Kalau pergi bercuti di tempat yang menarik tak sah kalau tak ambik gambar sebagai kenangan, rasa tak lengkap dibuatnya! Tipu lah kalau anda tak pernah ‘berselfie’ ia kan sudah menjadi rutin wajib kalau pergi ke mana-mana. Haa, tapi perasan tak setiap kali ambil gambar sendiri, ada yang mata terpejam lepas tu tudung tak betul pula.

Lagi sedih bila dah posing cun habis, muka pula nak kusam. Kacau mood betul! Dah jangan stres-stres, kali ini kami akan kongsikan kepada anda semua untuk hasilkan travel selfie yang membuatkan orang lain akan berhenti scroll dan melihat gambar anda, lagi seronok jika mereka meninggalkan komen, nak tahu caranya jom lihat di bawah!

» Have fun!
Lah nak selfie pun malu-malu, macam mana nak dapat gambar yang cantik kalau mula berasa segan? First thing first, enjoy dan jadi diri sendiri kerana dengan cara ini anda lebih selesa untuk posing mampu membuat mimik muka yang pelbagai pada gambar selfie anda nanti.

» Muka Runcing Ala Model
Gunakan lidah untuk membuatkan muka anda tampak lebih runcing. Mungkin ia kedengaran agak pelik dan ramai yang belum tahu tentang teknik ini. Tapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk membuatkan wajah anda berseri dengan pipi yang terbentuk. Hanya tekankan lidah anda ke atas lelangit sambil tersenyum, teknik ini sekali gus menyembunyikan double chin anda. Menarik kan!

» Make Sure Lighting On Point!
Tak nak wajah kusam dan tidak bermaya? Pencahayaan sangat penting untuk memberi refleksi yang cantik pada gambar selfie anda. So cari lokasi atau ruang yang mempunyai cahaya matahari kerana ia pancaran cahaya tersebut lebih natural.

» Tunjukkan Latar Belakang
Cara paling terbaik untuk menunjukkan yang anda sedang bercuti adalah dengan memastikan gambar selfie anda mempunyai pemandangan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan kawasan menarik. Walaupun subjek utama adalah diri anda, tetapi latar belakang memainkan peranan yang penting untuk menjadikan gambar selfie anda sempurna!

Sumber: Melancong Turki