Turki merupakan negara yang sangat popular sebagai destinasi pelancongan. Boleh kata seluruh pelusuk Turki ada tempat untuk pelancong pergi dan lawati. Oleh itu, kami mencadangkan beberapa perkara yang tidak patut anda lakukan semasa berada di Turki.

➤ Jangan lupa semak bayaran baki
Bila peniaga Turki beri baki tolong semak dulu. Jangan main jalan sahaja. Beberapa kes telah berlaku kepada para pelancong. Nanti peniaga tu cakap ‘tak perasan’ duit baki tidak cukup. Tetapi jika anda orang kaya nak sedekah apa salahnya.

➤ Jangan tahan kereta menggunakan tangan jika mahu melintas jalan
Tidak kira anda bawa stroller baby atau bawa orang tua pakai tongkat, jangan lintas jalan sebelum waktunya seperti di Malaysia. Jangan tunjuk tangan kononnya nak tahan kereta nak lintas jalan, silap-silap anda kena hon dan kena marah.

➤ Jangan berkaki ayam dari tempat wudhu ke tempat solat
Perkara yang biasa orang Malaysia buat. Orang Turki amat pentingkan kebersihan. Jika dah ambil wudhu kemudian jalan berkaki ayam ke dalam masjid, tu maksudnya kaki anda sudah kotor. Nanti kena marah dengan pakcik-pakcik Turki.

➤ Berhati-hati
Wajib berhati-hati dengan pickpockets terutama di dalam tram di Istanbul, metro dan dimana-mana sahaja kawasan tumpuan pelancong.

Begitu juga dengan scammer. Jangan ikut jika ada orang mengajak anda minum. Bila dah minum sama-sama anda akan diminta bayar.

Berhati-hati juga dengan peragut. Bila jalan-jalan di Bazaar di Istanbul, akan ada orang-orang mendekati anda nak jual buku, jaket dan macam lagi. Pernah jadi ada pelancong buka dompet depan orang-orang tu, kemudian orang tu tengok dompet penuh dengan duit USD, dia ambil duit tu dan lari.

➤ Datang ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum jadual penerbangan.
Ataturk International Airport di Istanbul sangat sensitif dan ketat. Jika mereka dapat laporan atau dapati perkara yang mencurigakan, mereka akan tahan setiap kereta yang nak masuk airport. Akibatnya jalan jammed !

Pihak airline tidak akan bertanggungjawab jika anda terlewat disebabkan polis airport atau apa-apa alasan lain.

Sumber: Kembara Sufi