Aktiviti melancong mesti lah sesuatu perkara yang menyeronokkan betul tak? Tapi kadang kala ramai di antara anda terlepas pandang atau memang remeh tentang keselamatan dan kesihatan sebelum berangkat ke destinasi yang hendak dituju. Kebiasaanya bagi yang bercuti dengan menaiki kapal terbang anda sering terlupa tentang pemakanan yang betul sebelum anda terbang menaiki pesawat.
Jangan terkejut jika apa yang anda makan mampu membuatkan anda berasa letih dan tidak selesa sepanjang perjalanan. Jom lihat senarai makanan di bawah yang anda perlu elakkan sebelum naik kapal terbang agar lebih selesa dan tenang.

⤿ Fast Food
Burger, ayam goreng bukan sahaja kanak-kanak sukakannya malah golongan dewasa pun tak dapat nak menolaknya! Ramai yang memilih makanan segera kerana ianya cepat dan sedap. Tapi anda perlu tahu kemungkinan semasa perjalanan anda akan mengalami bloating dan indigestion yang sering berlaku sebaik sahaja anda memakannya.
⤿ Salty Snacks
How can you resist a bag of potato chips? Makan sekali pasti nak lagi, dengan kerangupan dan rasa sedikit masin membuatkan anda akan ketagih untuk menikmatinya selalu. Eh sebelum tu, anda perlu tahu bahawa setiap kandungan salty snacks mempunyai bahan sodium yang tinggi yang mampu menyebabkan fluid retention dan kembung perut.

Kalau sehari tak dapat makan pedas memang tak lengkap rasanya. Pagi-pagi dah bedal nasi lemak, haa lepas tu mula la perut memulas, untuk perjalanan jauh elakkan untuk mengambil makanan pedas kerana ia mungkin membuatkan anda berasa pedih ulu hati dan meningkatkan asid ke dalam badan. Jadi jangan hairanlah jika perut anda tidak selesa bila berada dalam kapal terbang nanti.

Memang tak dapat dinafikan bawang putih memiliki nutrisi serta manfaat yang baik untuk tubuh badan anda. Tapi seperti yang anda tahu memakan bawang putih yang berlebihan akan menyebabkan nafas anda berbau. Bawang putih mengandungi sulfuric compound yang mampu merebak ke dalam kulit dan darah dalam badan.

⤿ Carbonated Beverages
Sanggup ke menghabiskan masa dalam kapal terbang hanya di tandas? Haa ramai yang tahu keburukan minuman air gas berlebihan memberi kesan buruk pada tubuh badan. Minum air gas sebelum menaiki pesawat bukan sahaja mengganggu proses pencernaan malah ia akan menyebabkan perut anda penuh angin dan tidak selesa.
Jadi lepas ni anda boleh kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan agar sepanjang perjalanan anda ke destinasi tempat bercuti menjadi lebih tenang dan selesa.
Sumber: Melancong Turki