Perasaan teruja apabila dapat melancong ke luar negara membuatkan kita lupa akan satu perkara yang boleh mengubah perasaan teruja kita menjadi mimpi ngeri. Perkara yang sering tidak dijangka walaupun tatkala kita sudah berhati-hati. Kes yang paling tinggi di kawasan Eropah yang telah menjadi kebiasaan oleh penduduk di sana iaitu penyeluk saku.

Kes-kes penyeluk saku sering berlaku di Eropah terutama sekali di kawasan tumpuan pelancong. Mereka akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan barang berharga anda. Walaupun anda rasa anda telah cukup berhati-hati akan tetapi ianya tidak cukup kerana penyeluk saku di sana teramatlah profesional yang membuatkan kita tidak sedar apa yang terjadi.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh kita tumpukan adalah:

Bercuti dalam kumpulan yang besar.
Berdua adalah lebih baik dari berseorangan, dan lebih ramai lebih bagus. Ini kerana jika kita berseorangan berkemungkinan besar kita akan membahayakan diri kita dan tiada orang yang akan membantu kita di saat kita perlukan pertolongan.

• Kosongkan poket seluar atau jaket anda.
Penyeluk saku amat menggemari menyeluk poket mangsa kerana ia lebih senang berbanding menyeluk barang dari bag tangan. Jadi pastikan poket seluar dan jaket anda tidak dipenuhi dengan barang berharga.

• Berpakaian seperti penduduk di sana.
Dengan berpakaian seperti mereka, kita tidak akan di label sebagai ‘warga asing’ atau pelancong yang sering menjadi tumpuan penyeluk saku di sana. Ini kerana, dengan memakai baju yang terlampau mewah akan menarik perhatian mereka untuk dijadikan mangsa.

• Pakai Slingbag atau backpack yang menghala ke depan.
Memakai beg tangan yang besar dan menonjol adalah sangat berbahaya dan akan menjadi mangsa yang mudah bagi penyeluk saku di sana. Oleh disebabkan itu, adalah lebih selamat bagi kita untuk memakai beg tangan yang bersaiz sederhana dan sentiasa berada dalam pandangan kita dengan memusingkan beg ke depan.

• Elak dari orang yang tidak dikenali yang ingin beramah mesra.
Jika ada orang yang ingin beramah mesra, jangan mudah terpedaya dan kadang kala adalah lebih baik bagi kita untuk tidak melayan orang yang tidak dikenali di tepi jalan. Ini kerana, dengan berbual mulut mereka dengan mudahnya dapat perhatian anda dan perlahan-lahan beroperasi semasa sedang berbual. Jadi adalah lebih baik untuk kita mengelak daripada orang-orang yang tidak dikenali.

Selamat melancong!

Sumber: Kembara Sufi