Turki merupakan negara yang patut anda pergi. Bandar ni paling mudah untuk melancong dan explore dan sebagai orang Islam, tidak perlu pening hal makanan kerana Turki adalah negara yang mempunyai majoriti rakyat Islam.

Oleh itu, kami mencadangkan beberapa perkara yang anda patut lakukan semasa berada di Turki.

🡆 Muat turun aplikasi TRAFI
Aplikasi TRAFI akan memudahkan anda menggunakan kenderaan awam di Istanbul. Setiap negeri ada aplikasinya sendiri, tapi tidak semua negeri ada, biasanya bandar-bandar besar sahaja, contohnya Ankara, boleh muat turun EGO CEP’te.

🡆 Kad TnG
Setiap negeri ada kad ‘TnG’ sendiri. Contohnya di Istanbul-istanbulkart, Antalya-ankarakart, mersin-mersin kentkart. Tapi, tidak semua negeri ada tram, dolmus dan metro. Contohnya di Isparta, kenderaan awam yang ada hanyalah Bas.

🡆 Belajar Bahasa Turki
Mesti tahu asas Bahasa Turki bagi memudahkan urusniaga. Sekurangnya nombor dan ucapan seperti Merhaba [Hai/Hello]
Teshekkurler [Terima kasih]
Rica ederim [Sama-sama]
Gule-gule [Selamat Tinggal]
Abla [Kakak]
Indirim [Diskaun]
Bedava [Percuma]
Kac lira [Berapa lira?]

🡆 Tawar-Menawar
Membeli-belah terutamanya di Grand bazaar, anda wajib tawar menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Jangan rasa berat untuk meminta diskaun kerana tawar menawar harga adalah budaya di Turki. Jadi jangan malu nak tawar harga barang sewaktu membeli belah di negara ini. Sebut saja indirim (diskaun) sambil lemparkan senyuman.

🡆 Kad debit boleh digunakan
Tidak perlu menukar duit lira banyak-banyak di Malaysia. Tukar sekadarnya dulu sahaja pun boleh. Anda boleh menggunakan atm di Turki untuk keluarkan duit jika tidak mencukupi. Digalakkan bank Ziraat Bankasi kerana caj terendah berbanding bank lain. Di sana, penjual-penjual lebih suka pembayaran tanpa tunai. Jadi, sila bawa kad debit anda.

Sumber: Kembara Sufi