Setiap orang pasti ada destinasi pilihan yang diidamkan untuk bercuti agar dapat merasai pengalaman yang baru dan melihat tempat-tempat yang indah. Tapi kebiasaanya mungkin kos perbelanjaan menjadi penghalang untuk anda sampai ke sana, jadi macam mana? Haa tak semestinya nak melancong menggunakan duit yang banyak, tapi dengan pengurusan yang betul anda akan dapat bajet yang rendah dan boleh menikmati percutian dengan tenang.

Siapa yang pernah tengok cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia? Mesti feeling habis kan bila tengok pemandangan belon udara panas di sana. Jangan risau, kerana kami akan kongsikan kepada anda macam mana dengan bajet RM 2000 anda mampu melancong di Istanbul dan Cappadocia!

⇨ Tiket Penerbangan
First thing first of course ticket flight! Perkara paling utama jika anda ingin bercuti adalah tiket penerbangan. Jangan beli terlalu awal dan lambat, paling sesuai beli diantara 6 hingga 8 bulan sebelum tarikh berangkat. Nak lebih jimat, alert dengan tarikh promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Rajin- rajin lah update ye!

⇨ Tempat Penginapan
Jika anda sampai sahaja di lapangan terbang Sabiha Gocken, anda harus menaiki bas untuk ke kota dengan harga tiket RM 22 untuk turun di Taksim. Dah penat perjalanan dalam kapal terbang, mesti best kalau dapat hotel yang cantik dan berpatutan. Haa jadi dengan harga RM 130 anda boleh check in di Avicenna Hotel kerana ia termasuk sarapan untuk dua orang. Menarik kan?

⇨ Teroka Cappadocia
Dah alang-alang di Istanbul, rugi kalau tak teroka keindahan di Cappadocia. Dari Sabiha Gocken ke Kayseri harganya RM 157 termasuk makanan. Apa yang lagi menari kalau nak merasai pengalaman tidur dalam gua anda boleh singgah di Dorm Cave kerana mereka menawarkan harga diskaun jika anda ingin menaiki hot air balloon.

Secara keseluruhan anggaran bajet, dari Istanbul, tempat penginapan, tiket masuk, tour dan tiket menaiki hot air balloon lebih kurang RM 1900. Haa tak mahal pun, jadi tunggu apa lagi dah boleh start menabung dari sekarang.

Sumber: Melancong Turki