Setiap tahun dari pertengahan april hingga awal mei akan berjalan Festival Tulip di Istanbul.

Korang boleh menikmati keindahan bunga bunga tulip yang seperti permaidani besar yang dibentangkan di tengah tengah taman di istanbul pada waktu ni.

Tapi kalau kita dah sampai situ pada waktu yang betul, kat mana tempat yang kita perlu pergi ?

Ha, ni nak bagitau ni antara tempat yang korang boleh menikmati keindahan tulip:-

1. Emirgan Park

Ia terletak di Bosphorus, Sariyer. Di sini kita bukan hanya dapat menikmati kecantikan bunga sahaja malah kita dapat tengok tulip yang digubah menjadi dekorasi yang menarik seperti gambar diatas ia digubah menjadi sungai.

2. Sultanahmet Square

Istimewanya tempat ni ianya dikelilingi oleh tempat2 pelancongan yang terkenal seperti Blue Mosque, Hagia Sophia dan Museum of Turkish and Islamic arts.

3. Gulhane Park

Ia adalah taman tertua di Istanbul yang terkenal sebagai taman luaran bagi Topkapi Palace pada zaman pemerintahan Ottoman. Taman ini didekorasi dengan berjuta-juta bunga tulip ketika Festival Tulips berlangsung.

Inilah antara tempat2 yang menarik untuk dilawati ketika Festival Tulip sedang berlangsung.

Tapi kalau korang tak sempat datang ke Turki pada Musim Festival Tulips, korang jangan risau sebab tempat2 ni tetap ada keistimewaannya yang tersendiri pada musim yang lain. Selamat bercuti ke Turki.

Sumber: Jomventures