bandar yang ceria sambil menghirup kopi di kafe yang terletak di sepanjang Sungai Sava

4. Timișoara, Romania
Timișoara sebuah bandar yang terletak di barat Romania, berhampiran sempadan Serbia terkenal dengan seni bina Art Nouveau yang hebat. Bandar ini merupakan rumah bagi gereja Ortodoks paling cantik di Eropah dan beberapa bangunan berwarna-warni yang terletak di Old Town, disamping itu disana turut terdapat seni jalanan yang menarik yang tidak dapat dilupakan oleh peminat seni.

5. Varna, Bulgaria
Walaupun Sofia dan Plovdiv merupakan bandar utama di Bulgaria yang dikenali oleh pelancong antarabangsa, tempat yang mesti dikunjungi pada musim panas di Bulgaria adalah Varna. Bandar tepi laut ini mempunyai pantai terbaik, pusat bandar yang indah, dan bangunan berwarna-warni yang cantik di Bulgaria.

6. Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina
Seterusnya tempat yang patut dikunjungi pada musim panas adalah Sarajevo. Ibu kota Bosnia dan Herzegovina merupakan bandar paling menarik di Eropah, dengan sejarah penting dan pusat bandar yang cantik. Disana turut terkenal dengan Festival Filem Sarajevo yang berlangsung selama seminggu setiap tahun pada bulan Ogos.

7. Pristina, Kosovo
Pristina tidak terkenal seperti ibu kota lain di Balkan dan tidak pernah sesak dengan pelancong. Ini adalah alasan yang baik untuk mengunjunginya, walaupun pada musim panas suhu agak panas.Selain itu, ibu kota Kosovar menjadi rumah bagi PriFest setiap bulan Julai, sebuah festival filem menarik yang didedikasikan untuk pembuatan filem Kosovar dan Balkan.

8. Kotor, Montenegro
Kotor adalah simbolik Montenegrin, sebuah kota abad pertengahan yang menakjubkan yang terletak disalah satu kawasan semula jadi yang paling mempesona di Eropah.. Perkara terbaik yang perlu dilakukan di sini adalah bersiar di pusat bandarnya yang berbatu, menuju ke Benteng St. John untuk menikmati pemandangan Old Town yang menakjubkan, serta singgah didusun yang berdekatan.

9. Tirana, Albania
Ibu kota Albania yang berwarna-warni adalah salah satu bandar paling hidup di Semenanjung Balkan dan, walaupun suhu yang panas, memberikan yang terbaik pada musim panas. Selepas lawatan ke bandar, turut digalakan mengunjungi Dataran Skanderbeg dan beberapa muzium dan galeri seni, berjalan-jalan di tepi tasik buatan untuk bersantai dan menikmati suasana yang tenang.

10. Ohrid, Macedonia
Bandar tasik Ohrid adalah symbol utama Macedonia dan salah satu destinasi utama untuk dikunjungi di Balkan pada musim panas. Bukan hanya untuk keindahan dan suasananya yang santai, tetapi juga kerana setiap bulan Ogos Ohrid berubah menjadi lokasi Festival Musim Panas Ohrid, festival muzik terbesar di negara ini.
Sumber: Kembar Sufi