Kalau dengar je nama Cappadocia mesti anda akan terbayangkan pemandangan indah belon udara panas betul tak? Bukan apa, buka je media sosial nampak orang ‘upload’ gambar ‘sweet’-sweet’ dengan pasangan di sana, wuish kemain lagi! Jangan cemburu sebab anda boleh pun berkunjung ke sana dan menikmati bersama orang tersayang dengan bajet yang murah.

Dekat Turki ni, macam-macam hotel ada. Tapi bagi sesiapa yang tengah cari penginapan atau ‘spot’ hotel yang menarik dan unik anda boleh bermalam di Cave Hotel di Cappadoccia. Macam mana agak-agaknya pengalaman berada di hotel gua ye? Pasti anda diantara anda yang menganggap ia seakan-akan seperti berada di zaman Flinstone iaitu zaman yang penuh dengan batu-batuan tanpa kemudahan fasiliti moden.

Haa jangan salah sangka, walaupun ianya dipanggil hotel gua, tetapi hiasan dalaman dan servis yang ditawarkan masih modern dan bertaraf profesional. Jadi bagi anda yang teringin nak bawa satu keluarga untuk datang ke sini, jangan teragak-agak!

Jom tengok senarai tempat yang paling unik dan cantik, di bawah!

Goreme
Nak merasa tidur dalam gua anda boleh cuba bermalam di Natureland Cave Hotel. Bayangkan anda menghabiskan waktu malam di ruang yang diukir daripada batu Vulkanik memang ‘confirm’ anda dapat cipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Urgup
Urgup ni lebih kurang sama seperti Goreme. Bagi anda yang baru sahaja kahwin dan sedang mencari tempat yang best untuk bersama pasangan ‘spot’ ni memang sesuai kerana anda boleh menikmati hotel mewah dan restoran yang menyajikan makanan lazat.

Uchisar
Kat Cappadocia ni memang banyak hotel penginapan yang menarik, jadi jangan risau. Kalau nak lebih mudah jom ‘contact’ team kami untuk tahu pakej menarik yang ditawarkan.

Jangan tunggu lama-lama, ‘plan; sekarang percutian anda.

Sumber: Melancong Turki